Hujung tahun begini teringin nak mengembara ke tempat asing, tapi Encik Suami tak boleh nak tinggalkan urusan kerja. Bagusnya, dapatlah kami memenuhi jemputan makan kenduri di sekitar Kedah dan Perlis.
Khamis 25 Disember 2025
Majlis perkahwinan Fatihah & Farihin di Kg. Belimbing, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Majlis berkhatan dan doa selamat di Kg. Ceruk Tok Latah, Jitra, Kedah.
Jumaat 26 Disember 2025
Majlis aqiqah dan kesyukuran di Kg. Baru Panggas, Chuping, Perlis.
Sabtu 27 Disember 2025
Majlis perkahwinan Hafidz & Zulaikha di Kg. Berapit, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.
Ahad 28 Disember 2025
Majlis perkahwinan Siti Nur Ezzati & Asmar di Fantasi Impian Hall, Sungai Petani, Kedah.
Kalau dulu (semasa menetap di rumah NS), jemputan kenduri di kawasan bandar - taman perumahan atau dewan majlis. Sekarang kami menjelajah kampung pula - melalui jalanan berliku dengan pemandangan hijau alam, juga laluan sempit dengan sawah padi dan kebun tanaman di tepi jalan. Pengalaman yang menarik!
Saya makan banyak di tempat kenduri yang ni ð. Menu utama nasi, menu sampingan - laksa, mi rebus, ABC, cucur udang dan kuih-muih. Tetamu tak begitu ramai, bolehlah saya mencuba makan itu ini. Kalau di tempat yang penuh sesak dengan tetamu, saya makan sekadarnya dan segera bangun untuk beri peluang kepada tetamu lain pula.
Kuihputu Perak. Ada pilihan inti kelapa parut manis dan kacang merah.
Antara cenderamata yang diterima. Dapat juga bunga telur tapi tak ikut berfoto sebab telurnya saya dah makan ð
Rata-rata jemputan makan kenduri yang saya hadiri, makanan utama dimasak sendiri oleh orang kampung. Dapatlah saya menikmati gulai daging batang pisang (walaupun sebut ‘batang pisang’ tapi maksudnya umbut pisang ya).
Pertama kali juga saya nampak rupa periuk kukus Apollo - teknik memasak nasi kukus dengan menggunakan lapisan dulang dan tong aluminum tinggi. Menarik dan unik! Tiada foto rujukan, kalian buat carian internet jelah ya.
Saya suka berjalan-jalan pada waktu pagi bukan semata-mata kerana menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga kerana saya gemar memerhati alam. Memang sesuailah takdir membawa saya ke sini - kawasan luar bandar yang begitu dekat dengan alam semula jadi.
Sejak terserempak dengan ular, saya morning walk pakai kasut berkebun paras betis untuk tujuan keselamatan. Kasut begini juga memudahkan saya meredah kawasan rumput tinggi bagi memerhati tumbuhan.
Suatu pagi di pertengahan bulan Disember, saya perasan kemunculan bunga kecil dengan kelopak berwarna putih - macam bunga daisy. Hasil carian internet berdasarkan rupa bunga dan ciri-ciri batang pokok serta daunnya, saya yakin ini adalah pokok bunga Bidens Alba.
BIDENS ALBA
Bidens alba is a species of flowering plant in the family Asteraceae, commonly known as shepherd's needles, beggarticks, Spanish needles, or butterfly needles. Bidens means two- toothed, describing the two projections found at the top of the seeds, and alba refers to the white ray florets.
This plant is found in tropical and subtropical regions of North America, Asia, South America, and Africa, situated in gardens, road sides, farm fields and disturbed sites. B. alba is an annual or short-lived perennial, which is considered a weed in the United States. However, B. alba leaves are edible and can be used as medicinal remedies.[sumber : wikipedia]
Bunga dengan kelopak putih dan tengahnya berwarna kuning bergoyang ditiup angin bagai melambai saya mendekati tumbuhan ini.
Bunga saiz kecil masih belum mekar sepenuhnya dan yang tengah tu dah tanggal kelopaknya.
Bunga Bidens Alba yang sudah mekar sepenuhnya. Masya Allah cantik!
Batang pokok jenis menegak ke atas dan bercabang dengan warna hijau ungu.
Daunnya tirus dan bergerigi.
