Friday 10 April 2015

Kenapa LELAKI Ramai Muflis?

Printscreen dari Facebook, topik yang menarik...
Fakta menyebut 70% daripada 120,000 orang yang MUFLIS adalah LELAKI.
Persoalannya, kenapa LELAKI???


Pendapat saya secara umumnya....sebab lelaki tak risau atau takut kepada hutang dan berani berhutang di luar kemampuan, yang akhirnya membawa kepada muflis. Berbeza dengan perempuan, baru nampak perkataan 'tunggakan' pada bil utiliti pun dah menggelabah nak cepat-cepat bayar! Tu baru bil utiliti, boleh bayanglah macamana risaunya orang perempuan bila loan kereta, loan rumah yang tertunggak. Selagi ada duit, memang akan bayar. Kalau nak berhutang/buat pinjaman pun berkira-kira. 

Ok, itu cuma pendapat saya je tau. Pendapat kita pastinya berbeza, ikut pengalaman hidup kita dan realiti insan disekeliling kita. Takde satu pendapat yang tepat untuk persoalan ini, sebab kes muflis ni berbeza-beza.  

Apa pulak pendapat korang ya? Kenapa LELAKI lebih ramai muflis berbanding perempuan?


14 comments:

  1. perempuan suka shopping, lelaki yg bayarkan..... kwang kwang kwang

    ReplyDelete
  2. Kakak setuju dgn Ujie.
    Lagi pula org lelaki kadang ada yg nak tunjuk lagak pada makwe konon semua dia mampu belikan last sendiri tak terbayar - muflislah.

    ReplyDelete
  3. setuju jugak dengan Ujie..Orng perempuan ni bab duit memang benda besar bagi kita,..kan??kita org perempuan memang suka duit.kalau tak de duit memang risau la.banyak fikir tentang duit untuk masa depan..banyak kita belanjakan ,banyak jugak la kita cari..macam saya walaupun suami bagi setiap bulan tetap rasa perlu untuuk saya cari wang sampingan.Ramai lelaki kata kita suka shopping tapi tengok jugak la kita cari duit cemana..kan??Oleh sebab kita suka kan duit lah kita tak mau duit tu hilang dari kita sampai jadi muflis..

    ReplyDelete
  4. Umumnya, rakyat malaysia kurang pendidikan tentang cara pengurusan wang. Yang bahagian lelaki, maybe lelaki lebih ramai yang buat loan, loan nak kawin, loan kereta, loan rumah. Tapi, pointnya, pendidkan pengurusan wang perlu ditekankan sebagaimana kerajaan begitu ambil berat tentang pendidikan seks untuk suatu tempoh dahulu. :)

    ReplyDelete
  5. Menakutkan juga tengok angka tu...tapi lelaki macam tak kisah jer...

    ReplyDelete
  6. Laki2 skang lagi hantu shoping dr pompuan...kikiki

    ReplyDelete
  7. memang betul kak uji... saya setuju. Lagi satu pada saya org lelaki ni senang kesian kat kawan2 bila suruh jadi penjamin, dengan rela hati je buat.... bila kawan lari... tak bayar hutang... itu yg tiba2 kena cop muflis tu,

    Rasanya kalau orang perempuan ni banyak soal sikit kalau bab jamin menjamin ni

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak. Klo tengok bil mesti cpt² nak bayar. Kalau buat personal loan pon, memang pilih tempoh singkat supaya cpt habis hutang tu.

    ReplyDelete
  9. Agaknya duit perempuan lebih berkat sbb bnyk membeti bantuan. Setiap bulan beri mak bapak..belanja untuk anak2.
    Shopping tu bila perlu saja..

    ReplyDelete
  10. aku pun setuju pendapat ko ujie
    dan juga pendapat SR.
    mohon dijauhkan lah..
    moga mudah urusan kita dunia akhirat
    insha Allah

    ReplyDelete
  11. Susah nak comment masalah cenggini.. Tapi ada juga kes yang mana lelaki terpaksa membeli sesuatu yg bukan kemampuan nya bagi menutup mulut2 yg mengata.. iaitu mak sendiri atau mak mertua.. family sendiri atau family ipar.. rakan2 dan jugak persekitaran..

    ReplyDelete
  12. yan memang tak berani jadi penjamin..menyusahkn otak

    ReplyDelete
  13. Mungkin betul jugak pendapat Ujie tu....lelaki kena berani kalau dah penakut, lembik tak ke mcm perempuan jer namanya hihi

    ReplyDelete
  14. setuju dengan ujie...saya pun kalau tgk bil tertunggak mulalah bising,tak boleh ada hutang mesti nak selesaikan cepat2...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****