Friday 8 March 2013

Amnesia

Pernah dengar orang hilang ingatan (Amnesia) selepas kemalangan? Amnesia ni pulak ada jenis-jenisnya. Salah satunya pesakit tidak mampu mengingati apa yang berlaku SEMASA kemalangan. Walaupun selepas kemalangan dia mampu bercakap-cakap dan mata terbuka, tapi itu semua tiada dalam memorinya.

Itulah yang terjadi kepada seorang anak saudara saya selepas kemalangan kecil baru-baru ini. Dia terjatuh dari motor yang dinaiki bersama kawannya. Sebenarnya cuma alami luka ringan je. Cuma pelik bila dia macam tak tau apa-apa. Mata celik tapi pandangan kosong. Nasib baik kawannya yang sama-sama kemalangan tu masih okey, bolehlah hantarkan balik rumah. Itu pun dia tak tau nak masuk rumah, kena pegang dan bawa dia masuk. Tak lama tu dia muntah-muntah, dan mula bertanya apa yang jadi kepada dia. Kenapa ada luka-luka, dia ke mana, naik apa dan macam-macam soalan lagi. Ahli keluarga lain jadi terkejut sebab dia tak ingat langsung yang tadi dia jatuh dari motor.

Bila di bawa ke hospital, dia ditahan untuk pemantauan lanjut. Setelah diperiksa, kepala tak cedera cuma ada sedikit benjolan. Alhamdulillah selepas 24jam dia tak muntah-muntah lagi. Cuma masih pening dan sakit kepala. Tapi dia masih tak dapat ingat kejadian yang berlaku. Ingatannya cuma setakat dia ada naik motor, itu pun setelah diterangkan apa yang berlaku.


p/s: Bila dah terjadi kepada ahli keluarga sendiri, barulah saya mula faham adanya amnesia begini. Mulalah saya mencari info di internet, kalau ikutkan ini adalah Retrograde Amnesia. 


*update: Menurut doktor Daddy Ziyyad, apa yang anak saudara saya alami ini adalah Post Traumatic Amnesia dan ia bersifat sekejap sahaja. Bukan Retrograde Amnesia (amnesia yang lebih teruk).

24 comments:

  1. simpati kat dia..moga cepat sembuh..biasanya org accident ni dia jadi blank, sbb penah borak dgn sorang kakak yg accident sampai tertanggal tumit kaki..sakit pun dia tak rasa masa tu, kesian

    ReplyDelete
  2. Saya ada seorg mcm yg kena penyakit gini selepas eksiden. Sampai skrg blom pulih.tapi dia ok. Cuma dia tak ingat yg selalu bantu dia tugas seharian adalah adalah suami dan kedua org anaknya. Kesian.

    ReplyDelete
  3. Amnesia pun kena cuba ikhtiar lain Ujie. Anak sepupu kakak pernah kena masa merentas desa sekolah tetiba pengsan - ingatlah sebab terlalu letih bila sedar terus hilang ingatan. Tak ada cedera apa pun. Berubat hospital pakar dan sampai darulsyifa' Datuk Harun Din tau.

    Moga anak buah ujie cepat sembuh. Ikhtiar Ujie jgn terlambat.

    ReplyDelete
  4. isy meremang baca cerita n baca komen kawan2..bahaya ye.jatuh sikit je tapi effect boleh tahan jugak..hopeully dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. Moga anak saudara akak cepat sembuh...sian kat dia...

    ReplyDelete
  6. TIHARA:
    Ngeri lak citer kakak tu.

    TP:
    Kesiannya..pd dia dan keluarganya. Perlu rawatan intensif.

    KAKZAKIE:
    Setakat ni dia mcm okey, dah pegi sekolah. Tapi dari masa ke semasa kena perhatikan, kot ada yg tak kena.

    Berat jugak jadinya kes anak sepupu akak tu.

    ZIE:
    Tu la yg akak terkejut, nampak takde apa rupanya ada effect dlmn.

    ReplyDelete
  7. Wow! Sy mmg tak pnh berdepan dgn amnesia mcm ni. Selalu dgr, baca (mcm blog Ujie ni) dgn tgk TV je. Hrpnye anak saudara Ujie lekas sembuh dr amnesia ni....

    ReplyDelete
  8. muger cepat semboh yee..,uhUUu

    ReplyDelete
  9. semoga dia cpt sembuh..
    baru tau ada jd kes mcm ni.
    sebelum ni tgk citer kat tv je, bila eksiden, hilang ingatan. lps tu ingat balik.
    bahaya rupanya jatuh ni wp sikit. smga ank buah akak cpt sembuh.

    ReplyDelete
  10. bila tengok drama pasal amnesia ni macam tak logik pulak. bila dah ada pengalaman (kenal seseorang yang kena) baru la faham kot...

    ReplyDelete
  11. kesian nya..boleh sembuh ke??

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya, apa yg anak saudara itu alami ialah Post Traumatic Amnesia...retrograde amnesia lebih teruk dimana keupayaan nak recall memory yg terjadi sebelum kemalangan/event, terganggu. Post Traumatic Amnesia bersifat transient/sekejap sahaja

    ReplyDelete
  13. DIANA:
    Setakat ni dia cuma tak ingat kejadian tu je, yg lain2 nampaknya okey..boleh ingat.

    ReplyDelete
  14. DADDY Z:
    Thanks doc.
    Saya mmg tunggu doc komen psl ni, sbb info yg dpt dr internet tak berapa jelas kat saya. Nanti saya buat pembetulan info ni.

    ReplyDelete
  15. Kawan den pernah main futsal di bangi...kena bola kat kepala lepas tu hilang ingatan kejap....tak taw balik rumah...pelik....agaknya sama lah tu sakitnya...

    ReplyDelete
  16. tetiba sy rasa insaf pulak kat ujie. mcm mana lah ye? pagi ni kita sihat, bila ptg jatuh ckit terus tak ingat apa buat, kat mana, apa berlaku..hisy..takutnya..

    ReplyDelete
  17. uish..
    takut jugakkan..
    jatuhnya x luka..
    tpi kesan tetap ada

    ReplyDelete
  18. mg betullah apa yg dikatakan dek doktor tuu mg cepat sembuh

    ReplyDelete
  19. penah dengar kak..tetapi yg selalu dengar ialah lelaki yang amnesia lepas kantoi ngan gf/isteri...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  20. AZLAN:
    ^__^ itu amnesia buatan..

    ReplyDelete
  21. mujur sekejap je...

    moga anak sedara akak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  22. Semoga dia cepat sembuh, mujur keadaan tu hanya sementara

    ReplyDelete
  23. Adik saya mungkin sdg alami perkara yg sama sbb accdnt baru2 ni. Dia x igt apa yg jd pd dia. Harap adik sy cpat sembuh. Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga adik sis cepat sembuh, insya Allah.

      lepas beberapa tahun ni, anak sedara saya masih gagal ingat apa yg berlaku masa kejadian. Kiranya, memori tu mmg takde dalam ingatan dia.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****