Benihnya panjang dan ada dua duri tajam bercangkuk di hujung.
Video memaparkan pokok bunga Bidens Alba.
Carian saya juga mendapati bunga Bidens Alba menjadi kegemaran serangga pendebunga dan ia sangat bermanfaat untuk penternakan kelulut. Daun dan bunganya juga mempunyai manfaat perubatan.
Alhamdulillah, seronok rasanya dapat tahu lanjut berkenaan bunga liar yang saya temui di kawasan rumah ni. Keindahan yang tersembunyi di balik semak.
Ubi ngaku (arrowhead) ni biasanya banyak dijual menjelang perayaan Tahun Baru Cina. Tak tahulah kenapa kali ini awal pula munculnya, Tahun Baru Cina masih jauh lagi (sekitar pertengahan Februari 2026). Saya jumpa ubi ngaku ni di Lotus’s Jitra, Kedah. Saiznya besar - mudah kerja mengupas dan nak sagat, jadi tergoda saya nak membeli.
Beli sikit je tak sampai 1 kg dengan harga RM4.90, dapat 15 biji ubi ngaku. Foto di atas - rupa ubi ngaku selepas dikupas dan dibersihkan kulitnya. Bahagian tangkai sengaja dibiarkan supaya mudah nak pegang semasa menyagat.
Tapi…rupa-rupanya penyagat yang ada di rumah saya ni tumpul. Entah bila kali terakhir saya guna, dah tumpul pun tak perasan. Terpaksalah gigih menghiris nipis ubi ngaku untuk dijadikan kerepek.
Hasil setelah digoreng. Oleh kerana ada hirisan tak sekata tebal nipisnya, maka ada bahagian kerepek yang tak rangup ð. Rupa kerepek ngaku saya ni pun kurang cantik - agak gelap, tapi bolehlah kan setakat makan sendiri. Saya buat kerepek ngaku tanpa letak sebarang perasa, lebih suka makan gitu je.
Tak penuh pun bekas 3 liter ni, tapi cukuplah sebab tukang makan cuma saya seorang ð
Aktiviti terakhir sebelum meninggalkan kota Nanjing - kami menaiki bot menelusuri Qinhuai River. Kita boleh pilih naik bot pada waktu siang atau waktu malam - kadar bayaran lebih tinggi jika pilih waktu malam. Kami pilih night cruise supaya dapat menyaksikan keindahan malam di sini.
Info | Qinhuai River or Qin Huai River (į§Ķæ·Ūæēģ), a branch of the great Yangtze, is 110 kilometers in length and pass through the urban area of Nanjing. As the largest river in the area around Nanjing, Qin Huai River is called the "lifeblood" of the city. When the night falls, all the buildings along the river are lit, showing the visitors its most beautiful appearance. The night view in Qinhuai River area is a big highlight of Nanjing City. [Sumber : chinadiscovery.com]
Pondok menjual tiket bot terletak di sebelah kiri dalam foto di atas. Cantik binaan pondok kaunter dengan ciri-ciri tradisional Cina.
Kawasan di Qinhuai District ini sesak dengan pengunjung sebab ia tempat tumpuan pelancong. Jadinya nak membeli tiket bot pun bersesak juga. Mulanya seorang wakil kumpulan kami pergi beli tiket, tapi rupa-rupanya pelancong asing perlu datang sendiri ke kaunter bersama pasport untuk membeli tiket.
Kalau datang berdua saja dengan Encik Suami, mungkin kami tak buat aktiviti river cruise ni sebab tempatnya sangat sesak dan masalah komunikasi (jadi susah nak berurusan di kaunter).
Bot bersusun rapat di Qinhuai River, sedia menanti para pelancong. Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Masa ni kami semua sedang bergerak untuk masuk ke dalam bot. Ada petugas yang akan arahkan kita menuju ke bot mana satu.
Kami berlima masuk bot yang sama - sebuah bot dengan seni bina tradisional Cina. Bot ini bertutup sepenuhnya dengan dinding cermin. Terdapat set meja dan kerusi untuk empat orang bersusun di kanan dan kiri bot. Walaupun ada meja, tapi tak ada makan-makan ya.
Saya dan Encik Suami duduk di meja paling depan, berhampiran pemandu bot. Tetapi kami dapat kerusi dengan kedudukan menghadap bahagian belakang, jadi penat leher nak menoleh ke depan dan kurang menikmati perjalanan. Tiada foto suasana di dalam bot, kalau ambil foto nanti nampak muka orang je sebab duduk berdekatan.
