Friday 13 June 2014

Si Penjatuh Hukum

Banner/gambar ini saya ambil dari blog seseorang.
 
Astaghfirullah...semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita yang amat gemar dan pantas dalam menjatuhkan maruah orang lain. Biar apa pun cerita/pengakuan Abby dan bekas suami, atau mana-mana individu sekalipun, janganlah kita cepat membuat kesimpulan dan menjatuh hukum terhadap mereka. Biar mereka selesaikan urusan mereka dan tugas kita selaku saudara se-Islam adalah mendoakan yang terbaik buat mereka.
 
Buat anda yang menghasilkan banner di atas (saya tidak tahu siapa anda), semoga tidak meneruskan aktiviti tidak sihat di sisi agama ini. Ingatlah, setiap perbuatan baik yang kita mulakan maka kita pasti mendapat saham pahala. Begitulah sebaliknya. Pilihan di tangan anda!
 
Juga buat sesiapa yang membuat teguran terbuka untuk Abby khususnya (dan individu lain umumnya), ini bukanlah cara yang betul menurut Islam. Kita ada cara dan adab untuk menegur seseorang.
 
"Barang siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Dan sesiapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya dia sedang menghinamu..."
(Imam al-Syafii)
 
 
Nota hati :
Aku, kau dan kita semua tak pernah terlepas dari keterlanjuran. Allah Maha Pengampun.
Perkara yang berlaku ke atas orang lain bukanlah untuk dicemuh dan di jatuh hukum, tetapi untuk diambil pengajaran oleh kita.
 





15 comments:

  1. Sedih bila isu yg begini semakin menjadi pilihan ramai rakyat dan saudara kita di Malaysia. Doa utk kebaikan dilupakan sebaliknya mewar-warkan aib org yg belum sahih.

    ReplyDelete
  2. Eh... kakak nak sambung lagi buat semua yg membaca:-

    KALAU IANYA BENAR SEKALIPUN IANYA ADALAH PERBUATAN MENGUMPAT
    APA LAGI KALAU TIDAK BENAR IANYA ADALAH FITNAH.

    Berhati-hatilah kerana kita semua ini manusia yg ada masanya kita lalai..

    ReplyDelete
  3. Semoga mereka semua diberi hidayah.
    Semoga kita dijauhkan dari melakukan perkara yg sama.

    ReplyDelete
  4. betul tue ujie..
    sapelah yg rajin bebenor edit cover tu...kesian plk..
    dah2 la jatuhkan aib org lain kan..

    “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

    ReplyDelete
  5. Ketika satu jari telunjuk mengata orang, 4 jari lain menunjukkan kelemahan diri sendiri... Semoga Allah mengampunkan dosa mereka yang suka melihat kejatuhan dan keruntuhan orang lain...

    ReplyDelete
  6. kesian dia,
    walau apa pun silap dia
    hanya Allah Yang Maha Tahu
    tak baik buka aib dia
    wartawan pun satu hal..

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah ...setuju dengan admin, menegur memang adab2nya dan siapalah kita untuk menghukum. Setiap sesuatu yang nyata lagi tersembunyi maha suci Allah jua yang mengetahuinya

    ReplyDelete
  8. Sedih..
    Moga kita semua dijauhi, dan pereka banner tu tersedar kesilapnnya.

    ReplyDelete
  9. ermm..mcm2 org skarang..
    lya mmg x ambik tahu hal ni..sbb ni hal rumahtangga dia org.. kt org luar xtau apa2 xbrhak nk berkata-apa..

    ReplyDelete
  10. sibuk komen hal rumah tangga orang.. tak suka betul..

    ReplyDelete
  11. sedih kan?benda macam ni jadi bahan lawak...sepatutnya kita orang perempuan lebih terasa bila kaum kita mengalami perceraian,tapi malang nya ada antara kaum wanita yang turut sama mentertawakan benda macam ni..

    ReplyDelete
  12. kalo kita salah @ buat salah dah tentu akan berubah menjadi lebih baik kan...tapi orng yang tak buat salah tu tak semstinya akan tetap tak buat salah...sepatutnya muhasabah diri bersama...yang penting dengar & nilai dulu..tak payah sibuk nak bagitau sapa yang salah...

    ReplyDelete
  13. sian kat abby..kita bukan tau pun masalah umah tangga dia...suke je tuduh macam2...

    ReplyDelete
  14. Moga ada hikmah ye semua yg tjadi.....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****