TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement)
Malaysia dan 11 negara lain (Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Vietnam dan Amerika Syarikat) sudah pun memeterai TPPA di Auckland, New Zealand.
Bagus ke tak bagus untuk kita? Ada pro dan kontra, boleh klik dan baca di kedua-dua link berikut :
>>> 10 manfaat TPPA
MB (Menteri Besar) Kedah
Perlantikan MB Kedah yang baru, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai MB Kedah ke -12. Ia dianggap sebagai pengakhiran kemelut politik Kedah (UMNO khususnya). Tetapi hakikatnya, ia adalah kesinambungan kemelut pentadbiran di Malaysia yang seakan tidak berpenghujung.
MB Kedah 'kaki tidur'? Bagi pendapat saya, adalah tidak wajar kita mengaibkan dan mengutuk beliau tanpa tahu kedudukan sebenar. Biarpun kita membenci perbuatannya 'merampas' pentadbiran Kedah dari MB terdahulu, itu bukanlah lesen untuk kita mengutuk/maki beliau. Islam melarang, ingat!
Bonus Tabung Haji
5% Bonus Tahunan + 3% Bonus Haji
Memang tidak setinggi tahun sebelumnya, sehinggakan ramai yang mengeluh! Ada pulak yang membeza-bezakan dengan ASB. Mari kita fahami, TH bukanlah instrumen PELABURAN untuk duit kita. Jadinya ia tidak menjanjikan sebarang pulangan, yang dijanjikan adalah simpanan kita selamat.
Jika benar ingin menggandakan duit kita, perlulah melabur pada saham-saham patuh syariah (boleh rujuk kepada mereka yang arif), atau melabur pada perniagaan (jalankan sendiri atau melabur pada bisnes orang lain). Tapi harus diingat, mana-mana pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang pasti adalah termasuk dalam ciri-ciri tidak patuh syariah. Pelaburan bermaksud, mungkin untung dan mungkin rugi!
Ok, bukan tujuan saya 'membela' TH. Cuma ingin kita faham beza simpanan dan pelaburan. Itu je. Kalau nak pertikai dari sudut lain, maaf....memang saya tak arif ya.
Nota : Nampak macam semalam adalah hari yang penuh luka, penuh kontroversi dan penuh tanda tanya. Semoga Allah melindungi dan menyelamatkan kita dari pemerintah yang zalim, serta ditunjukkan mana yang benar dan mana yang palsu.