Perjalanan kami menelusuri Qinhuai River bermula kira-kira pukul 6.30 petang. Sungainya tak begitu luas, bot-bot yang membawa pelancong bergerak perlahan. Sepanjang perjalanan, diberi penerangan tentang tempat-tempat yang dilalui. Macam biasa, pertuturan dalam bahasa Cina jadi saya cuma dengar tanpa memahami.
Kami melewati beberapa buah jambatan yang dihias meriah. Terdapat deretan bangunan dengan seni bina tradisional Cina di kanan dan kiri sungai. Saya lihat ramai orang sedang berfoto dengan berpakaian tradisional Cina di bangunan tersebut. Tentu cantik hasil fotonya dengan latar Qinhuai River dan suasana menjelang malam.
Bila hari semakin gelap, suasana bertambah cantik bercahaya di sana sini.
Video berdurasi 1 minit - memaparkan suasana di Qinhuai River.
Perjalanan menelusuri sungai mengambil masa kira-kira 50 minit. Bot berpatah balik ke tempat di mana kami naik tadi. Selesai aktiviti river cruise, kami berjalan kaki menuju ke sebuah restoran makanan halal.
Meriah sungguh suasana malam di sini.
Cantik tanglung bergantungan di pokok.
BERTEMU PELAJAR MUSLIM XINJIANG
Terasa jauh juga kaki melangkah, tapi rasa seronok dapat memerhatikan kehidupan malam di sini. Kami akhirnya tiba di sebuah blok bangunan yang menempatkan deretan restoran. Restoran makanan halal terletak di sudut hujung bangunan, entah apa nama kedai ni saya tak pasti.
Ruang restoran agak luas dan dipenuhi pelanggan. Pelayan lelaki di sini kelihatan seperti memakai songkok di kepala, tapi bila diamati ia bukanlah songkok.
Kalendar Islam di sudut restoran.
Walaupun pelanggan ramai tapi tak perlu menunggu lama. Antara makanan yang dipesan - dumpling kukus.
Pesan juga sate kambing. Rasanya sangat pedas.
Dua botol air soda oren ini habis gara-gara makan sate pedas ð. Bukan minum seorang, tapi saya kongsi dengan Encik Suami.
Hampir selesai kami makan, masuk satu rombongan pelajar sekolah. Bertambah meriah suasana dalam restoran. Seorang kawan kami memulakan perbualan dengan pelajar yang duduk berhampiran dengan meja kami. Rupa-rupanya mereka kumpulan pelajar Muslim dari wilayah Xinjiang yang sedang dalam program pertukaran pelajar selama lima hari, malam ini merupakan malam terakhir mereka sebelum kembali ke Xinjiang.
Rancak jugalah kawan Cina kami berborak dengan dua orang pelajar yang peramah. Lucunya, mereka tak tahu di mana Malaysia tetapi kenal Lee Chong Wei berasal dari Malaysia.
Encik Suami berfoto bersama dua orang pelajar tersebut. Mereka berdua ni berusia 15 tahun. Mereka teka umur Encik Suami sekitar 30-an ð. Biasanya orang yang tinggal di negara empat musim kelihatan lebih berusia, agaknya sebab tu mereka nampak Encik Suami macam lebih muda.
Sebelum berpisah, salah seorang daripada mereka memandang saya sambil mengucapkan ‘Assalamualaikum’. Nak berborak ada halangan bahasa, jadinya saya hanya banyak tersenyum kepada mereka. Seronok rasanya dapat bertemu mesra dengan saudara seagama.
SELAMAT TINGGAL NANJING!
Pukul 9.50 malam, kami tiba di Nanjing Lukou International Airport untuk perjalanan pulang ke tanah air. Tiada pemeriksaan keselamatan yang ketat seperti di Guangzhou.
Lapangan terbang ini agak lengang, tak ramai orang. Selesa untuk kami duduk menunggu. Lega juga saya lihat keadaan begini kerana saya perlu mencari ruang sesuai untuk menunaikan solat jamak Maghrib Isyak. Tiada Prayer Room di sini.
