Semoga sahabat blog sihat bahagia semuanya. Lama saya tak menulis, maka cerita-cerita dalam entri ini dan seterusnya adalah cerita lalu. Saya tetap cuba nak tulis di blog untuk tujuan rekod sendiri dan perkongsian info buat yang memerlukan.
Untuk entri ni, nak cerita pasal saya berjaya jual barang terpakai melalui CARI.COM dan MUDAH.MY. Ada dua barang iaitu 'kepala patung' dan 'Portable Air-Conditioner'.
Iklan saya di portal cari.com. Saya jual RM19.
Iklan saya di mudah.my. Untuk item ni saya iklankan di dua tempat, satu lagi di cari.com.
Alhamdulillah keduanya berjaya dijual dalam masa tak sampai satu bulan selepas diiklankan. Untuk kedua-dua barang, ada beberapa bakal pembeli yang berminat. Saya bagi kepada orang pertama dan siapa yang setuju dengan harga tertera (untuk air-cond, harga turun sedikit selepas rundingan). Kedua-duanya saya jual secara COD (Cash On Delivery), jumpa-tengok-bayar!
Jadinya, kalau korang ada barang yang masih elok tapi tak digunakan lagi bolehlah mula menjual sekarang. Iklan percuma di kedua-dua portal ni. Ambil gambar yang jelas, tulis keterangan item dengan betul dan lengkap, letak harga bersesuaian dan letak nombor telefon untuk dihubungi. Siap semua, iklankan!
----> klik SINI untuk iklan di portal forum CARI.COM. Kena daftar ahli baru boleh iklan ya.
----> klik SINI untuk iklan di portal MUDAH.MY.
Nak jual barang baru (bisnes) pun boleh. Saya mula-mula bisnes t-shirt labuh melalui portal-portal beginilah. Masa tu saya takde pun Fb page. Alhamdulillah, ada pembelinya. Melalui cari.com jugak, saya pernah jual novel terpakai. Entrinya kat SINI.

