Monday, 11 January 2016

Bersosial + Cari Ilmu

Aktiviti hujung minggu saya....

Aktiviti sosial dengan jiran-jiran...berkumpul ramai-ramai, belajar buat ROTI!
Dengan tak malunya nak mengaku, saya tak pernah belajar/cuba buat roti sendiri. 
Inilah yang pertama, dan harap-harap lepas ni boleh hasilkan roti sendiri.
Boleh letak inti banyak-banyak, boleh buat roti macam-macam bentuk.

Menanti untuk dibakar...seronok rupanya buat roti ni! 
Seronok cuba buat 'bunga'...'tocang' dengan tangan keras nih.

Antara hasilnya...baunya je dah sedap!

Berkumpul dari jam 9 pagi, bersurai sekitar 1 petang.
Dah sampai rumah baru terasa penatnya. Tapi seronok sangat!
Alhamdulillah dikurniakan jiran tetangga yang baik hati, tak kedekut ilmu dan mudah bekerjasama.


13 comments:

  1. Bestnya ada aktiviti macam ni. Saya pon tak pernah meroti lagi. Teringin nak buat sendiri tapi ntah bila pon tak tau ☺

    ReplyDelete
  2. Bestkan ada jiran2 macam ni kan Ujie..
    Rajin kongsi ilmu..
    Sedap pulak tengok roti tu :)

    ReplyDelete
  3. wah untungnya boleh buat sendiri lepas ni

    ReplyDelete
  4. bestnye.buat roti sendiri...jimat duit, kalo beli roti gini kat Bohemia jusco, sebijik je dah 3-4 ringgit...

    ReplyDelete
  5. Kalau semua orang pandai buat roti nanti harga roti akan turun, untunglah pengguna!

    ReplyDelete
  6. Eh... kalau kakak dpt peluang macam ini pun tak mahu lepaskan Ujie
    Ilmu ni macam-macam cara boleh digali. Untung kalau dpt jiran sepakat kan..

    ReplyDelete
  7. best kalau ada peluang camni, selain berkawan2 boleh juga dapat ilmu

    ReplyDelete
  8. untunglah punya jiran tak kedekut ilmu

    ReplyDelete
  9. Belajar free je..jiran yg ajar. Share duit utk beli bhn msk je Diana. :)

    ReplyDelete
  10. Jiran mak pun pernah pergi belajar buat roti ni Ujie, dah berjual pun rotinya....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****