Bilik Nursery ini menjadi tempat solat kami. Terdapat beberapa bilik Nursery di aras yang sama, saya pilih tempat yang paling lengang. Kami bergilir menggunakan bilik ini. Alhamdulillah dapat solat dengan selesa walau ada rasa berdebar.
15 April 2025, pukul 1.40 pagi pesawat Scoot Airlines yang kami naiki berlepas meninggalkan bumi Nanjing. Kami akan transit di Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang.
Ini merupakan pengalaman pertama saya terbang dengan Scoot Airlines - syarikat penerbangan tambang rendah (low-cost carrier) yang merupakan anak syarikat Singapore Airlines (SIA).
Seumur hidup, belum pernah saya memegang joran apa lagi memancing ikan. Terbit keinginan memancing ikan apabila saya sering menyaksikan penduduk tempatan di utara tanah air memancing ikan bersama keluarga - lelaki, perempuan, tua dan muda.
Biasanya saya lihat mereka memancing di kawasan bendang dan di parit. Jadinya tak hairan kalau kita memandu di sini, nampak sana sini orang sedang memancing di parit tepi jalan. Paling seronok bila saya lihat kanak-kanak sedang memegang joran, bukan leka dengan skrin gajet.
Alhamdulillah setelah lebih lima tahun saya berhijrah ke utara, akhirnya pagi semalam saya berpeluang memegang joran dan belajar memancing dari jiran-jiran. Saya ikut sekadar nak tengok macam mana orang memancing ikan, kemudian dipelawa mencuba. Mula-mula saya segan dan rasa kekok, lepas tu ehh seronok!
Foto pagi - masa ni hanya saya bersama jiran-jiran, Encik Suami berada di tempat lain. Kami memancing di sebuah kolam takungan berhampiran, bukan kolam berbayar. Banyak juga ikan yang berjaya saya naikkan, tapi semuanya ikan tilapia bersaiz kecil. Bolehlah kan, buat permulaan belajar memancing ð
Lewat petangnya, saya ikut jiran-jiran memancing sekali lagi. Kali ni saya belajar letak umpan sendiri - walau rasa kasihan juga nak cucuk udang hidup pada mata kail, tapi nak tanggalkan ikan yang berjaya dinaikkan saya masih belum berani.
Encik Suami ikut bersama, seingatnya sebelum ini pernah jugalah dia ikut jiran memancing sekali dua. Masih belum banyak pengalaman. Rezeki Encik Suami, percubaan kali pertama petang semalam terus dapat ikan haruan bersaiz besar. Sampai terlepas joran daripada pegangan, masuk ke dalam kolam dan bergerak ke sana sini ð
Foto di atas berjaya dirakam setelah usaha-usaha dilakukan - joran berjaya ditarik ke tepi kolam bersama ikan haruan yang masih ada di mata kail. Rupa-rupanya ikan ini belum makan umpan, tapi entah macam mana bahagian ekornya terkena mata kail.
Jiran dah tanya, bila nak pergi memancing lagi? ð
Kenderaan kami bergerak meninggalkan Niushoushan Cultural Park di Jiangning District menuju ke Qinhuai District.
⏵ JINGJUE MOSQUE
Sebelum meneruskan acara jalan-jalan, kami singgah menunaikan solat jamak Zohor Asar di Jingjue Mosque (juga dikenali dengan nama Jinjue Mosque) yang terletak di Shengzhou Road, Qinhuai District. Masjid ini terletak di tepi sebuah jalan besar yang agak sibuk, mudah ditemui.
Gerbang masuk masjid ini kelihatan sedang dibaik pulih, pintu pagarnya juga bertutup tapi tidak berkunci. Kami buka pintu pagar dan melangkah masuk dengan rasa ragu - bimbang masjid ini ditutup kerana kerja-kerja baik pulih tadi. Tiba di pekarangan masjid, kami bertemu dengan seorang lelaki tempatan yang berada di situ. Kami berkomunikasi dengan bantuan kawan Cina - senang ada penterjemah tak perlu saya gunakan Google Translate. Alhamdulillah kami boleh menunaikan solat di sini.
INFO SEJARAH
Nanjing Jingjue Mosque is one of the famous mosques in China. Nanjing Jingjue Mosque is also called the Sanshan Street Mosque. It is said that the name of the mosque was granted by an emperor in the Ming Dynasty (1368-1644).
