Friday 2 November 2012

Pokok Pisang Hiasan

Balik kampung (rumah mak saya) haritu...
Sempat merayau keliling rumah di awal pagi.
Rasa segar tengok dedaun yang masih dibasahi embun!

Tumbuhan yang menarik perhatian saya kali ni...
POKOK PISANG HIASAN 
(MUSA ORNATA)

Yang jenis ni saya dah biasa jumpa...


Pokok ni ada banyak, kebetulan ada yang rendah
 bolehlah amik gambar pandangan dari atas.

Saya suka yang ni!
Kelopak jantung yang gugur bersama 'bunga pisang', 
di atas daun pisang yang dibasahi embun!
Juga seekor semut yang menghidupkan lagi suasana.  

Pokok pisang hiasan atau nama saintifiknya 'Musa Ornata' ni ditanam hanya sebagai pokok hiasan. Buahnya (jika ada) tidak boleh dimakan. Biasanya jantung pisang bagi pokok pisang hiasan akan menegak ke atas. Pokok pisang hiasan ini jugak ada nama-nama lain merujuk kepada warna bunganya (iaitu jantung pisang). Tapi yang kat atas ni saya tak tau apa nama spesifiknya, secara umum ia adalah 'Musa Ornata'.

Menurut mak saya, anak pokok pisang jenis ni tumbuh agak jauh dari pokok asal. Tak seperti pokok pisang yang biasa tu. Pokok pisang ni mak tanam atas tanah, tapi kalau nak tanam dalam pasu besar pun boleh jugak. Cuma mungkin tak jadi sebesar pokok dalam gambar di atas.


p/s: Kalau nak tengok pokok pisang hiasan dengan buah warna 'purple', ada dalam entri saya yang INI. Masa tu saya tak tau pasal 'Musa Ornata' ni.

29 comments:

  1. jantung pisang sedappnya kalau dapat masak lemak.... atau rebus.

    saya pun x pandai sgt uli doh pizza asal dah naik tu oklah tu.. saya bakar hihihihihi jgn suami dgn anak suke...

    ReplyDelete
  2. as salam

    comel yang kaler merah..yang kaler pink2 pepel tu boleh buat ulam mentah..sedap juga :)

    ReplyDelete
  3. Hebat pokok pisang ni. Nama Nabi. Heheh. Kenapa takleh makan pisang ni ujie? Beracun ke?

    Gambar2 ni ujie amik guna kemre DSLr atau kemre Sony? Cantik gmbrnya. Kalo guna kemre Olympus saya, jgn harap dapat amik gmbr macam ni. Baik guna henfon. Lagi elok gmbr wp hanya 5 MP.

    ReplyDelete
  4. MASYA:
    pokok pisang yg ni tak taula boleh ke tak.

    TIHARA:
    oh..dah penah mkn ya..

    ReplyDelete
  5. LYD:
    search kat internet, kata takleh mkn pisangnya..tak tau nape. Mak saya kata pulak, nak mkn camne..kecik sgt pisangnya.

    a'ah lyd, ni guna kamera Sony Cybershot tu lah. Jgn kutuk Olympus sgt, nnti dia mogok terus lagi susah..^__^

    ReplyDelete
  6. cantknyer pic2 ni. 1st time tau tentang pokok ni !

    ReplyDelete
  7. Cantik pokok pisang nie klu ditanam di halaman yg luas.....

    ReplyDelete
  8. cantik laa mmg belum pernah tgk lagi laa....

    ReplyDelete
  9. cantik...tp rugi la xleh mkn...mburuk je kat situ kang...@ jadi rezeki semut? :)

    ReplyDelete
  10. Cantiklah ujie. Kalau kakak jumpa kakak nak tanam rumah kampung, rumah kakak nie tak bolehlah tanah secoet je..

    ReplyDelete
  11. dah macam nama orang nama saintifik pisang ni..hahaha..

    ReplyDelete
  12. bole tak klau na nak lari dari tajuk sikit hihihi jgn marah na nk tanye ni guna camera ape? gambar dye mmg sgt terbaik..na mcm suka je...bole share?

    ReplyDelete
  13. JNA:
    alahai jna..camera biasa je, bkn DSLR pun. Akak guna Sony Cybershot T90. Lps tu touch up sikit guna Picasa. Masa tu cuaca cerah & subjek mmg dah sedia cantik..jd la cantik gambarnya. ^_~

    ReplyDelete
  14. Uji, sy tak nah pun tgk pokok pisang yg ni...

    ReplyDelete
  15. Rimba Terjun tu selalu kakak lalu-lalang Ujie tapi tak ternampak pun kalau kakak nampak pun malu nak minta tak kenal kan hihi...

    ReplyDelete
  16. cantik lahhh
    ieda x pernah tgk buynga jantung pisang nie .. selalu kalau makan jantung pisang dah siap celur aje ;)

    ReplyDelete
  17. sekali imbas cantik pulak tgk..heheeh

    ReplyDelete
  18. Kalu cmel gini.leh mkn pun rasa syg kn...

    ReplyDelete
  19. Gambar phot yang cntik dan didukung oleh cuasa cantik disekitarnya.

    Sukses selalu
    Salam Wisata

    ReplyDelete
  20. cantik, angah tak biasa tengok pisang hiasan ni...

    ReplyDelete
  21. cantiknya,,lg2 pic yg last ,hehe mantap

    ReplyDelete
  22. cantiknya pokok pisang..selalu tengok pokok yg besar2 je..

    pic pun cantik..enpon mahai ni hehehehe

    ReplyDelete
  23. Cantiknya. Pertama kali ni sy tgk pokok pisang cantik camni. :)

    ReplyDelete
  24. Cantiknya pokok pisang hiasan ni. Kalo mak sy tgk mesti berkenan jgk nk tanam..

    ReplyDelete
  25. sangat cantik.. belum pnah lagi tengok ni..

    ReplyDelete
  26. pes time nengok pokok pisang jenih ni :)

    ReplyDelete
  27. cntik last pic tue..pndi snap pic :)

    ReplyDelete
  28. lawa dari pandangan atas tu.nampak kelopak dia berkembang.pisang hutan lain,pisang hiasan lain.banyak jugak spesies pisang ni rupenya...

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum....

    saya sedang membuat kajian ke atas pisang ini. Saya amat berharap puan sudi memberi maklumat ttg lokasi. Maklumat ini amat berharga utk saya yg sedang menjalankan penyelidikan
    phd saya. tolong hubungi saya mizzfazlina@yahoo.com. saya amat2 berharap

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****