Bukan berkelah di tepi pantai pun, tapi tumpang berkelah kat premis awam di sebuah kampung di Kulai, Johor. Masa ni 2 Syawal, kami angkut ketupat 1 Syawal, kari ayam yang baru dimasak dan serunding kelapa dari rumah mak di Pontian ke Kulai. Jarak perjalanan agak jauh, jadinya bila tiba di Kulai dah tiba waktu makan tengahari. Bentang tikar dan suratkhabar mana yang ada, kami seramai 24 orang (tak semua ada dalam gambar, termasuk saya tukang ambil gambar) makanlah ramai-ramai. Masa tu rasa sedap betul makan, masing-masing makan bertambah walaupun cuma ketupat yang di makan dengan kari ayam dan serunding kelapa. Lepas makan, kutip semua sampah dan bersihkan apa yang patut. Alhamdulillah, dah kenyang kita sambung perjalanan untuk beraya ke rumah saudara-mara di Kulai!
Nota hati :
Pertama kali sebenarnya makan ala berkelah gini masa raya, biasa beli/makan kat kedai. Macam ni lebih jimat, santai dan kualiti makanan terjamin. Insya Allah tahun depan buat gini lagi.
Sebenarnya kalau makan beramai-ramai apa lagi dgn keluarga apa pun memang sedap Ujie sebab masing-masing punya citarasa yg lebih-kurang sama. Airtangan tukang masak tu ada darah daging itu yg selera:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak ye dik..
Bagus juga idea ni Ujie.. tak adalah kelaparan semasa dalam perjalanan beraya kan Ujie..
ReplyDeleteLagi bertambah selera bila makan ramai-ramai macam ni..
buat apa ke kulai? seronok makan ramai2 camni, tak kira la bentang tikar ke, surat kabar ke. Terutamanya kalau makanan tu buat sendiri.
ReplyDeletecantik gak gmbr ni buat mode painting.
Pegi beraya rmh sedara mara kat Kulai, lyd..
Deletemeriah nyer :)
ReplyDeleteacik pun buat macam tu kalau raya ujie..sebab bimbang tak de kedai yang buka sebab hari raya
ReplyDeletekalau kat tempat aku,
ReplyDeletekedai tomyam semua tutup,
makan je lah kuih raya dalam perjalanan
perut pun asik lapo manjang :)
Kedai tomyam mmg tutup, ko kena cari kedai mamak..hehee
Deleteha, kulai? my hometown...
ReplyDeletekat mana tu... ayer manis? sedenak? sri paya? kg rahmat? bukit batu?
Oh..org Kulai rupanya. Area mana?
DeleteKami beraya Kg Rahmat dan Sri Paya.
lahir simpang renggam, tapi membesar kat situ. kg rahmat dengan sri paya tu dalam radius kurang 2km dari rumah. ada ramai kawan2 kat situ... :-)
Delete*mungkin ada yang kenal kot!
Mmg dekat dah tu SM. Sedara mmg ramai kat Kulai, tu pun tak pegi semua..pilih2 je.
Deletebestnyeee berkelah time raya hehe. kite x pun. duk rumah je hehe
ReplyDeleteawak jemput ke blog kite ada buat entry raya hehe
boleh jadi kenangan manis yang takkan dilupakan ni.
ReplyDeleteSalam aidilfitri Ujie..
ReplyDeleteMaafkan salah silap saya sepanjang berkomen di blog ya.
Mmg lebih berbaloi picnic sebegini..
Jimat, lebih ceria, lebih puas makan...
Raya hari tu saya ada kat Taman Universiti, Skudai...mesti dari Pontian lalu depan UTM tu kan...:)
Oo..kg kat Johor tu, kat Tmn U rupanya..
DeleteMasa pegi Kulai dari Pontian, kami tak lalu dpn UTM. Kami ikut jln Gunung Pulai, lebih dekat katanya lah.
ini antara benda yang rare jugak orang buat dihari raya kak..hehehe..Anyway, Selamat hari Raya dan maaf zahir batin yer...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
best tu makan ramai2..selamat hari raya maaf zahir batin
ReplyDeleteLebih meriah rasanya...menjimatkan...jarang di buat orang...Selamat Hari Raya Ujie..
ReplyDeleteMakan ramai2 camtu memang bertambah la kak..sbb sedap berebut makanan tu memang lain macam selera dia..hehe
ReplyDeletedapat dibayangkan keseronokannya..makan2 santai mcm tu..mesti licin semua makanan..
ReplyDeleteBetul Ujie...mmg lebih terjamin kebersihannya jimat pun jimat....
ReplyDeleteDari mana tu Ujie? jauh sangat ke perjalanannya
Dari Pontian ke Kulai, takle jauh sangat pun kak. Cuma dlm perjalanan tu terkena waktu lunch, siap2 le bwk bekalan. Hari raya susah cari kedai mkn, ramai pulak rombongannya.
Deleteteringat masa dulu dulu. kalau nak berjalan jauh kena siapkan bekalan makanan.masa tu mana ada kedai makan kat tepi2 jalan. time makan berhenti kat mana2 bentang tikar, berkelah lah kat situ..
ReplyDeleteorak entek meneh riko berkelah
ReplyDeletenyong eleng wes enek entry baru
kok orak eneng..
wes suwi orak ngomong jowo nang blog tata,
kangen :)
Wow! Mcm best je. Sy tak penah ade experience mcm ni. Ramai2 g raya umah then berehat smbl mkn rmi2 macam ni. Sesuatu yg lain ni Ujie!
ReplyDelete