Catatan pertama saya pada hari terakhir bulan November. Lebih 30 hari tanpa entri blog dek kesibukan menguruskan proses berpindah ke tempat baru yang membuatkan mental dan fizikal saya cukup letih! Walaupun ini bukan kali pertama saya dan Encik Suami berpindah negeri, tetapi situasi kali ini berbeza - kami tidak mempunyai cukup masa untuk melakukan persediaan berpindah.
BERHIJRAH KE NEGERI PALING UTARA DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Sesuatu yang tak pernah terlintas di fikiran saya, bahawa takdir akan membawa saya dan Encik Suami (kami berdua anak kelahiran Johor - negeri paling selatan di Semenanjung Malaysia) untuk menetap di sebuah negeri paling utara di Semenanjung Malaysia dan negeri paling kecil di Malaysia 😀
Imbas kembali tarikh 1 November | waktu pagi kami masih berada di Rumah NS (Encik Suami ada urusan kerja di KL), petangnya kami balik ke Rumah PP (berkemas dan angkut sebahagian barang) dan waktu malam sekitar pukul 10.40 malam kami tiba di kediaman baru di Perlis.
Alhamdulillah selamat semuanya walaupun badan sangat letih. Tak pernah kami buat, pindah masuk rumah untuk hari pertama pada waktu lewat malam 😅
Khamis, 2 November 2023 | 7.24 pagi |
Foto pagi pertama saya di bumi Perlis, matahari bersinar indah! Seronok rasa dapat menikmati pemandangan begini, kalau di Rumah NS dan Rumah PP saya tak berpeluang menikmati cahaya matahari terbit kerana kedudukan rumah menghadap matahari petang.
Encik Suami memulakan hari pertamanya bekerja di sini, manakala saya sendirian melakukan kerja pembersihan dan mengemas barang. Sejak hari tersebut sehinggalah detik ini, kerja-kerja tersebut masih belum selesai 😅. Tak mudah bagi saya nak menguruskan sebuah rumah besar yang dibina sekitar tahun 1980-an dan terletak dalam suasana kampung. Maklumlah, sebelum ni hampir semua rumah yang kami pindah masuk merupakan rumah dengan keluasan kecil/sederhana yang baru dibina dan kami menjadi penghuni pertama. Kali ini, banyak perkara yang saya perlu belajar biasakan diri dan terima seadanya.
SELAMAT TINGGAL RUMAH PP
Disebabkan kami tak sempat melakukan persiapan berpindah lebih awal, jadinya setiap hujung minggu di sepanjang bulan November ini kami berulang alik Perlis - Pulau Pinang (PP) untuk mengemas barang dan angkut ke Rumah Perlis.
Kami tak sewa lori sebab tak cukup masa nak kemas segala barang dan cuma sedikit barang besar (cuma peti sejuk, mesin basuh dan katil). Banyak rak IKEA sebab asalnya berpindah ke PP ni cuma sementara, jadinya rak IKEA mudah pasang & tanggal merupakan pilihan terbaik. Kami angkut segala barang dengan menggunakan kereta dan kenderaan pick-up. Kalau dikira, semuanya 7 kali kami angkut barang (termasuklah pada bulan Oktober dah mula angkut sikit barang).
Sabtu, 18 November 2023 | sekitar pukul 5 petang |
Foto di atas saya rakam pada hari terakhir kami di Rumah PP. Masa ni kami dah selesai keluarkan semua barang dan rumah sedia untuk diserah kembali kepada tuan rumah. Demi nak jadi ‘penyewa dari syurga’, maka gigihlah kami bersihkan segenap sudut 😀
Pagi hari Ahad, 26 November tuan rumah datang periksa semua (termasuklah suis lampu, paip & pam tandas). Komen tuan rumah seorang lelaki berbangsa Cina, “…pandai jaga…”. Alhamdulillah kami dapat kembali semua deposit sewa rumah dan deposit kad akses. Deposit bil utiliti je masih dipegang sedikit sementara menunggu bil akan datang.
Hampir 3 tahun 6 bulan kami menetap di Pulau Pinang, walaupun belum banyak tempat sempat kami jalan-jalan tetapi sudah cukup banyak memori dan kutipan pengalaman selama di sini. Selamat tinggal Rumah PP 👋
.
wahhh kita yang baca ni pun rasa penat juga.. Semoga Ujie dan suami dapat biasakan di tempat baru.. lepas ni bole JJCM area perlis plak ye hehehe...
ReplyDeleteselamat mengemas dan take ur time...
Insya Allah…terima kasih Ako 😊
DeleteItulah senyap lama juga
ReplyDeleteRupanya dapat rumah besar di Perlis.
