Keluarga sebelah Allahyarham Bapak saya, ada permuafakatan sendiri.
Dikenali sebagai Permuafakatan Hj Nawawi (PHN).
Antara aktiviti tahunan...Hari Keluarga.
Cara penganjuran...mengikut sistem giliran.
Dan tahun 2016 ni...giliran keluarga kami!
Diadakan di rumah mak saya pada 30 April 2016 lalu.
Dikenali sebagai Permuafakatan Hj Nawawi (PHN).
Antara aktiviti tahunan...Hari Keluarga.
Cara penganjuran...mengikut sistem giliran.
Dan tahun 2016 ni...giliran keluarga kami!
Diadakan di rumah mak saya pada 30 April 2016 lalu.
Ini detik-detik akhir persiapan menyambut kehadiran saudara-mara kami.
Antara tugas saya - menyewa khemah dan tempahan makanan tengahari. Set khemah begini di sewa pada kadar RM200/set.
Antara hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah, pertandingan mewarna, cenderahati untuk semua Wak (makcik) dan pek jajan untuk kanak-kanak. Memang tak mahal mana, tapi cukuplah untuk memeriahkan majlis.
Meja buffet ni tak muat, dek kerana banyak sangat makanan yang dibawa oleh saudara mara. Macam-macam kuih, semua nampak sedap-sedap! Tapi saya tak sempat menjamah dek kerana sibuk melayan tetamu dan dah hilang selera sebenarnya. Habis majlis, terbayang-bayang pulak kuih muih tadi..aduhai!
Antara pengisian Hari Keluarga - mesyuarat. Sebelum tu kami adakan bacaan Yasin & Tahlil, diikuti dengan sesi tazkirah.
Sementara orang dewasa bermesyuarat, kanak-kanak pulak sibuk mewarna. Bersepah-sepahlah diorang ni mewarna kat dalam rumah, seronok tengok! ^__^
Acara untuk remaja/dewasa pulak....tiup belon sampai pecah! Tahun ni tak buat sukaneka dewasa, sebab cuaca panas lain macam kan. Kita buat yang ringkas gini jelah, tapi tetap meriah.
Button batch yang dipakai oleh keluarga kami. Sebelum ni guna tag nama macam pelajar orientasi tu, tahun ni kita upgrade bagi cantik. Saya buat di Button Badge Store (Instagram). Semurah 90 sen satu.
Alhamdulillah...majlis selesai dan berjalan lancar. Lega.
Kehadiran pun sangat menggalakkan, kalau ikut rekod hadir seramai 167 orang.
Assalamualaikum ujie...
ReplyDeletebagus diadakan majlis seperti inikan, dapat mengeratkan sillaturrahim.
Seronoknya Ujie kakak tengok semua yg terlibat tak kira usia dan pangkat
ReplyDeleteBagus buat macam ini jadikan acara tahunan
Wah....meriah nampaknya tu Ujie. Ni kira gathering pangkat makcik dan sepupulah yeh Ujie... Berat jugak nak menguruskan tu.
ReplyDeleteRuginya Ujie...makanan sedap tp tak dpt rasa. Tp tuan rumah mmg selalu gitu kan....
alhamdulillah bagus ada program mcm ni antara famly...eratkan lg hubungan
ReplyDeletewow! well organized.
ReplyDeleteseronok tengok keluarga ujie berkumpul :)
Seronok ada ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai begini kan...
ReplyDeleteMacam2 acara dan perancangan boleh dibuat untuk mengiratkan silaturrahim.
wahhh...happeningnya bila aa event macam ini...hehehe..ini ke kenduri yang akak cakap time saya pergi pontian hari tu???
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
ya lan, ni lah kendurinya!
Deletemenariknya buat event tahunan family macam ni..idea menarik ni utk praktis kat family ciktom..biase buat acara berbuka pose je malam last before raya...utk family besar belah ayah..
ReplyDeleteBest nyer kak..buat aktiviti keluarga mcm ni..bertmboh erat lgi tali kekeluargaan...
ReplyDeletesiap ada PHM tu KAK uJIE..barulah hubungan silatrurrahim antara saudara semakin erat
ReplyDeleteseronok bila semua ada.. meriahnya
ReplyDeletesalam ramadan sis.. :)
Wah meriah pertemuan hari keluarga ujie dgn acara yg gembirakan semua ahli...ada masa n rezki bolh buat lagi tu
ReplyDelete