Catatan hari Khamis, 17 September 2026.
Pagi pertama saya dan Encik Suami di Kuala Dungun, Terengganu. Kami menikmati suasana pagi dengan berjalan-jalan di tepi pantai - dari Pantai Sura ke Pantai Teluk Lipat. Tak jauh pun, cuma kira-kira 1.2 km sehala. Kedudukan penginapan kami di hujung kawasan Pantai Sura, jadinya bila berjalan sampailah ke kawasan Pantai Teluk Lipat.
Hasrat hati nak menyaksikan keindahan matahari terbit, tapi nampaknya tak ada rezeki disebabkan keadaan jerebu. Walaupun taklah teruk tahap jerebunya, tapi suasana sekitar jadi kelam dan suram. Hasil foto pun jadi kurang menarik.
Suasana di Pantai Sura - kawasan pantai yang terletak di seberang jalan penginapan kami. Ketika ini air laut semakin surut, ombak perlahan.
Penginapan kami Ombak Beach Inn dilihat dari pantai. Dekat je, cuma perlu melintas jalan besar yang tak terlalu sibuk.
Hamparan tumbuhan spesis bunga seri pagi - bukan sekadar menjadi penyeri pantai tetapi ia bertindak sebagai tumbuhan penutup bumi bagi mengurangkan hakisan pantai.
Dua variasi warna bunga tapak kuda (beach morning glory). Cantik kan? Carian saya mendapati - tumbuhan liar yang menjalar di pasir pantai ini dipanggil tapak kuda kerana bentuk daunnya seperti tapak kaki kuda.
Saya suka perhatikan tekstur pada permukaan batang kayu hanyut yang kelihatan seperti hasil seni ukiran.
Jejak-jejak yang ditinggalkan. Boleh agaklah kan, mana satu jejak saya dan mana satu jejak Encik Suami. Bila jumpa pantai, orang tua pun boleh jadi budak 😄
Taburan cangkerang, nampak biasa tapi tetap menarik di mata saya kerana ia menggambarkan keindahan pantai. Oh ya, biasa saya sebut dan tulis ‘cengkerang’ tapi rupa-rupanya menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ejaan betul ialah cangkerang.
Matahari pagi yang kelam.
Kami tiba di kawasan yang dipenuhi pokok rhu. Pemandangan yang mendamaikan.
Arca tanda Tanjung Sura Melati. Nampak macam baru saja dibina.
Sebelah kanan tu pantai, sebelah kiri pula laluan riadah yang sedang dalam pembinaan.
Laluan riadah (joging/berjalan/berbasikal) di Pantai Teluk Lipat. Menurut adik ipar saya, mereka sekeluarga selalu beriadah di sini. Bahagia sungguh jadi penduduk tempatan, dapat beriadah di tepi pantai yang elok begini. Lepas beriadah, boleh terus menjamu selera di deretan kedai makan di sepanjang jalan (dalam foto, di sebelah kiri).
Kami berhenti setakat di sini saja. Sebelum berpatah balik ke penginapan, kami singgah di sebuah kedai makan bagi menikmati hidangan sarapan selera Terengganu.












Best kan sebab resort tepi laut, boleh jalan kaki terus ke pantai
ReplyDeleteSy pun suka tgk cangkerang dkt pantai sis.Kdg2 tu kutip...Sblm blk buang semula =)
ReplyDeleteTrip Terengganu SA pun masih x habis lagi Ujie...sibuk betul 2 hari ni...esok la..harap2 esok x bz
ReplyDelete