Tuesday 10 September 2013

Main Saham...Skim Cepat Kaya?

Tiada siapa yang nak mengaku dia terlibat dengan Skim Cepat Kaya (SCK). Sebab masyarakat umumnya memandang serong dengan SCK ni. Tapi bila disebut 'main saham', masyarakat mudah menerima dan lebih terbuka hati nak melibatkan diri. Hulur wang dengan jumlah tertentu, lepas beberapa bulan wang tadi jadi berganda. Sebab dah dilaburkan...kata kumpulan penganjur. Tapi masyarakat tak pernah ambil tahu pun ke mana wang tadi dilaburkan, atau sekadar lebur ditangan penganjur?

Cerita Saya
Masih dalam tempoh bertunang, ada seseorang ajak saya 'main saham'. "Duit ni nanti boleh buat belanja kawin kau", pujuk Kak A. Tiap-tiap hari pujuk saya, dan kadang-kadang marah sebab saya masih tak mau turut ajakannya. Jumlah pelaburan awal cuma beberapa ratus (RM200 seingat saya). Kalau dapat cari orang lain, kita akan dapat lebih. Kalau tak, tetap dapat pulangan berganda.

Masa berlalu...saya sekadar tunggu dan lihat. Ada jugak orang lain yang terpengaruh dan dah membayar. Akhirnya, semua hampa. Bila tiba masa 'menuai hasil', pihak penganjur mendiamkan diri. Dan yang jadi mangsa amarah bukanlah penganjur, tapi Kak A tadi. Ramai yang mencarinya, marah-marah dan mintak ganti duit. Entah apa kesudahannya...

Cerita Orang Lain
Penyewa rumah mak saya, tinggal sendirian. Tak pernah culas bayar sewa bertahun lama. Sehinggalah suatu ketika pada hujung tahun lepas, dia mula liat membayar. Sering bertangguh. Akhirnya terus menghilangkan diri tanpa sebarang kata. Tapi tak pulak berpindah, motor masih ada. Cuma orangnya yang tak balik-balik (menurut cerita jiran). Terpaksalah mak saya tunggu, kalau-kalau dia akan balik dan kosongkan rumah tu. Mak saya & jiran pulak memang tak tahu keluarganya di mana. Cuma tahu tempat kerja, dan seorang rakannya bagitau yang dia ni sedang melarikan diri. Semuanya gara-gara 'main saham'. Ramai orang sibuk mencari dia nak tuntut wang semula. Barulah tau kisahnya...kesian jugak, sebab menurut mak orangnya baik.

Dah lebih 5 bulan tanpa khabar, sekarang ni terpaksalah mak saya masuk rumah tu tanpa izin dan uruskan barang-barang tinggalannya. Ada yang terpaksa disimpan, ada yang jual (untuk bayar sewa) dan ada yang bagi orang. Asalkan kosong rumah tu untuk penyewa lain masuk. 

----------------------------------------------------------------------

Kesimpulannya, jangan sesekali percaya jika kita dijanjikan dengan pulangan lumayan bila melabur. Sebetulnya, tiada pelaburan yang boleh menjanjikan pulangan lumayan. Sebab pelaburan adalah urusniaga yang boleh jadi untung, boleh jadi rugi. Tambahan lagi, jika ia menjanjikan keuntungan maka hukumnya jadi haram untuk kita sertai. Kenapa? Bila pasti dapat untung itu bermaksud ada pihak yang tertindas (berlaku ketidakadilan). Dan Islam melarang penindasan. Boleh rujuk SINI.


p/s: Sekarang ni dah macam duduk kat Cameron Highland, siang malam sejuk. Hari-hari langit suram, kalau ada mentari pun kejap je.

20 comments:

  1. merata benda camni ujie.. atas nama perniagaan, atas nama pelaburan.. yang peliknya..yg meniaga tu entah apa yang diniagakan.. yg melabur tu pulak..kat mana dilaburkan..tak pulak diambil tahu..

    jujurnya.. saya pernah terkena sekali..alhamdulillah.. jadi pengajaran buat saya supaya lebih berhati hati..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah belum terjebak lagi .. huhuhuhu..

    iyerlah asyik terkucil² jer nak ketoilet hihihihihi

    ReplyDelete
  3. Yang paling menjengkelkan, ialah jenis yg suka paksa/marah2 kita bila kita tak mau join ' saham/pelaburan' dia...

