Isnin | 08.04.2019
PAGI DI TENOM
Hari ketiga di Sabah, kami menikmati pagi di Tenom. Kami hanya berjalan kaki dari Hotel Tenom untuk melihat-lihat sekitar pekan ini. Boleh guna apps Google Maps untuk lebih mudah.
Bulatan Kopi Tenom - mercu tanda pekan Tenom. Tenom terkenal dengan pengeluaran kopi. Lihat sejarah kopi Tenom di SINI.
Pekan Tenom dengan latar perbukitan diselimuti awan...menjadikan pagi di sini terasa indah! Nampak bangunan tinggi atas bukit tu? Itulah Hotel Perkasa - hotel yang menyajikan pemandangan indah dari atas bukit.
Pasar Baru Tenom. Tak berkesempatan nak merasa Apam Balik Pakcik Halim yang terkenal di sini sebab Isnin tutup.
Tamu Tenom. Buka hari Rabu dan Ahad (berakhir jam 1 petang).
Cukuplah setakat itu, kami cuma meronda sekitar kawasan berhampiran penginapan kami di Hotel Tenom. Kami bersarapan pagi di kedai makan Asiarasa 3, balik bilik dan keluar semula untuk ke Kopi Yit Foh.
--------------------------------------------------------
KOPI YIT FOH @ KOPI TENOM
Kilang Kopi Yit Foh terletak sekitar 3.2 km dari pekan Tenom. Kami naik kereta sapu yang sama (untuk ke Taman Pertanian Sabah semalam) dengan caj RM7 satu perjalanan.
Waktu Operasi
Isnin - Sabtu : 8 pagi - 5 petang
Ahad / Cuti Umum : 9 pagi - 3 petang
Kami tiba di sini sekitar pukul 9 pagi. Walaupun tak boleh masuk ke kilang kopi, tapi aroma kopi dari bangunan kilang kopi (bangunan warna biru di sebelah) sudah cukup menyegarkan! Yang kami masuk ni kedai jualan produk mereka, tertera tulisan Kilang Kopi Yit Foh.
Ada macam-macam pilihan produk, dan harga memang jauh lebih murah berbanding beli di tempat lain. Contohnya Cafe Latte 2in1 kami beli di sini dengan harga RM6.90, tapi bila ke Kota Kinabalu kami jumpa ia dijual dengan harga sekitar RM15. Haha...bukan sikit beza tu tau! Tapi...kami tidaklah membeli banyak, cukup sekadar ole-ole buat kami dan keluarga merasa kopi Tenom.
Selain kedai jualan tadi, di sini juga ada kafe dan bilik penginapan. Jom kita tengok...
Deko payung berwarna-warni menceriakan suasana. Tempat ni dijaga baik, bersih dan menarik!
Penginapan yang cantik dan suasana mendamaikan! Setiap bilik dinamakan mengikut nama kopi, antaranya Kopi Susu, Americano dan Mocha. Kalau korang bermalam di Tenom dengan bajet lebih tinggi, bolehlah menginap di sini.
Kafe Robusta - menawarkan pelbagai menu seperti Bakso, Nasi Lemak dan Mee Kari. Tapi kami minum kopi je sebab tadi pagi dah pun bersarapan sebelum ke sini. Ruangan kafe ni luas, boleh pilih nak duduk bahagian dalam atau luar. Kami pilih duduk luar, rasa seronok 'mengopi' sambil menikmati suasana di sini.
Untuk baliknya, kami call pemandu kereta sapu tadi untuk datang ambil dan hantar kami ke destinasi seterusnya...
-----------------------------------------------------------------
MUZIUM ANTANOM
Muzium Antanom merupakan tempat terakhir kami kunjungi sebelum meninggalkan Tenom untuk kembali ke Kota Kinabalu. Sebenarnya tak jauh pun dari tempat-tempat yang kami pergi pagi tadi, cuma masa tu muzium belum dibuka.
Buka Setiap Hari
Masa : 9 pagi - 5 petang
Masuk Percuma
Inilah Muzium Antanom, sebuah bangunan kecil. Luas bahagian dalamnya seperti sebuah bilik besar - dengan berdiri di muka pintu, kita dah boleh lihat keseluruhan isi muzium.
Tak banyak bahan pameran di sini, bahagian ini yang paling banyak info. Kami berada agak lama di bahagian ini. Menekuni catatan sejarah Tenom.
Antara catatan sejarah mengenai landasan keretapi Tenom.
