Friday 6 August 2021

سلساي ۏکسين دوس كدوا

Tajuk jelah saya mampu tulis Jawi ya, entri blog tetap tulisan Rumi. Merangkak menulisnya tak siap-siap pulak nanti…haha.

Alhamdulillah, pada hari Rabu 4 Ogos 2021 yang lalu saya dah pun selesai menerima suntikan vaksin dos kedua. Boleh baca catatan pengalaman suntikan dos pertama DI SINI.

Sama seperti temujanji vaksin dos pertama, iaitu pukul 2 petang. Saya sampai sekitar pukul 1.50 petang dan perlu duduk menunggu di luar dewan sehingga PPV mula beroperasi semula pada pukul 2 petang. Kali ini cuaca panas terik, memang terasa bahang duduk di sini. Demi suntikan vaksin COVID-19, masing-masing nampak tenang dan sabar menunggu.

Prosedur untuk menerima suntikan dos kedua ni lebih ringkas, sebab kita dah tak perlu lagi buat pendaftaran dan konsultasi. Di kaunter saringan saya ditanya, “Ada buat swab test?”. Lepas tu terus ke kaunter mengambil nombor giliran dan barulah dibenarkan masuk ke bahagian dalam dewan.

Di dalam dewan, sekali lagi serahkan kad temujanji di satu kaunter sebelum saya mula masuk barisan menunggu untuk menerima suntikan. Sebelum masuk barisan menunggu, petugas bertanya, “Dos pertama atau kedua? Sinovac (CoronaVac)?”.

Nampaknya kali ni ramai penerima dos kedua, sebab barisan untuk penerima dos pertama sedikit saja. Penerima vaksin Pfizer (Comirnaty) pun tak ramai, sama seperti yang saya lihat semasa mengambil dos pertama tempohari.

Tiba giliran, saya perlu masuk berdua dalam bilik suntikan bersama seorang lelaki berbangsa Cina. Kali ini terdapat 3 orang jururawat dalam bilik suntikan. Seorang jururawat berkata kepada saya, “Nanti dulu ya, kita siapkan lelaki”. Saya angguk kepala. Bagus sungguh usaha mereka menjaga aurat muslimah, sama seperti pengalaman saya semasa suntikan dos pertama. Semoga Allah merahmati mereka.

Selepas lelaki tadi siap disuntik dan keluar dari bilik, barulah tiba giliran saya. Macam sebelum ni, jururawat menunjukkan picagari berisi vaksin sambil memberi penerangan ringkas. Dengan lafaz Bismillah berulang kali jururawat mula cucuk jarum vaksin di lengan saya. Sambil tekan picagari jururawat bagitau, “Tengok ni, vaksin masuk dalam badan..”. Saya pandanglah picagari tu dengan jarum yang masih tercucuk di lengan. Masa tu dah terasa sakit kena cucuk dan lepas siap suntikan terus rasa sengal bahagian suntikan. Saya bagitau jururawat, beliau balas “Dos kedua ni memang ramai yang kata lebih sakit. Sengal tu kesan vaksin masuk badan. Ada yang cepat rasa sengal, ada yang lambat sikit”. Agak terkejut juga saya, sebab suntikan yang pertama tempohari saya langsung tak rasa apa-apa. Haaa…kali ni baru merasa apa itu sakit kena suntikan vaksin.

Makin lama, makin sakit sengal seluruh tangan. Dalam kereta siap menahan sakit, rasa sakit macam bisa. Bukan sengal biasa tu. Sampai rumah terus telan pil paracetamol, Alhamdulillah tak lama tu baik. Malam nak tidur, sekali lagi lengan rasa sakit sengal dan tekak perit (tak pasti yang ni kesan sampingan vaksin atau bukan).

Simpan sini buat kenangan daripada tarikh daftar sampai siap dos kedua.

Simpan sini juga sijil digital vaksin COVID-19. Kebetulan sama pulak masa tu.

Kesan sampingan selepas dos kedua vaksin CoronaVac (Sinovac) - selepas lebih 48 jam sewaktu catatan ni ditulis, saya baik-baik aje (selain kesan sampingan yang dah saya nyatakan di atas) . Tiada kesan lain kecuali masih ada sedikit rasa sengal di lengan. Sengal biasa, tak sakit macam masa lepas suntikan. Semalam petang pun saya dah makan durian dengan kadar sederhana. Tapi kalau terasa badan tak sihat janganlah makan durian ya, sebab makin panas badan pulak nanti. Apa yang kita kena pantang selepas terima suntikan vaksin ialah elakkan aktiviti fizikal berat selama 1 minggu. 

Vaksin bukan bererti kita kebal daripada ancaman COVID-19. Vaksin cuma salah satu usaha kita mengurangkan gejala teruk COVID-19. Memang ajal sudah ditetapkan. Tetapi sebagai manusia yang tak mengetahui bila ajal menjemput, menjadi tanggungjawab kita berusaha menjaga diri (nyawa). Maaf bagi yang tak sependapat (ya, masih ada yang menolak vaksin dikalangan kita). Tak mengapa, vaksin ni pun pilihan bukan wajib. Cuma perlu ingat adalah menjadi satu kesalahan bagi mereka yang membuat sebaran sehingga mengganggu keamanan dan menimbulkan ketakutan kepada orang awam berkaitan vaksin.

 

21 comments:

  1. Eh..... mcmm mana tukar tulisan jawi tu.. mcm best pulak. apa pun tahniah dah vaksin. Semoga jauh dari Covid. amiin. TAke care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat keyboard hp saya ni ada option tulisan jawi.
      Terima kasih SS, moga kita semua terhindar dari covid.

      Delete
    2. Oh sebelum ni hp CiK TK ada buat setting tulisan Jepun. Rupanya tulisan jawi pun boleh ya... چوبا توليسن جاوي yeay!

      Delete
  2. jeles betul saya baca PPV kak Ujie asingkan lelaki perempuan. pwtc boleh pilih nurse, tapi kalau giliran kita ada lelaki masuk, nasiblah. takkan nak lari. apa pun, semoga kak Ujie sihat dan dijauhkan dari kesan sampingan kronik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Sal, tu di luar kawalan kita.
      Aamin…moga kita semua sihat terhindar covid.

      Delete
  3. Tahniah dah lengkap 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  4. terbaik... apa2 pun jgn lupa terus amalkan SOP ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, memang kena ingat2 kita belum bebas pun.

      Delete
  5. Bagus jururarawat itu, jaga aurat, baca bismillah dan tunjuk picagari buat hati gembira.
    Alhamdulillah sihat dan selamat.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Semoga sihat-sihat sahaja selepas ini.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tahniah dah selesai vaksin ye..semoga kita semua terus dilindungi..2nd dose SA nanti 26 September...AZ memang lama nak tunggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA.
      Ya, AZ lama sungguh. Moga dipermudahkan Allah vaksinasi SA nanti.

      Delete
  8. Alhamdulillah dos kedua ni cepat sikit settle. Bagus mereka jaga batas aurat. Saya pun sengal sikit je. harini pun tak rasa sakit dah. Semoga kita semua baik baik je. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Fiza pun takde kesan yang teruk.
      InsyaAllah…aamin.

      Delete
  9. Alhamdulillah .tahniah dah dua dose suntikkan vaksin

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah selesai kak ujie, Tahniah! shida masih menunggu giliran yg tak kunjung tiba ni huhuuu

    ReplyDelete
  11. taniahnyer.. dah bole rentas negeri 💪💪💪

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..dah setel 2 dos.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****