Saturday, 1 December 2012

Anda Bijak Jauhi Zina


Tarikh: 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Penyertaan: Terhad kepada 2000 peserta sahaja.
Bayaran: Percuma!

Program HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI merupakan satu siri program 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Antara tujuan program adalah bagi menyediakan alternatif hiburan yang baik untuk para remaja dan belia menyambut sambutan tahun baru. Himpunan ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan badan-badan lain untuk bersama remaja/belia menyambut TAHUN BARU 2013 secara SIHAT DAN BERAKHLAK.

BERMINAT TURUT SERTA? Remaja/belia boleh memilih untuk jadi peserta atau fasilitator dengan mendaftar di SINI. Kalau minat kena daftar cepat ya, sebab sambutan nampaknya menggalakkan. Untuk Fb program ni, sila KLIK SINI.

p/s: Untung jadi remaja zaman sekarang, macam-macam pengisian baik disediakan. Cuma perlu buat pilihan je. Nak ke tak nak?