Suku kaum Murut merupakan suku kaum terbesar di Tenom. Ontoros Antanom pula merupakan pahlawan Murut yang telah menentang British. Nampaknya nama Muzium Antanom ini adalah bersempena nama beliau.
Lupa pulak ni buku apa...buku belajar bahasa Murut kalau tak silap.
Pengantin keturunan Jawa di pelaminan tradisional kaum Murut...hehee. Inilah pelaminan tradisional kaum Murut. Menurut staf bertugas (seorang wanita berwajah manis yang sentiasa tersenyum menerima kunjungan kami), pelaminan ini masih belum lengkap. Mulanya saya sangka pengunjung tak boleh naik, tapi beliau pelawa kami naik dan duduk di atas. Saya pun ambil kesempatan minta beliau ambilkan gambar. Hehe...
Walaupun saiz muzium kecil, tapi ia masih mampu memberi informasi kepada pengunjung. Tapi jika lebih banyak bahan dimuatkan, itu lebih menarik. Bagi peminat Sejarah, tak rugi datang ke Muzium Antanom jika berkunjung ke Tenom.
Selesai melawat muzium, kami balik ke bilik penginapan dan bersiap-siap untuk naik bas ekspress ke Kota Kinabalu pada pukul 12 tengahari. Kalau ikut itinerari, kami sepatutnya akan ke Keningau dan bermalam di sana. Tapi kami menukar plan pada saat akhir sewaktu nak beli tiket bas. Begitulah jika trip berdua, suka-suka boleh ubah ikut persetujuan dua orang.
Catatan seterusnya - Perjalanan Menaiki Bas Tenom-KK & Makan Seafood di KK
.
Laa...kenapa pulak muka perantin bertutup tutup tu??
ReplyDeleteseronoknya trip berdua...ni nak kena tunggu anak anak besar ni...
kalau tak, jenuh keje tumpahkan air kat kedai makan je
Perantin lama...malu..kikiki
DeleteCantik pemandangan kat kopi yit foh tu.
ReplyDeleteTertarik dgn info pasal landasan keretapi tu. Ada dinyatakan pemandangan yg amat menarik di sabah. Kalau dpt naik keretapi tu mesti dpt tgk pemandangan yg cantik. Hihi.. Saje je la google, jumpa link ni.
http://www.wazariwazir.com/2018/05/01/pengalaman-menaiki-kereta-api-ke-tenom-train-to-tenom/
Da uzur rupanya keretapi tu. Bnyk berjasa pada penduduk di sana.
Akak datang Tenom naik keretapi la Ira. Mmg cantik view sungai, bukit2.
DeleteBoleh baca entry akak yg awal2 - Trip Keretapi Ke Tenom.😊
Ontoros Antanum itu, dalam buku sejarah ditulis Antanum. Rupanya nama sebenarnya Ontoros, ayahnya Antanum. Katanya, penulis sejarah ikut catatan orang putih, dahulukan nama ayah.
ReplyDeleteOhh..gitu kisahnya. Jadi hilang nama sebenarnya pulak.
Deleteseronok la tgk jln2 akak kt tenom, cantiknya kt kt tempat yg ada kopi tenom tuh... tempat menginap tu pun cantik jgk... nampak damai je kt situ...
ReplyDeletemcm rilex2 je tgk perjalanan akak ni
Mmg trip santai je ni Dana. Takde apa nak kejar sebab misi utama naik keretapi lama tu je. Yang lain2 tu sampingan. 😊
DeleteOrang Kota kinabalu ke?
ReplyDeleteTak...hehe
DeleteWah..area tenom ni sangat instagramable la ..pengamal media sosial mesti suka ni kan..kawasan cantik dan mendamaikan..air kopi mesti sedap
ReplyDeleteTenom memang ada tarikan pelancongan, cuma kurang popular.
DeleteAir kopi tu jadi tambah sedap bila minum di tempat yang cantik :D
seronok dapat kopi2 di situ,cantik kawasannya
ReplyDeleteya...damai rasa!
DeleteMacam tak sebok bandarnya ye Ujie...
ReplyDeleteSenang jadi org Murut kan tak payah nak pikir tempah pelamin mahal mahal hihi.... jimat sikit.
memang tak sibuk kak..tenang je. saya suka!
Deletepelamin murut..hihii
tapi zaman sekarang derang pun dah tak pakai pelamin tradisional kot.. :D
InsyaAllah akan melalui trip seperti ini minggu ni.. terima kasih sebab banyak dapat info dari puan.. jazzakallah khair..
ReplyDeleteSama-sama ^_^
DeleteMoga lancar tripnya.