Wednesday 29 April 2015

Menikmati Malam di Penghujung Benua Asia - Tg Piai Resort

Ni kisah awal bulan April, masa balik kampung kat Pontian. Saya, suami dan beberapa ahli keluarga pergi makan malam kat Tanjung Piai Resort ni. Lokasinya taklah jauh mana dari rumah mak saya di Rimba Terjun, cuma ia agak ke dalam dan gelap sebab melalui jalan kampung. Tapi jangan risau, kita masih boleh baca signboard kat tepi jalan untuk ke Tanjung Piai. Mudah je jalannya, Insya Allah.

Bila korang nampak signboard besar tulis 'Tanjung Piai Resort' dan di belakangnya lautan, tu maksudnya korang dah sampai destinasi dituju. Bangunan resort memang tak nampak depan mata tau, sebab kita kena parking dulu dan menapak beberapa ratus meter untuk sampai. Kena lalu jambatan dan seterusnya melalui laluan tembok putih untuk ke resort. 

Kami sampai waktu Maghrib, dah gelap. Suasana sunyi dan tenang. Gambar kat atas ni, jeti nelayan yang terletak bersebelahan laluan resort. 

Sampai di pintu masuk...dekorasi ringkas tapi sedap mata memandang.

Sambil bergilir solat Maghrib (surau disediakan), kita rayau resort ni dulu....
Masa ni air surut, ombak pun perlahan je. Nampak deretan cahaya tu? Memang cantik kalau korang tengok secara real. Cahaya tu datang dari kapal-kapal kat Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Lepas solat Maghrib, baru order makanan. Tak lama kemudian, sampailah hidangan untuk kami berlima. Tak order banyak sebab lelaki sorang je, tak habis membazir pulak. Tapi akhirnya memang tak abis pun nasi yang dihidang. Lauk semua licin, okeylah...sedap kat tekak saya. 

Yang paling best, sambil makan sambil dengar bunyi ombak (air laut mulai pasang). Dan sambil memerhati cahaya dari deretan kapal-kapal besar. Ditambah pulak dengan hembusan bayu laut yang sejuk. Makan pulak ramai-ramai, memang seronok.

Bagi yang berminat nak menginap kat resort ni, atau sekadar datang makan-makan macam kami boleh dapatkan info Tanjung Piai Resort ni di SINI atau hubungi 07-696 0011. Kepunyaan Melayu Muslim, orang tempatan. Kalau waktu siang, korang boleh meneroka Taman Negara Tanjung Piai yang terletak berhampiran.

30 comments:

  1. dah lama tak pi tanjung piai...dah ada resort rupanya..tq info :-))

    ReplyDelete
  2. Kakak dah sampai sini Ujie. Kami pergi berkali-kali pun pergi lepas maghrib. Rumah bapak kakak lagi dekat so kami pergi lepas solat maghrib. Pergi bukan utk apa - makan aje:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kan, rumah bapak akak mmg lagi dekat. Syok mkn2 kat situ.

      Delete
  3. Makan tepi laut mmg seronok..angin sepoi sepoi bahasa katanya.

    ReplyDelete
  4. Dah ada resort kat sana? saya last pergi sana, rasa rasanya 10 tahun dulu kot...Boleh la consider gi sana kalau saya balik Skudai

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih 10tahun kot awak tak pegi, sbb resort dah ada at least 15tahun..sbb suami praktikal situ dulu. hehee

      Delete
  5. kalau malam memang susah nak pergi ujie..acik memang jarang sangat keluar malam..suami acik silau tinggi..susah nak memandu malam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe kak, nanti anak bujang dah ada lesen boleh bawak akak & suami keluar malam. :)

      Delete
  6. cantiknya pemandangan 2.. pagi2 buta nih tengok gambar makanan 2.. terus rasa lapar nank2 ikan tuh... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pagi2, mmg waktu makan..sume pun sedap Ahlam. :D

      Delete
  7. Salam kak
    Saya pernah duduk kat resort n makan kat restoran ni.... masa temankan kawan ke Skudai... kawasannya tenang senyap dan sunyi... cuma sayangnya kami tak jumpa tempat mercu tanda hujung benua asia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mercu tanda yg ada globe besar tu eh? tu kat Tmn Negara Tg Piai, tak jauh pun dari resort ni.

      Delete
  8. cantiknya tempat nya.makan sambil ambil angin laut ..best je di tiup2 angin..

    ReplyDelete
  9. wahh cantiklah resort ni ujie,
    makanan pun macam best je tu,
    bestnya dekat dengan rumah riko..
    bojoku kepingin arek lungo johor
    tempat dia study di utm dulu..
    aku pun ada bestfren lama kat johor dah berbelas tahun tak jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UTM skudai..mmg tak jauh pun dari rumah mak aku..dan resort ni. Datangle..jejak kasih gitu. :)

      Delete
  10. Cantiknya tempat ni..
    seronokkan tengok pemandangan laut.. tenang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan lautnya tak nampak sgt, gelap. Tapi pemandangan lampu2 dari kapal2 besar tu yg cantik.

      Delete
  11. seronoknyaaa tempat ni :D
    jemput join GA nani kak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sempat insya Allah akak join ya Nani.

      Delete
  12. terima kasih Ujie berkongsi info. walau akk org johor tapi tak banyak tempat menarik yg akak tak tahu

    ReplyDelete
  13. kite belum pernah pergi situ lagi. macam best je. hehe

    ReplyDelete
  14. Kakak boleh baca lagi
    Ingatkan Ujie balik kg cuti baru ini dan pergi sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..takde entry baru la kak. Tadi dah tulis, separuh jalan tinggal buat kerja lain.

      Delete
  15. Nampak cantiklah tempat tu Ujie... tp area situ apa lagi yg boleh kita lawat ek?

    Nasi tak habis tak per Ujie, janji lauk licin haha

    ReplyDelete
  16. tak pernah sampai sini lagi,macam best je untuk dikunjungi ni

    ReplyDelete
  17. akk....berapa ringgit yeee utk 1 mlm mnginap d sini??

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****