Penat mental & fizikal saya sampai tak larat nak berblog dah NA 😅
DeleteSemoga dipermudahkan segala urusan.....
ReplyDeleteHarap akan ada lebih banyak sinaran yang menanti <3
InsyaAllah aamin…terima kasih Cuya 😊
Deletewah jauh nun di sana letaknya. posnya ringkas tapi kite yang membayang sambil baca pun letih. anak selatan singgah sini yaa
ReplyDeleteHehe…hai geng anak selatan 👋
Deletepatut la akak senyap je,duk tertanya2 sendiri mana akak ni..rindu hehe
ReplyDeleteAda jugak yang rindu, terharu rasa ☺️
DeleteAkak pun rindu nak baca cerita Afzan dan kawan-kawan blog lain.
lama tk muncul..yela bila pindah umh byk benda nk berkemas..nk sesuaikan tmpt baru.....cantik gmbr bersinar di tmpt baru tu
ReplyDeleteBetul. Lagi pulak kali ni suasananya jauh berbeza dari, memang perlu masa nak sesuaikan diri. Terima kasih Mama Tisya 😊
DeleteSaya rajin buka blog kakak, tapi memang tak ada update. Ternyata sedang sibuk pindahan ya kak ☺️. Syukurlah udah hampir selesai walo blm 100%.
ReplyDeleteSemoga di tempat baru, semuanya baik2 saja, dapat Jiran yang ramah ☺️
Terima kasih Fanny rajin ke sini ☺️
DeleteInsya Allah aamin.
Agak sedih ya tinggalkan rumah lama,banyak kenangan di sana, tapi menempati rumah baru pun bisa jadi awal yg indah, seindah jepretan fotonya..cantiik
ReplyDeleteIya, kita cipta kenangan di tempat baru pula 😁
DeleteAlhamdulillah satu lagi fasa kehidupan baru utk PU & suami. Nak balik raya nanti jenuh menempuh jem :p
ReplyDeleteItulah…kena atur strategi ni. Jarak perjalanan dah cukup jauh, kalau tambah jem musim raya lagi memang jenuh sungguhlah 😅
DeleteAlhamdulillah. Moga dipermudah kan semua urusan. Perlis memang cantik, kami sempat jalan2 tahun lepas.
ReplyDeleteIya, saya suka alam semula jadi di sini.
DeleteAamin…terima kasih puan 😊
semoga dipermudahkan ye.
ReplyDeletejauhhh disana pula.
Insya Allah..aamin.
DeleteTerima kasih CikNur 😊
Patutlah lama tak nampak dia. 7 kali ulang-alik, pengsan!
ReplyDeleteTerima kasih Sk kerana memahami 😄
DeleteMau tak pengsan...dah ulang alik Perlis-Penang, kena kemas barang lagi. Tiap malam tidur macam orang pengsan..letih sangat 😅
Alhamdulillah, dah setel semuanya..letih travel, kemas brg...sinar mentari di tempat baru..
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteItulah...sinar mentari tu macam simbolik bagi saya mulakan hidup di suasana baru.
Nanti sy balik kg perlis boleh la singgah :D
ReplyDeleteBoleh Afif, nak jalan-jalan ke Padang Besar tu bolehlah singgah ke rumah kami.
DeleteMoga dapat cepat menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru..
ReplyDeleteInsyaAllah aamin...terima kasih en.Mie.
DeleteBerpindah memang memenatkan tapi seronok excited ke tempat baharu. Semoga semuanya baik-baik sahaja
ReplyDeleteBetul.
DeleteExcited dan berdebar jugaklah.
Terima kasih doa MrsA 😊
Betul.
DeleteExcited dan berdebar jugaklah.
Terima kasih doa MrsA 😊
Kutub Utara Kutub Selatan ni....hihihi
ReplyDeleteSemoga dimudahkan urusannya
InsyaAllah 🤲
DeleteMemang penat pindah rumah ni. Dah la tak ada sewa lori atau mover, ya. Jenuhla ulang alik angkut barang. Mesti rindu rumah PP bila lalu Penang. Setiap tempat ada kenangan tersendiri. :)
ReplyDeleteIya...setiap tempat ada kenangan pahit manisnya. Sekarang sedang cipta kenangan di Perlis pulak 😁
DeleteWelcome tu Perlis .dah jadi satu negeri dengan CCL .. Perlis area mana tu ??
ReplyDeleteHarap bertambah meriahlah Perlis dengan pertambahan kami berdua 😄
DeleteAkak dok area Chuping.