Catatan hari Sabtu, 31 Januari 2026.
Semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman di Johor, saya sempat singgah di Hamka Coffee - sebuah kafe buku yang terletak di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Hamka Coffee yang baru saja dirasmikan sekitar Disember 2025 ini merupakan penjenamaan semula Jejak Buku & Kopi yang dimiliki oleh penerbit dan penjual buku Jejak Tarbiah.
Rumah penerbitan Jejak Tarbiah (JT) tidaklah asing buat saya kerana saya pernah menjadi ejen dropship buku JT sekitar tahun 2019 - 2022. Ketika tempoh tersebut juga saya diberi kesempatan menjadi pembaca pruf buat kali pertama - catatannya di entri INI.
Kafe buku Hamka Coffee terletak di deretan bangunan kedai yang terletak tak jauh dari jalan utama.
Bahagian dalam terbahagi dua bahagian - ruang jualan buku dan ruang kafe.
Kaunter pesanan Hamka Coffee.
Pilihan pastri dan hidangan pencuci mulut.
Konsep layan diri. Buat pesanan dan ambil sendiri bawa ke ruang kafe.
Ruang kafe buku. Saya nampak ada rak buku menempatkan buku-buku yang boleh dibaca secara percuma di sini. Saya cuma singgah sebentar, tak boleh nak duduk lepak di kafe.
Tujuan saya nak membeli buku dengan harga tawaran diskaun. Saya meluangkan masa di ruang jualan buku. Berjalan dari satu rak ke satu rak, membelek dan memilih buku.
Buku dengan tawaran diskaun 50%. Banyak judul buku yang telah saya miliki.
Deretan buku karya Tere Liye, penulis kegemaran saya dari Indonesia.
Turut dijual - pilihan keychain dan pin comel!
Sarung buku (book sleeve) pun ada dijual. Menarik, tapi saya dah ada satu sarung buku. Cukuplah setakat ini.
Puas membelek, saya membeli empat buah buku karya empat orang penulis tempatan - Pahrol M. Juoi, Dr. MAZA, Azizi Haji Abdullah dan Faisal Tehrani. Dapat pula baucer diskaun pembelian kopi, bolehlah saya gunakan untuk membeli kopi di sini 😊
Spanish Latte, harga sebelum diskaun RM9.90. Saya tertarik dengan tagline - Buku di tangan, Kopi di cawan. Memang sesuailah dengan konsep kafe buku Hamka Coffee.
Kalau kalian ada ke Bandar Bukit Mahkota di Bangi, bolehlah singgah di Hamka Coffee bagi merasai sendiri pengalaman bersantai di kafe buku. Sambil tu bolehlah membeli buku-buku dijual, kita sokong industri perbukuan negara!












Menariknya konsep cafe ni
ReplyDeleteJarang jumpa kafe dengan konsep gini kan..
DeleteKemas dan tersusun tempatnya. Menarik....menarik!
ReplyDeleteSaya jadi seronok membelek buku sebab cantik tersusun.
DeleteMenariknya, kedai buku ada cafe. Saya teringin nak pergi kedai macam ni. Nanti kalau pergi KL, nak ajak suami singgah la. Terima kasih, atas perkongsian Ujie.
ReplyDeleteSama-sama 😊
DeleteNak pergi sini pun senang sebab tak jauh dari exit tol Putra Mahkota.
Banyak betul diskaun. Peminat buku mesti rambang mata.
ReplyDeleteSaya tertarik tengok barang jualan yang ada terutama rantai kunci yang comel.
Hehe...saya la tu rambang mata. Peminat buku tapi dah makin malas baca buku, rajin beli je 😂
Deletewaaahhhh menariknyaaa konsep kafe buku ni! teringat ada satu kafe pnh viral dulu ttg cara utk buka pintu masuk dia mcm ala-ala kena tolak ape entah sbb mcm konsep rak buku pintunye tp kena pandai solve utk berjaya buka pintunya ehehe
ReplyDeleteUniknya pintu kafe gitu, macam pintu rahsia dalam filem pulak ya 😀
DeleteBest la konsep cafe ni Ujie. Mesti best santai kat sini.
ReplyDeleteBest la untuk yang suka baca buku sambil minum kopi 😀
DeleteUncle tertanya2 kedai ni asal dari Indonesia ke? Gugel punya gugel, macam takde kan? Pasti tuan kedai ni dah granted permission untuk guna nama & wajah bung Hamka.
ReplyDeleteApa pun uncle suka konsep kedai ni... Harap ada banyak lagi cawangan. Best2
Saya kenal pemiliknya, CEO Jejak Tarbiah - Puan Saadiah Ali.
DeleteMereka ada hubungan baik dengan waris Buya Hamka. Malah cucu Buya Hamka datang semasa majlis perasmian Hamka Coffee.
Wah menariknya. Geng ulat buku selalu promote pi sini. Nanti kena pergi ni
ReplyDeleteDatanglah ya, kasi meriah 😀
DeleteMenarik betul book cafe ni.
ReplyDeleteKonsep yang unik kan.
DeleteNama baru ni lebih catchy Sy rasa... Sy suka baca tulisan Ustaz Pahrol 👍🏻
ReplyDeleteHaa betul, memang elok dijenamakan semula.
DeletePenulisan beliau sedap dibaca, meresap dalam hati.
Ini pun antara book cafe yang lama masuk dalam senarai untuk dijejaki tapi sampai sekarang tidak tersinggah. Ada diskaun 50%. Ini sure la akan menyebabkan rambang mata dan kebocoran poket😅
ReplyDeleteDiskaun 90% pun ada tau...buku defect. Saya tak belek tahap defect macam mana.
DeleteBagusnya konsep cafe buku hamka ni
ReplyDeleteSalah satu cara nak tarik minat orang dengan buku.
DeleteMenarik baca buku sambil layan kopi
ReplyDeleteLeka membaca, mau tak cukup secawan kopi 😄
DeleteOkey, dah boleh masukkan dalam list kafe untuk dikunjungi :)
ReplyDeleteDatanglah ya ke kafe unik ni.
DeleteWahh thank you share! Menarik tempat ni! Ada buku2 dri penulis Indonesia juga ye :D
ReplyDeleteSama-sama Mazni 😊
DeleteAda, mereka jual buku penulis Malaysia dan Indonesia.
Owner cafe Ini penggemar buku2 dari buya Hamka kah? ☺️. Buku2 dari buya Hamka termasuk favorit saya. Tenggelamnya kapal Van Der Wijk , Di Bawah Lindungan Ka'bah, itu buku beliau yg baguuus sangat.
ReplyDeleteMungkin juga. Yang pasti pemilik dan pengasas syarikat ini memang ada hubungan baik dengan waris Buya Hamka. Malah telah menerbitkan semula karya-karya Buya Hamka di Malaysia.
DeleteMenarik betul konsep kafe ni..
ReplyDeleteBeli buku dapat diskaun di kafe.
Win² situation.