Sunday, 2 December 2012

MAHA: D.C

Semalam (Sabtu) pergi MAHA. Sebenarnya tak suka ke tempat sesak macam ni. Tapi sebab suka dan nak beli pelbagai makanan IKS tempatan, saya rajinkan diri jugak. Yang penting ada perancangan bila nak ke MAHA ni, jangan main redah je. Cari/dapatkan peta MAHA dan tentukan tujuan kita sebab kawasan ni amatlah luas. Saya dan suami sepakat untuk ke bahagian AgroBazaar sahaja, yang terletak paling hujung di antara blok-blok pameran. Untuk mudah keluar, kami pilih kawasan parking yang terakhir. Untuk entri ni saya cerita pasal DURIAN CREPE (D.C), sebab ia makanan popular sekarang.

Booth ni menjual Durian Crepe yang dihasilkan di situ. Dapatlah saya tengok macamana buatnya. Macam senang je tau. Amik yang macam kulit popia tu, letak durian dan krim, lipat-lipat..dah siap! Tapi rasanya yang leceh nak hasilkan 'kulit' tu kot. 

Bila dah tengok, saya pun belilah satu bekas ni. Lagi pun memang tak pernah makan atau jumpa orang jual. Harganya RM8 untuk 6 biji saiz kecil. Kalau saiz besar RM8 untuk 4 biji. Menurut si penjual, harga ni khas untuk MAHA je. Entahla kan, pertama kali beli.

Balik tu saya masukkan dalam peti ais dulu. Lepas beberapa jam baru makan. Rasanya? Sedap jugak. Tapi macam makan durian letak krim jelah. Takde la sedap sangat-sangat sampai teringat-ingat. Kami sama-sama lebih suka makan durian macam biasa tu. Itu pendapat saya dan suami.

*nak resepinya? INI.