Nanjing Jingjue mosque was first established in the 4th century. In 1430, advised by famous Moslem navigator Zheng He, the government ordered to rebuild the mosque. It underwent another large-scale reconstruction in 1492. In the mid 19th century, Nanjing Jingjue Mosque was destroyed. Jingjue Mosque was rebuilt at the end of the Qing Dynasty (1644-1911). The extant buildings include the brick gate, the balcony, the prayer room, the reception room and the guest room, etc. The gate, which was built in the Ming Dynasty, is a brick construction with rare carvings on it. There are many precious cultural relics, including important epigraphs left by emperors of Ming & Qing dynasties. [Sumber : islamichina.com]
Pokok maple dengan daun kemerahan menjadi penghias sudut masjid. Ia terletak berhampiran dengan pintu masuk ruang solat muslimah.
Tadi semasa saya selesai berwuduk (di bangunan yang berbeza dengan bangunan dewan solat), masuk seorang wanita tempatan yang mungkin lebih berusia daripada saya. Dia tersenyum mesra dan berkata sesuatu kepada saya dalam bahasa Cina, sambil tangannya menunjuk ke tempat wuduk. Saya membalas senyumannya dan mengangguk kepala tanda sudah berwuduk. Nak berbual lanjut, saya sedang mengejar masa - tak sempat nak buka Google Translate.
Saya rasa seronok, bila berada di tempat asing begini ada saudara seagama yang menyapa mesra. Ia perkara yang jarang berlaku, mungkin bukan budaya mereka untuk memberi atau membalas senyuman kepada orang asing walaupun sesama muslimah.
Ruang solat muslimah. Luas dan nampak moden, mungkin ini struktur binaan baharu.
Bahagian hadapan dengan sentuhan dekorasi berwarna merah - warna yang sinonim dengan budaya Cina.
Memandangkan ini bukan trip santai berdua, maka tak dapatlah saya menjelajah kawasan masjid ini untuk melihat dengan lebih dekat suasana sekitar. Tempat ini agak luas, ianya sebuah kompleks dengan beberapa buah bangunan dibina secara terpisah - sama seperti dua buah masjid tua yang pernah saya kunjungi di Guangzhou, wilayah Guangdong.
Hanya tiga buah foto di atas sahaja sebagai kenangan saya pernah berkunjung dan menunaikan solat di masjid tertua dan terbesar di kota Nanjing, wilayah Jiangsu ini. Selesai solat, kami kembali berkumpul dengan kawan lain yang menunggu di luar masjid.
Antara makanan yang dijual di deretan gerai berhampiran masjid. Udara di Nanjing sejuk, kawan yang menunggu kami duduk menikmati semangkuk bubur (nampak macam bubur pulut hitam) di gerai ini. Dapatlah kurangkan rasa sejuk bila makan bubur panas.
⏵ BERSIAR-SIAR SEKITAR QINHUAI DISTRICT
Ikut perancangan, kami akan menaiki bot untuk night cruise di Qinhuai River. Sementara menanti siang bertukar malam, kami bersiar-siar di kawasan sekitar.
Pintu gerbang besar dengan seni bina tradisional Cina.
Tiba di suatu jalan yang dihias cantik dengan gantungan tanglung berwarna oren kuning.
Kami tiba di lorong dengan deretan kedai di kanan dan kiri jalan. Menarik suasana di sini - bangunan dengan sentuhan seni bina lama, pokok tinggi yang menghidupkan suasana dan gantungan tanglung berwarna merah yang menambah ceria.
Kami singgah di beberapa buah kedai yang terdapat di sini. Antaranya, kedai yang menjual pelbagai jenis buah-buahan kering. Tiada bahan yang meragukan dalam pembuatannya, jadinya ia halal untuk dinikmati. Setiap bungkusan dijual dengan harga 39 yuan, cuma berat isinya berbeza bergantung pada jenis buah. Segala jenis buah ada di sini, kagum saya tengok. Setakat buah yang saya cuba, rasanya sedap - tidak terlalu manis, tidak liat dan tidak terlalu kering.
Kawasan ini meriah dengan pengunjung. Beberapa kali juga saya ternampak perempuan berpakaian tradisional Cina berjalan di sini. Selepas itu barulah saya tahu, mereka menyewa pakaian tersebut untuk berfoto di bangunan dengan berlatarkan Qinhuai River.
