Thursday 24 July 2014

Langkah Nan Layu...

Ramadhan bakal pergi,
Aduhai...hanya beberapa langkah sahaja lagi,
Sedang diri masih belum mengecapi,
Indahnya pesona bulan kemuliaan ini.

Ramadhan membawa bersama detik duka,
Serangan bumi Palestin amat mengocak rasa,
Begitu jua nasib saudara Muslim di segenap ceruk dunia,
Yang diuji dengan kezaliman dan penindasan pihak berkuasa.
Juga tragedi MH17 yang merentap tangkai jiwa,
Pembunuhan dan penganiyaan yang sukar diterima.

Benar...semuanya satu suratan dan ujian buat kita,
Sudah pasti ada pengajaran dan hikmah yang ditinggalkan,
Namun hati masih terkesan dan empati dengan segalanya,
Lalu Syawal yang datang terasa sayu dan suram,
Bibir mengukir senyuman sedang hati merasa lara.

 
*********************************************************************

SALAM AIDILFITRI buat korang semua, teman-teman yang menceriakan dunia blog saya. Saya MOHON MAAF andai ada mengguris rasa korang (lebih lagi akhir-akhir ni dah lama tak jengok blog korang). Saya juga DOAKAN semoga perjalanan kita untuk pulang ke kampung sentiasa selamat dan dalam lindungan Allah. Lagi satu...Hari Raya adalah untuk bergembira, jadi jangan lupa sentiasa ukirkan senyuman walau hati ada duka.

Eh, korang balik kampung bila? Saya dan suami Insya Allah pada hari Sabtu atau Ahad nanti. ^__^
 

9 comments:

  1. Akak balik hari Sabtu nanti Ujie..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Ujie sekeluarga..
    Berhati-hati semasa dijalan raya ye ^__^

    ReplyDelete
  2. itulah ramadhan kali ni mcm² berlaku.. mood beraya pun biasa² saja.. sy x blk kg dah ddk kg kikikiki ...

    selamat hari raya maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  3. Ira, inshaAllah balik jumaat malam..
    Betul la.. rasa sedih ramadhan berlalu lebih dari rasa teruja nk menyambut syawal.
    Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat kak ujie sekeluarga.
    Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju :)
    Semoga gembira bersama keluarga di hari lebaran nanti..

    ReplyDelete
  4. Semoga amalan ramadhan diterima Allah dengan sebaiknya manakala syawal kita rai dengan kesyukuran tidak terkata kerana masih diberi nyawa (insya-allah..)

    Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak ye Ujie

    Kakak balik Batu Pahat..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya juga for uji. saya balik kg insyaAllah sabtu.

    ReplyDelete
  6. Salam Eidul Fitr buat Ujie dan famili. Jika ada terkasar bicara harap maafkan...

    ReplyDelete
  7. salam eidul fitri buat ujie sekeluarga..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  8. Salam Aidilfitri buat aka sekeluarga...mohon maaf zahir batin yer kak...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. Salam Aidilfitri Ujie maaf zahir batin

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****