Thursday, 16 August 2012

Nak Bercuti Lama : Macamana Tanaman Kita?

Setiap kali cuti raya aidilfitri, memang biasa ada tanaman saya mati atau sekurang-kurangnya 'nazak'. Sebab setiap kali tu pokok-pokok terbiar selama 7 hari tanpa siraman air. Untuk balik cuti kali ni, saya dah jumpa cara yang mudah dan praktikal. Tak perlu keluar duit langsung, cuma guna apa yang ada untuk memastikan pokok kita dapat air.

Kaedah ni saya dapat dari buku yang saya beli - Tanaman Landskap, ditulis oleh Abu Bakar Mat Daud ( seorang hortikulturis & kolumnis). Dalam buku ni ada beberapa kaedah, tapi saya tulis kat sini satu sahaja. Iaitu 'Kaedah Serapan Air Melalui Sumbu'.

Barang diperlukan:
  1. Tali sumbu (boleh gunakan tali ikat kasut / sumbu pelita / kain perca). Saya akan guna kain tuala yang dah jadi kain buruk sebagai tali sumbu.
  2. Bekas takungan air (besen, bekas makanan pakai buang). Saiz bekas bergantung kepada berapa banyak pokok kita dan berapa lama nak tinggalkan.
Cara:
  • Letakkan hujung tali sumbu ke dalam bekas berisi takungan air, dan hujung satu lagi letak ke dalam medium tanaman kita.
  • Basahkan medium tanaman dan tali sumbu bagi memulakan proses penyerapan. Air akan meresap melalui tali tadi ke tanaman kita.
*Untuk kaedah lain, boleh KLIK DI SINI. Selamat Mencuba!


p/s: Mulai semalam saya dah sibuk kemas rumah sebelum nak tinggalkan agak lama. Harini nak pack baju pulak. Yang masih belum ada penyelesaian..anak-anak ikan gapi. Korang pun mesti tengah busy kan?

16 comments:

  1. saya masih bekerja .. esok pun kerja... maklumlah kampung kat selangor jugak.. rumah mak x jauh pun... raya kedua blk sg. besar, ketiga baru blk johor pulak... (^____^)v

    ReplyDelete
  2. selamat baik ke kampung yer.. selamat hari raya.. maaf zahir batin.. kalau sepanjang sy kenal dialam maya ni ade komen yg menguris hati ..

    ReplyDelete
  3. aku tanam rumput je, senang. hahaha! (mana entri njalok ngapuro?)

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya Ujie.

    Kakcik tak kemas apa2 sebab tak balik ke mana2. :(

    ReplyDelete
  5. MASYA:
    saya pun balik lewat. esok suami masih kerja. Sama2 la kita..maaf jua.

    SM:
    haha..entri tu ditarik balik, tersilap publish. tu petang sikit. teko meneh yo..

    KAKCIK:
    alahai, sedih je bunyinya kak..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya buat Ujie dan suami,kak Nurul dan family lewat mlm nie baru blk kpg.

    ReplyDelete
  7. Ujie, tak kering ke air tu nanti? Kalo kena matahari kang laju je air tu kering dgn sumbu-sumbu skali kering.

    ReplyDelete
  8. errr...letak je kat tengah laman, insyaAllah hujan turun..hihi

    *pokok xpe, jangan tinggal kucing, kebulur nnti, tak pun jd penceroboh rumah org..lg naya kan

    ReplyDelete
  9. NAZAYIENA:
    hati2..semoga slmt sampai ya.

    LYD:
    kita tunggu hasilnya nanti..sbb saya blm buat lagi. kalo lama nak tinggal, kena guna besen beso..bagi tahan lama.

    ReplyDelete
  10. MUN:
    dibuatnya tak turun ujan 7 hari, mau mati kering diorang..^__^

    tapi takpe, pokok mati boleh ganti lain pun..

    ReplyDelete
  11. bagus lah idea ni ujie! nanti saya bagitau husband..dia duk risau pokok serai dalam pasu dia mati kering.. time kami ada pun dah separuh kering.. tak ada nanti lagi la.. hahaha..

    selamat hari raya..maaf kalau ada terkasar bahasa ya..kirim salam orang kampung..

    ayah saya jawa..tapi saya tak berapa nak faham jawa T_T

    ReplyDelete
  12. Kakak agak beruntung juga Ujie bila bab tinggalkan rumah lama sebab semua neighbour kakak bukan Islam, so kalau kakak tak ada dia tolong siramkan...

    ReplyDelete
  13. Bagus juga idea ni...

    skrg ni masih lagi kemas2 pakaian..jap lagi nk bertolak dah...

    Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga..mohon maaf jika ada terkasar bahasa & tersilap kata sepanjang perkenalan kita di alam maya ini...

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum,nice tips kak Ujie~

    ReplyDelete
  15. Abg ipar ita dia guna botol air phtu gantug n tebuk kt bwah..biar jd titisan kcik..takut pokok anggur dia yg tngah berbuah tu mati...

    Selmat hari raya kak..maaf kalu ada salh silap

    ReplyDelete
  16. Abg ipar ita dia guna botol air phtu gantug n tebuk kt bwah..biar jd titisan kcik..takut pokok anggur dia yg tngah berbuah tu mati...

    Selmat hari raya kak..maaf kalu ada salh silap

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...