Thursday 9 October 2014

'Door gift' Unik - Kicap JALEN Mini

Sabtu lalu, pergi jemputan kahwin seorang saudara di Kluang, Johor. Nak balik, dia hulur beg kecil. Bila tengok dalamnya ada kicap JALEN mini dan sebiji telur rebus. Telur tu biasalah, tapi bila dapat kicap ni memang rasa unik sangat dan bagus! Tak membazir, memang pasti orang makan/gunakan kicap dalam masakan. Saya yang dapat pun rasa seronok.


 
Kicap mini bersaiz 150ml ni memang dibuat khas sebagai hadiah. Tengoklah pada label botol kicap tu. Harganya pun murah, cuma RM1 je. Memang jimat dan berbaloi untuk korang yang nak buat majlis kahwin. Untuk info lanjut, korang tengok kat Fb kicap Jalen di DI SINI. Sekarang tengah ada promosi percuma custom label untuk kicap mini ni. Memang menarik!
 


32 comments:

  1. Salam kak..
    Memang unik door gift ni..rasanye tak pernah lagi kot orang buat..

    ReplyDelete
  2. bagus betui idea diorg ye.. telur 2 leh mkn dgn kicap...

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ramai yg makan telur dgn kicap Ujie, itu yg tuan punya majlis bagi macam itu. Bagus kan senang nak makan dah disediakan kicap..

    Kat Johor ni dah macam-macam isi goodie bag sekarang ni. Bukan aje kicap. Kopi, teh, tasbih, sumi (sepeket bukan sebiji/dua tau), sudu/garfu, eh... macam-macamlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kopi teh pun ada ya..hehe bagus apa.
      sumi sepeket besar tu mmg biasa gak mak dpt.

      Delete
  4. Seronoknya! Kicap Jalen mg fav. Dpt free walau saiz mini pun, dah boleh senyum lebar!

    ReplyDelete
  5. ha ah la..lain dari yang lain..tak membazir..:)

    ReplyDelete
  6. uiks.. menarik!.. x pna jumpa lagi door gift camni.... :)

    *lama x lawat cni.. hai k.ujie.. :)

    ReplyDelete
  7. memang sesuai sangat lah Ujie..makan telor rebus dengan kicap..

    ReplyDelete
  8. sesuai sangat...dah tentu tak membazir dan memberi manfaat kepada tetamu

    ReplyDelete
  9. lama dah terfikir, bila la kicap ni nak buat botol kecik. senang nak bawak gi ofis. hehe. now, kicap jalen dah buat. bravo. door gift kicap pon sgt bermanfaat.

    ReplyDelete
  10. lain dari yg lain ni..:)
    teringin nak makan nasi kenduri ni..bila tah nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. woit..bahaya ni kalau zie teringin. sbb ada 2 org tu.
      Ala, selamba je singgah rmh memana yg kenduri kawin tu..pastu bg la duit salam kaut buat byr mkn..hehee

      Delete
  11. elok buat doorgift kicap ni, berbaloi
    lagi satu saya suka tasbih :)

    ReplyDelete
  12. bagus betol doorgift macam ni...macam best je..balik leh makan terus dengan telor..heheheh

    ReplyDelete
  13. Memang sedap telur rebus dgn kicap...

    ReplyDelete
  14. Ehhh...bagusnya.nak bgtau member la.sbb dia nk bt mjlis bln12 ni..good idea.lain dr yg lain..

    ReplyDelete
  15. Ehhh...bagusnya.nak bgtau member la.sbb dia nk bt mjlis bln12 ni..good idea.lain dr yg lain..

    ReplyDelete
  16. hai kak Ujie... Assalamualaikum... lama x BW sini... Ampun ye..

    btw goodies kicap ni pon menarik gak... dulu masa kakak kawen pun ibu bagi goodies gula 1kg kat tetamu.. tu dulu la masa harga gula murah... sekarang kalau nak buat boleh nages tu.. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiii cik una..wa alaikumsalam. akak pun dah lama sgt tak bw..:)

      wah..tak penah dpt gula lagi..gula2 ada la. hehee

      Delete
  17. Yelah kicap ni mmg jarang jumpa utk doorgift... Baguslah tuan rumah tu...

    ReplyDelete
  18. comel aje dia punya packaging...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas review anda. Sokongan anda amat kami hargai.

    Salam perkenalan,
    Team Jalen
    Jalen Sdn Bhd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagaimna nak order ya ? Rm bpe utk 1 botol kicap mini ?

      Delete
  20. Custom made tu harga sama jgk k

    ReplyDelete
  21. Untuk semua pembaca yang bertanya, boleh dapatkan info lanjut di website Jalen --> jalen.com.my

    ReplyDelete
  22. Brapa harga sebotol ya kicap kecik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dapatkan info lanjut di website Jalen --> jalen.com.my

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****