Monday, 2 April 2012

Mencari Ubat Hati

Kamu sedang merasa teramat sedih atas kehilangan seseorang?
Kamu merasa terlalu kecewa kerana hilang sesuatu yang berharga?
Kamu merasa tiada ketenangan jiwa dalam menjalani hidup?
Kamu merasa diri terlalu malang kerana sering ditimpa masalah?
Kamu merasa hidup terlalu bosan dan kosong?
atau 
Kamu merasa senang di atas kesusahan yang menimpa orang lain.
Kamu merasa tak berdosa setelah melakukan larangan Allah.
..dan banyak lagi sebenarnya.

Kamu...hati kamu perlu diubati!

sumber: Google (terima kasih banyak kpd pemilik asal)
1) Baca Quran dan maknanya.
2) Solat malam dirikanlah.
3) Berkumpullah dengan orang soleh.
4) Perbanyakkan berpuasa.
5) Zikir malam berpanjanglah.

Lakukan lima perkara ini, kamu sendiri akan merasa hasilnya...
Hati yang sihat akan terlihat dari kata-kata dan perlakuan seseorang.
Segera ubati hati kita yang sakit. Segalanya terletak pada diri sendiri!


p/s: Bukan mudah nak dapat hati yang sentiasa sihat sepenuhnya, jadinya kita kena berusaha buat perkara-perkara di atas. Mulakan biar satu atau dua perkara, pasti terasa perubahannya.