Friday 7 November 2014

Kuasa Pemerintah

KOTA BHARU - The Chamers iaitu penganjur pertunjukan 'gadis ular' yang sedang berlangsung di Muzium Kelantan memohon maaf kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

Wakilnya, Mohd Amir Hasan berkata, pihaknya akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan termasuk memastikan wanita berkenaan menutup aurat.

"Kami ingin memohon maaf kepada kerajaan negeri dan juga pihak Muzium Kelantan di atas perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menutup pertunjukan itu sekiranya wanita berkenaan gagal menutup aurat.

Pameran dan pertunjukan Ular itu yang bermula Isnin lepas bakal berlangsung selama sebulan.

Dalam pertunjukan itu, wanita berkenaan Rahiza Abdul Rahim, 28, atau dikenali dengan gelaran 'Baby Andryanna' berada di dalam sebuah bilik kaca bersama 60 ekor ular.

Rahiza berkata, dia tetap bersemangat untuk mengadakan pertunjukkan sekalipun menerima kritikan kerana tidak menutup auratnya.

"Saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri," katanya.
  - Bernama
--------------------------------------------------------------------------------------
 
 Pemerintah mempunyai kuasa.
Gunakanlah kuasa yang diperuntukan.
Bertegas. Pasti tiada yang mampu menolak.
Inilah kuasa pemerintah!

 
~ tahniah kerajaan Kelantan! Kerana berani menguatkuasakan peraturan menutup aurat untuk persembahan umum begini. Jangan kata, 'Eleh, ramai je orang Kelantan tak tutup aurat!'. Perlu kita faham, bahawa pemerintah Kelantan memang berusaha ke arah itu. Apa usaha pemerintah negara? Dan apa usaha kita untuk diri sendiri dan keluarga? ~
 


10 comments:

  1. Pemerintah yg celik agama tak sama dgn yg celik mata tapi buta hati Ujie...
    Bagus - kakak memang salute dgn pemerintah di Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Bila agaknya kerajaan persekutuan nak kuatkuasakan perintah agama dengan sebenar2nya, kan? :)

    ReplyDelete
  3. BAGUS.PEMERINTAH KENA TEGAS BAB2 NIH,,

    ReplyDelete
  4. Seribu pujian untuk pentadbiran Kelantan... two thumbs up

    ReplyDelete
  5. Susah pemerintah pusat nak bertegas tentang aurat ni, isteri orang yang paling bekuasa pun masih dok tayang sanggul besarnya, hehehehehe...

    ReplyDelete
  6. Mmg kalau kerajaan bertegas, ramai org akan ikut. Ini, belum cuba dah mengalah, kata susah org nak ikut. Terutamanya bila artis luar negara nak buat konsert kt Malaysia.

    ReplyDelete
  7. pernah jalan-jalan di kelantan dulu,
    pekerja-pekerja muslimah di kedai
    tak kira indonesian ke siam ke,
    memang kena tutup aurat..
    muka muncung ke, tak suka ke
    kena ikut rules..
    alhamdulillah bagus kan :)

    ReplyDelete
  8. Kagum dengan kerajaan kelantan..

    ReplyDelete
  9. pemerintah ada kuasa menggubal dasar dan menguatkuasakan undang2..stp org ada tanggungjawab masing2..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****