Friday 7 September 2012

Lidas dan Nanas

Dalam entri mengenai nenas MD2, ada beberapa orang yang bertanya mengenai maksud LIDAS. Sebab saya sebut yang nenas MD2 ni tak lidas bila dimakan. Berdasarkan carian di internet, LIDAS wujud dalam bahasa Jawa dan bahasa Melayu rasmi.

LIDAS = Rasa pedih atau gatal pada lidah (ketika makan buah yang masam seperti nanas dsb).

------------------------------------------------------------------------

Dalam mencari maksud LIDAS, terjumpa pulak mengenai ejaan yang betul bagi NENAS adalah NANAS. Patutlah kadang-kala jumpa orang tulis Nanas...


*Kalau korang nak semak ejaan atau cari maksud apa-apa perkataan dalam bahasa Melayu, boleh buat rujukan di laman web DBP DI SINI. Untuk carian bahasa Jawa boleh rujuk DI SINI.

17 comments:

  1. Kalau org jawa sebut nenas memanglah nanas dan lidas tu memang ada pada bahasa jawa (mentang-mentanglah kakak jawa kan, hihi... jgn marah banyak juga kakak belajar dari bibik kakak sebenarnya)

    ReplyDelete
  2. KAKZAKIE:
    Saya pun jawa..:-)

    Baru ingat..betulla, nenas dlm bhs. jawa NANAS. thnks ingatkn..

    ReplyDelete
  3. dahulu (masa kecik2) aku sebut NANAS tapi....dorang ejek kata aku ni org pinoy ker? kenapa sebut NANAS?

    Aku diam, lalu sampai sekarang sebut nenas


    LIDAS tu bahasa JAWA, mati2 ingatkan bahasa org johor. Makna LIDAS tu mmg dah faham di entri sebelumnya tapi tak tahu pula itu sebutan dalam bahasa Jawa

    ReplyDelete
  4. saya senut nenas tp lidas sekali sekala je penah dengar org guna

    ReplyDelete
  5. ita pun tak tahu jugak tapi boleh agak lah lidas tu apa..
    sebab kalau makan nenas memang lidah jadi tak selesa...

    ReplyDelete
  6. tahniah! anda salah seorang pemenang GA blog ciktom; http://www.ciktom.com/senarai-pemenang-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/

    ReplyDelete
  7. sebab tu tak suka makan nanas.

    boleh belajaq cakap jawa la kite..

    ReplyDelete
  8. tak penah dengar pun lidas,tambah vocab ni.zaman dulu2 eja nanas,sekarang nenas.

    ReplyDelete
  9. TP:
    pinoy tu apa?
    Saya pulak ingatkn LIDAS tu mmg bhs. melayu..so, sume org tau. Lps buat entri MD2 baru tau yg tak sume org tau Lidas tu.

    TIHARA:
    Baru dgr Senut ni..

    EITA:
    yela..mudah diagak sbb mcm Lidah.

    CIK TOM:
    Thanks..syukur!

    NIZA:
    bljr jgn tak bljr..malaysia kn pelbagai bangsa & bahasa.

    AISHAH:
    Mybe sbb skrg kita eja ikut apa yg kita sebut..jadila nenas.

    ReplyDelete
  10. saya selalu sebut buntal.. tak panggil lidas pun... :)

    ReplyDelete
  11. Ooo... bertambah vocabulary bahasa melayu saya. Mekasih ye Ujie sbb menjawab soalan blogger2 yang bertanya tu. Salah seorangnya ialah saya. Kekeke. Biasa, saya hanya panggil gatal lidah je. Lagi tak senonoh kan?

    ReplyDelete
  12. wah..kira betul laa tekaan saya..actually baru 1st time dengar perkataan nie kak..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. HANAMIKO:
    buntal? ^_^

    LYD:
    takde la tak senonoh lyd..direct, mudah paham.

    AZLAN:
    kalo tengok ayat mmg boleh teka maksudnya kan..

    ReplyDelete
  14. buntal.. sebab ibu saya selalu sebut.. saya ingatkan itu bahasa jawa, bila saya cakap dekat kawan2, semua tak faham.. :)

    ReplyDelete
  15. yelah2...ramai yg tak tau maksud lidas tu kan... seb baik izan pun org jawa. terus faham gitu.

    ReplyDelete
  16. dlu waktu kecik sy slalu rs lidas pas mkn nenas.. skrg dh x dh, hehe..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****