Tuesday 18 August 2015

Pasport

Semalam pagi, beria je saya dan suami pergi Presint 15, Putrajaya sebab nak buat pasport. Tapi hairan sebab lengang je kawasan bangunan tu. Beberapa tahun lalu pernah buat pasport suami kat sini. Lepas pusing dua kali, kami berhenti berhampiran bangunan tersebut dan suami pun turun untuk bertanya pak guard bertugas. Rupanya...dah lama bertukar lokasi! Terus bergaduh laki bini sebab takde sape yang check sebelum pergi...hahahaa!

Ok, kita bergerak ke lokasi terkini...
Kalau nak buat pasport/perbaharui pasport, kat bangunan kaca tu ya. Menara Ikhlas namanya, terletak bersebelahan dengan Istana Kehakiman (sebelah kiri). Masuk bangunan, naik lif ke Tingkat 3.

Saya sampai sini jam 9.15pagi, ambil nombor dan duduk menunggu. Tak sesak pun, lega. Untuk buat pasport pertama kali macam saya ni, cuma bawa kad pengenalan je. Gambar pasport akan diambil terus kat kaunter, macam kat atas ni.

Saya kena bayar RM200 untuk tempoh sah pasport selama 5 tahun. Berbaloi untuk yang selalu ke luar negara. Tapi macam tak berbaloi untuk saya. Nampaknya kena selalu intai tiket penerbangan murahlah ni! ^__^

Saje letak kat blog untuk rekod/rujukan saya..pertama kali buat pasport. Oh ya, pasport ni saya dapat setelah 1jam membuat bayaran. Lepas buat bayaran dan nak tunggu 1jam tu, bolehlah kita makan kat restoran mamak kat tingkat bawah. Kalau lepas makan dan nombor giliran untuk ambil pasport ni dah terlepas, kita boleh terus ke kaunter dan sebut/tunjuk angka giliran.


Proses keseluruhan dari saya ambil nombor giliran sehingga dapat pasport ni, cuma 1jam 15minit! Memang mudah sangat. Alhamdulillah! Tapi satu je yang saya sakit mata tengok, staf bertugas kat kaunter nombor tu asyik dengan gajet dia. Layan pelanggan sambil lewa, mata lekat kat skrin gajet. Pastu siap menguap besar-besar sambil menggeliat. Aduhai...


~destinasi pertama saya dekat je, ke negara jiran. Tu pun sebab beli tiket promo. Jalan-jalan melihat kebesaran Allah dengan bajet rendah..Insya Allah!~






.

23 comments:

  1. UHH PASPORT SAYA DAH LAMA MATI...

    ReplyDelete
  2. tq share pasal nk buat passport ni..
    hehe.. ira belum lg buat, sbb takde tujuan nk ke luar negara..
    negara jiran pun bnyk tempat yg boleh dilawati.. cari pengalaman, tgk budaya org.. seronok..
    semoga selamat pegi dan balik ya..
    bila nk pegi tu? hehehe..

    ReplyDelete
  3. semoga perjalanan di permudahkan
    .amin

    ReplyDelete
  4. Kalau buat kat Kukup cepat siap Ujie
    Kakak biasa kalau nak buat balik kampung - senang.
    Tapi jgn musim cuti sekolah sesak.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. negara jiran sebelah je kak..itu je yg dpt tiket murah..hehe

      Delete
  6. Tak sabar nak tengok gambar jalan-jalan, happy travelling dear..

    ReplyDelete
  7. pi honey moon ka??hehe..selamat bercuti ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami honeymoon sentiasa Diana..blm bertiga..hehee

      Delete
  8. Nak ke mana tu Ujie... Bila dah ada pasport memang langkah akan lebih panjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak pegi tmpt yg en.Mie dah pegi pun.. :)
      Harap2 ada la rezeki mcm en.Mie..panjang sungguh langkah! :D

      Delete
  9. nak gi jalan ke kak..
    pasport kite dah mati tak gi baharu pun...

    ReplyDelete
  10. seronoklah nak berjalan ke negara jiran...moga dipermudahkan urusan ye

    ReplyDelete
  11. Selamat bercuti...nanti balek bawa ole2....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ole2 gambar je kot kak..cuti2 bajet rendah je. :)

      Delete
  12. sekarang dah murah.. dulu selalu buat 2 tahun sekali. jimat sikit sebab boleh claim 100 jer dari company

    ReplyDelete
  13. Ohhhh.....cepat jer jadinya ye Ujie pasport tu....kita jugaklah yg tak de pasport sampai sekarang hihi...
    Tak per kasi chance kat kengkawan melancong dulu...mak mak kendian pun tak per....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Nom tunggu anak2 abis belajar, melancong reramai..lagi syok kak!

      Delete
  14. Uih bagusnya kosong je. Kalau pegi kat UTC pudu, penuh dgn manusia.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****