Wednesday 7 November 2012

Jom Check: Kita Makan/Minum Guna Tangan Mana?


ADAB MAKAN Yang Diajar Oleh Rasulullah s.a.w:
Maksud hadis,
"Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri."
(Riwayat Muslim)

Sekalipun kita makan menggunakan sudu/garfu, adab makan menggunakan tangan kanan tetap perlu dijaga. Sama juga sewaktu kita minum, perlu menggunakan tangan kanan. Jika rasa tangan dah kotor sebab makan dan geli untuk pegang gelas, kita boleh bersihkan jari terdahulu sebelum minum air. Lagi pulak memang tak elok dari sudut kesihatan bagi orang yang makan bersulamkan air atau lepas makan terus je minum air.

Kebiasaan Yang SALAH:
Sebab tangan kanan dah kotor dengan makanan, kita pun ambil gelas minuman guna tangan kiri. Kemudian sebab nak jaga adab makan, kita pun lapik bahagian bawah gelas tadi dengan tangan kanan kita sambil minum. Kononnya itu dah dikira minum dengan tangan kanan. Hakikatnya, yang memegang gelas tetap tangan kiri. 
[Inilah kebiasaan saya yang rupa-rupanya SALAH sama sekali! Tak pasti dari mana saya belajar, tapi memang inilah yang saya lakukan bila perlu minum sewaktu makan guna tangan. Nampaknya saya kena betulkan kebiasaan salah ini.]

Adab Makan Yang Lain:
  • Mulakan makan (termasuk minum ya) dengan menyebut 'Bismillah'. Kalau sebut penuh siap doa makan itu yang terbaik.
  • Tidak menghina makanan. Contohi Rasulullah; Jika suka, baginda memakannya. Jika tak suka, maka akan ditinggalkan sahaja makanan tersebut.

Kenapa Perlu Makan Ikut Adab?
Seorang Muslim sejati pastinya sentiasa mengamalkan gaya hidup Islam dan Rasulullah s.a.w yang dicintainya. Mengikuti ajaran baginda, bermaksud mencintai baginda. Jangan sekadar lafaz dibibir atau luah dilaman sosial, zahirkan kecintaan walau dengan sekecil-kecil perbuatan ini.

(Rujukan: Solusi isu 44, drmaza.com)

"BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL"

20 comments:

  1. betoi.betoi. setuju.. terimakasih kerana mengingatkan.. kdg2 kita memang lupa...

    ReplyDelete
  2. baiklah... kena berubah selepas ni

    ReplyDelete
  3. as salam

    sebab tu seboleh2nya saya cuba tak minum masa makan..habis makan basuh tangan baru minum..tapi kadang2 terlupa jugak..pastu, bab sabar..saya masih gagal..saya suka mengomel..susahnyalah rasa..masih belum cukup lagi kecintaan tu..hmm, sedih

    ReplyDelete
  4. Sy jenis, bila dah selesai mkn dan bsh tgn semua - baru minum. Semuanya bermula dari petua mengelak mengah dan perut boroi. Dlm ms yg sama - kita selesa minum dgn tgn kanan yg bersih (dah di basuh). Klu mkn kat luar pun, mcm tulah jugak. Tunggu dlm5 minit mcm tu. Baru kite minum.

    =D

    ReplyDelete
  5. Suka kata² yg last tu..
    Kadang² kita terlupa..Thanx for sharing & mengingatkan..~

    ReplyDelete
  6. Minum je guna straw, senang kan... hehe

    ReplyDelete
  7. tq berkongsi ye , bagus ni

    ReplyDelete
  8. bila mkn kt lua mkanan xsdp msti nk komplen itu ini...ye la bayarkan..tp bila fikir2 smula,dah xsdp lain kali xpyh mkn situ dah....:)
    saya pun kdg2 pgg gls,sudu guna tgn kiri,kena ubah serta merta ni...

    ReplyDelete
  9. cuba biasakan diri lepas makan n cuci tangan baru minum..good sharing kak ujie.refresh balik..

    ReplyDelete
  10. betul tu kak..sy pernah dengar pasal benda nie..even kalau panggil orang masjid untuk kenduri pun ade sesetengah akan hanya guna tangan kanan..walaupun untuk mencedok lauk dari pinggan yg lain...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    N3 yang sangat baik,buat pengetahuan kita semua terima kasih ya Ujie...

    ReplyDelete
  12. hari tu masa gi kenduri...
    ita macam biasa lah sudah makan..tapi still tak basuh tangan (tangan tu taklah penuh dengan sisa makanan) terus ambik cawan minum..orang sebelah tu kata pengotor nyer...guna lah tangan kiri kan bersih...
    ita pun jawab...pengotor apa..saya makan nasi bukan makan tahi...
    geram betol lah...

    ReplyDelete
  13. diorang masih tak faham konsep tangan knan n kiri

    ReplyDelete
  14. TIHARA:
    bkn blm cukup tu..sdg berusaha. sama je kita..:)

    FARA:
    yup, psl minum air tu..mmg dimotivasikan oleh tips takmo boroi! ^__^

    MIE:
    kat kenduri kawin takde straw..:)

    AZLAN:
    ada yg mmg takkan mkn kalo kita sendukkan nasi/tuangkan air guna tgn kiri. sbb ikut sunnah sume perkara kena guna tgn kanan, kecuali utk bersuci (istinjak).

    EITA:
    ada gak yg selamba ckp gitu? kalau fikir betul2, tak kotor sbb itulah mknn yg baru je masuk dlm mulut kita kan.

    ReplyDelete
  15. a'ah la ujie..baru tau..tak kira macam tu rupanya..kena ubah..

    ReplyDelete
  16. RAI:
    saya tak abis2 geleng kepala..tepuk dahi..apsal aku tak tau?

    ReplyDelete
  17. perkongsian bagus ni..mesti ramai yg tak tau jugak..

    ReplyDelete
  18. perkongsian bagus ni..mesti ramai yg tak tau jugak..

    ReplyDelete
  19. oh...bru thu la kak...kena biasekan minum tangan kanan jugak la nanti..thank 4 the info

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****