Langit siang mulai gelap, suasana bertukar jadi lebih menarik untuk saya memotret.
Nanjing kota moden yang sibuk, tetapi menatap foto ini terasa seperti berada di zaman berbeza.
Hujung minggu yang baru berlalu saya dan Encik Suami balik ke rumah NS, Encik Suami ada sedikit urusan perlu diselesaikan. Hari Jumaat malam Sabtu kami naik pesawat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kedah dan turun di KLIA. Sampai di rumah NS sudah pun menghampiri waktu tengah malam.
Pagi hari Sabtu kami ke Damansara untuk urusan Encik Suami. Sarapan kami - nasi lemak.
Selesai urusan, petangnya saya ajak adik saya sekeluarga berjumpa dan makan-makan di Gastrohub, Nilai. Sebelum ini kami sama-sama menetap di Nilai, memang kami selalu berjumpa dan anak-anaknya pun agak rapat dengan saya. Sejak saya berhijrah ke utara, kami hanya berjumpa bila sama-sama balik kampung di Johor. Alhamdulillah kali ini masing-masing ada masa lapang, bolehlah kami berkumpul di Gastrohub.
Makan tengah hari merangkap makan malam saya.
High tea set. Kalau datang berdua saja dengan Encik Suami, tak berbaloi ambil set ini sebab cuma saya seorang saja yang suka makan kek dan pastri. Kali ini ramai, bolehlah berkongsi rasa itu sikit ini sikit.
Selesai makan-makan, balik rumah terus buat kerja - saya vacuum dan mop lantai di atas dan bawah, manakala Encik Suami uruskan kerja pembersihan di luar. Beginilah bila sesekali balik rumah tinggal, kena kerja lebih sikit.
Hari Ahad pagi kami ke KLIA untuk penerbangan pulang ke utara. Pukul 10.30 pagi kami makan di Petit Cafe Chef Wan. Lapar sungguh rasa, bila kira-kira rupa-rupanya dah lebih 17 jam kami tak menjamah makanan ð
Ada perubahan baik di Petit Cafe Chef Wan - pesanan boleh dibuat dengan cara imbas kod QR di meja dan makanan akan dihantar ke meja. Sebelum ini perlu buat pesanan di skrin luar kedai - jadi sedikit sesak dan perlu beratur hanya untuk buat pesanan.
Kira-kira pukul 2.30 petang, pesawat yang kami naiki tiba di ruang udara Alor Setar, Kedah. Menarik sungguh pemandangan dari udara - sawah padi menghijau di bawah sana.
Dalam perjalanan pulang ke rumah Perlis, kami singgah membeli keperluan di Lotus’s Jitra. Ternampak ubi ngaku (arrowhead) ni, saya beli sedikit nak buat kerepek. Terbayang rasanya sedap berlemak.
Sebelum ke tempat pelancongan seterusnya, kawan non-Muslim bertanya - adakah kami yang beragama Islam boleh mengunjungi tempat ibadat penganut Buddha? Jawapan saya, boleh tetapi hanya di bahagian luar bangunan.
Kalau ikutkan pendirian saya, sebolehnya saya mengelak diri mengunjungi kawasan tempat ibadat bukan Islam (walau sekadar berfoto kenangan di luar bangunan) kerana ia tempat yang mensyirikkan Allah Tuhan Yang Satu. Pun begitu, atas dasar menjaga keharmonian dan ianya dibolehkan dengan syarat tertentu - maka saya bersetuju dengan cadangan mereka untuk ke tempat ibadat penganut Buddha.
Jemput baca hukum berkaitan, di laman web —> muftiperlis.
*
Kenderaan kami bergerak menuju ke Jiangning District, di bahagian selatan Nanjing City. Terasa jauh perjalanan ke sini, sempatlah saya melelapkan mata. Sebaik tiba, barulah saya tahu tempat kami pergi ini bukan sekadar sebuah bangunan rumah ibadat - saya sangka kami akan ke sebuah tokong besar tetapi rupa-rupanya kami ke sebuah taman yang sangat luas!
Nanjing Niushoushan Cultural Park merupakan sebuah taman dengan pelbagai tarikan bertemakan Buddha (Buddhist park). Untuk makluman - semua info saya ketahui hanya setelah selesai kunjungan ke sini, masa pergi memang tak tahu apa memandangkan rata-rata info hanya dalam aksara Cina.