    As per kes penyewa rumah mak tu, patutnya dlm contract sewa nyatakan saja kuasa landlord boleh masuk rumah kalau dah 3 bulan berturut turut tak bayar sewa...Yg tu dah 5 bulan

    ReplyDelete
  4. banyak orang terkena main saham ni..konon2 nak cepat untung dan kaya..tapi terjerat diri sendiri..

    mana ada nak kaya ikut jalan singkat dan mudah..kalau tak berusaha...

    ReplyDelete
  5. Ada terjadi pada saudara terdekat kakak Ujie. Masa mula-mula tu macam betul sebab ada yg dah dapat pulangannya (nasib baik kakak jenis macam Ujie payah nak percaya). Sampai dapat duit EPF just utk bayar kepada org yg dia pernah ajak utk melabur tu. Nasib baik ada anak-anak yg tolong bayarkan rumah dan kereta kalau tak tak tahulah...

    ReplyDelete
  6. huhuh dah serik .. jadi malas nak fikir huhuh

    ReplyDelete
  7. plg tak suka yg pesen marah2 ckp xmo tlg org islam..dh nk tlg cemana, pelaburan pn tak ikut cara islam..

    ReplyDelete
  8. DADDY Z:
    patut mmg lps 3bln, tapi mak kasi chance lagi sbb leceh jugak nak uruskan segala isi dlm rumah tu..motor, almari, katil dll. Takde tmpt nak letak, nak jual/buang takut orgnya balik. Kira srba salah..

    ReplyDelete
  9. ujie..sekarang ada yang ajak main2 saham kat facebook tu..blogger pun ramai join..tengok ramai yang berminat lak tu..saya lak yang was2 je..

    ReplyDelete
  10. Baru je terjadi juga pada ahli keluarga terdekat saya. Bagi saya, org yg main saham ni kalo dia rugi sorang takpe lagi. Sedih pon sorang2. Tapi kalo jenis yg melibatkan org lain mcm Kak A dan penyewa umah mak ujie tu, kesian la. Sbb bukan mereka yg tipu. Mereka pon mangsa jugak. Pendek kata, memang takkan ada jalan mudah untuk kaya. Tanya la mana2 org kaya pon.

    ReplyDelete
  11. betul kak...sometimes sy pelik..its 2013 and still ade orang percaya yang dengan sejumlah wang mereka mampu menjana pendapatan kononya dengan hanya menggoyang kaki...

    rezeki tak akan datang bergolek tanpa usaha...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  12. ita pun selalu orang aa
    jak tapi jenis yang mals nak percaya...bukan mudah nak dapat duit..kalau kena tipu lagi naya..baik berusaha sndiri menyimpan...

    ReplyDelete
  13. dunia ni penuh penipuan. tambahan ula yg babit dgn wang ringgit

    ReplyDelete
  14. saya kan berapa kali orang pujuk main2 saham ni..dengan forex nya lah, buluh betung ke emas, macam2 bunyi saham ni..tapi saya memang tak minat, main kutu pun tak minat..
    kena hati2 jangan cepat percaya kan

    haah, tempat saya pun sama..sejuk sangatt :)

    ReplyDelete
  15. Isteri saya pernah terjebak dlm Skim Cepat Kaya, kononnya bayar RM1,000 tiap2 bulan akan dapat RM100 seumur hidup. Tapi dia cuma dapat 3 bulan (RM300), lepas itu taukeh yg dah kaya raya hilang entah ke mana....

    ReplyDelete
  16. tak minat dengan saham.. risiko tinggi bagi ai yang tak berapa nak kaya ni.

    ReplyDelete
  17. makan gaji je...lambat kayanya tapi inshaAllah sentiasa cukup

    ReplyDelete
  18. oh... macam tu ya kak ujie. tak tahu pulak saya tak boleh main saham. main forex macam mana? btw, saya apa pun tak main, mana nak cekau duit.... hu hu hu...

    ReplyDelete
  19. KAK NI:
    Bkn totally haram main saham, kalau ada ciri2 spt- jaminan pasti untung, tiada perniagaan tapi bersandarkn spekulasi..atau melibatkan urusniaga tak patuh syariah..yg mcm gitu baru haram.

    ReplyDelete
  20. Syukur OKje sebab masih belum terpedaya nak masuk skim Cepat Kaya... Tulahkan, manalah ada org senang nak kaya dengan sekelip mata tanpa usaha yg kuatkan Ujie

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****