Thursday 27 June 2019

IOI (bukan IOI Mall)

Cerita minggu lepas...dalam perjalanan pulang ke rumah melalui Jalan Karak, kami singgah di gerai durian tepi jalan.

Terdapat banyak deretan gerai durian di sini. Nampaknya belum sampai kemuncak musim durian, rata-rata gerai cuma ada sikit je durian. Suami pilih untuk beli di gerai ini, sebab dah beberapa kali pernah membeli di sini dulu.

Kami beli durian IOI atau D168 dengan harga RM20/kg. Durian sebanyak ini dibayar dengan harga RM35, bulat mata dengar! Kerana tekak, diturutkan jua. Suami mintak siap masuk dalam bekas begini supaya senang nampak isi, tak maulah kecewa bila balik rumah tengok ada isi tak elok.

Kalau nak beli durian Musang King lagilah bulat mata! Sebab harganya RM45/kg. Harga durian masih mahal sebab musim durian baru bermula, belum banyak.

--------------------------------------------

Cara- cara memilih durian. Tips oleh FAMA. Ternampak di Fb, kita letak sinilah untuk rujukan.

5 comments:

  1. sedapnya nengok durian akak tu... kira murah la tu kak sebekas tu rm35... nampak isi kuning emas warnanya tu

    ReplyDelete
  2. Sedap nmpknya durian akak tu.
    Oo. Tq share tips memilih durian.

    ReplyDelete
  3. Kat Karak mmg bayak gerai durian. Kalau suami nak makan durian, saya suruh dia berenti makan siap siap. Takyah bawak naik kereta. Nanti dia yg pening bau durian dalam kereta

    ReplyDelete
  4. ahad baru lepas ni, aida dpt makan durian.
    duriang kampung jer, ujie.
    sekadar nak ikut trend org lain, makan durian ha ha ha ha...
    kami x pemakan durian sgt. so, durian kampung tu dah cukup sedap dah bagi kami.
    apatah lg kalu dpt durian ada nama gitu ekk.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****