Tempat parkirnya luas dan agak jauh dari bangunan utama yang menempatkan kaunter tiket, tandas, kafe dan restoran. Awal-awal lagi dah kena berjalan kaki jauh. Mujurlah udara ketika ini sejuk nyaman.
Tiket masuk - 160 yuan. Tak terasa mahal sebab bukan kita yang bayar ð
Dah beli tiket, kena mendaki anak tangga dan jalan kaki jauh jugalah untuk ke pintu masuk taman. Ramai pengunjung ketika ini, tapi sebab perlu berjalan ikut laluan pagar besi yang banyak lorong ni jadi tidaklah bersesak.
Eh, lepas tu beratur panjang untuk naik bas pula sebab tempatnya jauh lagi. Naik bas ni berbayar ya, entah berapa harganya saya tak buat catatan.
Turun dari bas, kami ke tempat permulaan untuk ke kawasan tarikan yang ada di sini. Terdapat beberapa kedai jualan makanan dan minuman di sini.
Langkah kaki diteruskan. Pengalaman pertama saya naik eskalator yang terletak di kawasan terbuka begini. Ingatkan satu eskalator je, rupa-rupanya lepas tu banyak lagi tangga perlu di daki dan eskalator yang perlu dilalui ð
Tujuan utama pengunjung ke sini - nak naik ke puncak gunung yang menempatkan pagoda (foto di atas) dan Usnisa Palace.
Panjat tangga lagi ð
Entah berapa kali naik eskalator, saya tak buat kiraan.
Cantik pemandangan alam di sini.
Mendaki tangga terakhir untuk tiba di puncak.
Pagoda yang terletak di puncak gunung. Dari jauh tadi kedengaran bunyi loceng sembahyang dan kelihatan para sami keluar masuk pagoda.
Sementara menunggu kawan beragama Buddha masuk ke dalam bangunan pagoda ini, kami berjalan-jalan memerhati kawasan sekitar dan menikmati pemandangan di sini.
Pokok berwarna keemasan dengan ikatan berwarna merah di sudut dataran.
Tarikan utama di sini - Usnisa Palace (Foding Palace).
Menikmati pemandangan dari puncak gunung.
Deretan bangunan tinggi menjadi latar pemandangan di bawah sana.
Ketika kami sedang menikmati pemandangan sekitar, tiba-tiba angin bertiup kencang. Sangat kuat sehingga saya nak melangkah pun terasa berat. Topi Encik Suami turut diterbangkan angin, tapi syukurlah sempat dicapai semula. Mula-mula rasa takut bila berhadapan dengan situasi begini, tetapi kemudian jadi seronok pula bermain dengan angin ð
Boleh saksikan bagaimana kuatnya angin di sini dalam video ringkas di hujung entri.
Seterusnya kami berlima masuk ke Usnisa Palace. Tempat ini dibahagikan kepada beberapa bahagian - kami masuk bahagian bangunan yang menempatkan bahan pameran (tidak kelihatan dalam foto di atas). Bahagian dengan bentuk bumbung separa bulat (foto di atas) pula, saya tak masuk sebab nampaknya macam tempat ibadat mereka sama seperti pagoda tadi.
Dari luar, Usnisa Palace nampak tak begitu tinggi tetapi rupa-rupanya ia mempunyai enam aras bawah tanah. Pergerakan dari satu aras ke satu aras dengan menaiki eskalator. Di dalamnya penuh dengan patung Buddha pelbagai saiz di dinding, sesuailah dengan tempat ini yang bertemakan taman Buddha - tapi saya tak tahu info ini lebih awal, saya sangka bangunan pagoda tadi sahaja yang berkaitan dengan Buddha. Masa ni saya rasa tak selesa tapi tetaplah terus berjalan sehingga ke pintu keluar bangunan.
Selesai mengunjungi tempat pameran tadi, kami terus berpatah balik - tidak ke tempat tarikan lain yang ada di taman ini. Macam mana pergi tadi, gitulah baliknya ya - turun anak tangga, eskalator dan naik bas kembali ke tempat permulaan.
Kami menghabiskan masa di sini kira-kira tiga jam. Fuh…dia punya penat, masuk kenderaan je boleh terus lelap mata ð
Video berdurasi 42 saat - suasana di Niushoushan Cultural Park.