Monday 25 January 2016

Mujur Simpan Resit!

'Warranty claim is only allowed with valid original receipt'.

Belum setahun berkhidmat, mentol di salah satu ruangan rumah saya dah 'terbakar'. Mujurlah memang saya simpan resit-resit pembelian barangan begini. Dapatlah tukar yang baru secara PERCUMA, sebab masih dalam waranti setahun. Hal begini nampak macam tak penting, bukan barang nilai besar pun. Tapi, rugilah kalau tak gunakan hak kita sebagai pengguna kan... Ini pun salah satu cara nak berjimat!

Satu lagi, sebaiknya kalau beli barang-barang biarlah di kedai yang tak jauh dari rumah kita. Senang kita nak tuntut waranti atau nak tukar bila ada kecacatan produk. Kalau jauh dan barang pulak nilai kecik, mungkin tak berbaloi jadinya.

CARA SIMPAN RESIT? Saya simpan dalam fail yang ada beberapa bahagian. Jenis masukkan macam poket. Ada bahagian resit barangan elektrik, bahagian resit barangan perabot dan satu lagi bahagian resit barangan bernilai tinggi (komputer/telefon).

Selain daripada untuk tujuan waranti, saya simpan resit untuk rujukan harga pembelian akan datang dan untuk rujukan harga jika nak menjual semula satu-satu barang. 

15 comments:

  1. betul tu sis...28 ringgit pun duit jugak

    ReplyDelete
  2. Baguslah ujie simpan resit pembelian barang,nampaknya saya pun kena buat macam tu jugalah, walaupun harganya kecil tp nilainya besar buat org mcm saya ni..

    Terima kasih, dapat sesuatu yang berguna hari ini

    ReplyDelete
  3. Kalau rumah kakak resit-resit semua abang yg file. Sebab abang sekali beli barang utk kegunaan projek jumlah besar walau resit harga 3/4 ringgit pun dia simpan Ujie.

    ReplyDelete
  4. saya suka jugak simpan resit, tapi tak teratur...hihi
    lepas ni, kene simpan cantik2 lah...

    ReplyDelete
  5. Saya juga simpan semua resit yg dibeli dalam fail ikut jenis barang. Kalau perlu tak tercari2...

    ReplyDelete
  6. fuhh...angah lah tu, tak pernah nak simpan resit...rugi kan..

    ReplyDelete
  7. sama lah kite...segala resit2 memang simpan..biasa stapler dalam buku khas untuk segala perbelanjaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak Tanya kalau tampal kat buku bape lama resit leh tahan? maksudnye warna karbon tak hilang? sebab nak mula buat buku belanja

      Delete
    2. nak Tanya kalau tampal kat buku bape lama resit leh tahan? maksudnye warna karbon tak hilang? sebab nak mula buat buku belanja

      Delete
    3. saya jawabkan ya...sbb saya pun ada simpan resit print karbon tu, lama-lama mmg hilang karbon dia. Kalau resit penting, kena fotostat utk kekal. Kalau tak berapa penting, saya tulis semula details belanja kat resit tersebut.

      Delete
  8. saya simpan kad waranty je, resit2 tak pulak saya simpan

    ReplyDelete
  9. Saya respek! Sebab kalau beli barang mcm mentol ni, soheh la saya buang resit nya...hahaha

    ReplyDelete
  10. saya pun simpan juga resit, tapi tak teratur selalunya. pasni kena buat cam sis la

    ReplyDelete
  11. Bab bab filing ni kan , mak mmg fail tau, selalu tak berjumpa kalau cari balik hihi.... Time nak guna time tu jugaklah dia buat hal

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****