Pagi semalam...teringin pulak tekak ni nak makan Nasi Lemak dan Ayam Masak Sambal, lepas sarapan terus keluarkan ayam dan santan asli dari freezer. Mudahlah nak memasak tengahari nanti bila semua tu dah tak membeku.
Tiba masanya...saya pun basuh dan toskan ayam. Sambil tu buat persediaan untuk masak sambal - hiris bawang besar, hiris halus bawang putih dan halia. Biasanya saya tumbuk atau blend je semua tu, tapi kali ni masak sikit je maka kita main hiris jelah. Tak payah kotorkan lesung atau blender. Malas sangat kan! 😁
Ayam yang dah tos, saya gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Ambil kuali dan letak atas tungku dapur. Pusing tombol, tet tet tet...tet tet tet...tak keluar api! Alamak..gas habis!!! 😞
Ting! Idea datang. Nampaknya terpaksalah saya cuba masak Ayam Masak Sambal menggunakan Philips Pressure Cooker (PPC). Yang penting dah tau asas guna PPC, kita boleh cuba masak apa-apa je.
----------------------------------------------------------------
On PPC - Bake - Chicken - Start
Letak minyak untuk goreng ayam. Saya letak sikit je agak-agak boleh menggoreng. Bila minyak dah panas, masukkan ayam. Sikit je ayamnya sebab untuk saya seorang je, cukuplah 3 kali makan. Tutup periuk (letak je tanpa pusing penutup) untuk percepatkan ayam masak dan elak percikan minyak, tombol saya letak pada Vent sebab kita tak mau sebarang tekanan (pressure) semasa menggoreng. Sesekali buka tutup periuk dan terbalikkan ayam supaya masak sekata.
Untuk menu Ayam Masak Sambal, saya suka goreng ayam separuh masak atau 2/3 masak. Nanti akan masuk dalam sambal dan masak sepenuhnya supaya ayam lembut/tak liat. Dah siap menggoreng, keluarkan ayam.
Dengan minyak yang sama, saya terus tumis bahan hirisan dan sedikit belacan. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kemudian masukkan ayam untuk masak sepenuhnya. Gaul dan biarkan mendidih. Masa tu nanti akan merecik-recik la jugak, saya tukar kepada mode Bake - Fish supaya tahap kepanasan PPC berkurangan. Caranya tekan OFF - Bake - Fish - Start.
Kemudian masukkan garam dan gula. Gaul rata dan biar masak seketika. Rasa dah sedap dan warna dah cantik, OFF PPC. Siap!
Inilah Ayam Masak Sambal menggunakan PPC. Macam terlebih minyak pulak 😅. Alhamdulillah rasa okey ditekak saya dan ayam pun masak elok.
Nasi Lemak dan Ayam Masak Sambal. Tiada timun dan aksesori lain untuk nasi lemak, makan sorang-sorang ikut suka sendiri jelah. Nasi lemak tu saya masak menggunakan microwave, memang dah lama tak guna rice cooker.
Ok, inilah cara saya guna PPC untuk memasak Ayam Masak Sambal. Resepi terpulanglah pada citarasa masing-masing, sama je walaupun masak guna PPC atau kuali biasa.
Nota PPC : PPC TIDAK direka untuk fungsi menggoreng, gunakan mengikut fungsinya supaya periuk bertahan lama dan atas faktor keselamatan. Saya guna untuk goreng ayam sebab terpaksa je ni tau dan kuantiti minyak yang digunakan pun sikit je ala-ala nak menumis.
masak nasi guna microwave? acer demo sikit kak... tak pernah buat lagi. mw ni guna untuk perangat pizza je.. :)
ReplyDeleteakak guna mv oven, ada siap button utk masak nasi, bakar kek dll. Kalau guna mv biasa pun boleh, ada org tunjuk cara kat youtube.
Delete1st time dgr masak nasi lemak guna microwave. Nnt citer la cara2nya ye.
ReplyDeleteGitu la kan kalau gas habis, mujur ada ppc ye. Ira kalau gas habis, sambung masak guna multipurpose cooker. Asal boleh memasak. Hehe..
mmg segala nasi akak masak guna mv, kecuali tamu ramai akak guna ppc la pulak.
Deletemultipurpose cooker pun sgt membantu, guna apa yg kita ada kekdahnya kan..hehe
antara kelengkapan rumah yang saya nak beli...
ReplyDeletesemoga tercapai niat..mmg memudahkan kerja memasak dan juga penyelamat bila takde gas.
Delete