Thursday, 8 May 2025

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Minggu ini agak kerap hujan lebat turun di kawasan rumah saya. Hasilnya, banyaklah cendawan tumbuh melata di tanah. Saya suka memerhati rupa bentuk cendawan yang pelbagai. Walaupun tak tahu namanya, dapat memerhati dan memotret cendawan yang ditemui membuatkan saya rasa seronok dan puas hati.

Foto-foto cendawan berikut saya ambil sewaktu melakukan aktiviti morning walk :

Cendawan di Perlis
Cendawan 1 | Cendawan berwarna kekuningan. Saiznya kecil je.

Cendawan di Perlis
Foto sudut sisi cendawan, menarik macam bentuk ropol.

Cendawan di Perlis
Cendawan 2 | Bahagian tengah dan jalur cendawan bersaiz kecil ini berwarna purple maroon. Cantik!

Cendawan di Perlis
Pandangan dari sisi.

Cendawan di Perlis
Cendawan 3 | Cendawan spesis puffball yang biasa saya temui di belakang rumah. Cendawan akan kecut dan bertukar warna hitam apabila sudah tua.

Cendawan 4 | Cendawan ini saya temui agak jauh dari rumah, dalam semak di tepi jalan. Saiznya besar dan tumbuh dengan agak banyak.

Cendawan di Perlis
Besar saiznya kan?

Sudut pandang dari sisi.

Cendawan yang ini saiznya lebih besar dan warna lebih gelap - mungkin sudah tua.

Cendawan yang belum kembang.

Masya Allah begitu hebat alam ciptaan Allah! Cendawan sahaja pun ada pelbagai spesis dengan pelbagai rupa bentuk yang unik.

Sejak menetap di tempat yang dekat dengan alam semula jadi, saya dah kurang rasa rindu nak masuk hutan. Memerhatikan 3F - flora, fauna dan fungus (cendawan) merupakan antara sebab saya suka masuk hutan. Tapi, sesekali keinginan tu datang juga sebab lain tempat lain flora, fauna dan fungusnya.







21 comments:

  1. cantiknya...yg bulat tu selalu muncul depan rumah saya...

    ReplyDelete
  2. Ada cendawan boleh makan kan kak, macam cendawan busut, yg lain2 dan pelik2 tu x sure boleh makan atau beracun

    ReplyDelete
  3. Auto teringat zaman kanak² saya, suka sangat perhati cendawan² dan tumbuhan² kecil. Rindu 🥹

    ReplyDelete
  4. cantiknya..cendawan 1 & 2...

    ReplyDelete
  5. Cendawan dalam gambar #1 dan #3 tu baru pertama kali nampak. Cantik! Besar dan sihat ye cendawan dekat tempat akak tu 😃

    ReplyDelete
  6. banyak rupa cendawan rupanya, yang mula2 tu macam popiah ribbon, hehe.

    ReplyDelete
  7. Dahulu jalan-jalan sekitar hutan dan pokok getah memang mudah nampak cendawan tumbuh. Geram, kadang-kadang. 2-3 hari kemudian tengok ada yang kecut. Sedih juga tengok tidak tahan lama.

    ReplyDelete
  8. Uniknya rupa paras cendawan yang pertama tu. Tak pernah jumpa lagi. Seronoknya dapat memotret alam flora. Terapi bagi saya.

    ReplyDelete
  9. cantiknya kak, kalau boleh di makan tu aduhai geram nengoknya

    ReplyDelete
  10. cantik juga ni kalau buat video time-lapse kan. Nanti nak cuba juga la cari kulat tandan kelapa sawit dan buat video time-lapse 😊

    ReplyDelete
  11. Masyallahhh. cantik betul. pandai u click.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya macam2 spesis cendawan yang tumbuh melata.

    ReplyDelete
  13. Banyak jenis rupanya cendawan liar..
    Yang puff ball tu macam cendawan truffle la...entah entah tu cendawan tfufe yang mahal tu🤭

    ReplyDelete
  14. Macam-macam cendawan ada ye, kat sekitar rumah Ujie. Hebat telefon (ke camera?), boleh ambil gambar objek kecil tapi jelas.

    ReplyDelete
  15. Comelnya cendawan 1st tu, macan obor2 pulakk

    ReplyDelete
  16. Subhanallah .. cantiknya cendawan mekar selepas hujan ..

    ReplyDelete
  17. Cendawan yg blm kembang tu mcm cendawan busut yg banyak di kawasan kelapa sawit huhuu... Cantik semua cendawan tu..

    ReplyDelete
  18. wah..mcm2 jenis cendawan tu, subhanallah

    ReplyDelete
  19. Kalo dah liat jamur begini, saya kadang berharap paham mana yg beracun dan mana yg aman di makan. Sebab saya memang sukaa sangat jamur. Dulu saat sekolah, masih ada babysitter saya, dia suka ambil jamur tiram yg banyak tumbuh di belakang rumah, pada batang pohon yg sudah mati biasanya. Itu kali pertama saya makan jamur tiram. Memang sedap.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****