Friday 30 November 2012

Satay Southern Fresh


Hidangan makan malam tadi. Sate segera jenama Southern Fresh, keluaran PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor). Ada 20 cucuk dan dijual dengan harga RM9.50 sebungkus (cuma 48sen secucuk). Dah pernah beberapa kali beli, rasanya memang tak mengecewakan.


Sebelum tu saya dah rebus ketupat segera untuk dimakan bersama sate ni.

Boleh digoreng atau dibakar. Sebelum ni saya goreng dalam periuk kecil, sebab tak mau tergoreng lidi dia sekali. Masa goreng tu, baunya memang meyelerakan sangat. Tapi untuk malam tadi saya 'bakar' guna Microwave Oven. Baunya memang tak naik, tapi rasanya masih tetap sedap! 

Sate ni tak disertakan kuah kacang. Tapi taklah kering macam sate biasa. Ianya penuh berempah dan sedap dimakan walau tanpa kuah kacang. Kiranya kalau sesekali nak kelainan, bolehlah cuba makan sate tanpa kuah ni. 

Kat mana nak beli? Sebenarnya susah sikit nak jumpa. Yang ni suami saya beli kat MAHA di Serdang petang semalam. Selain tu boleh cari kat Tesco (Shah Alam), Jalan Banang (Batu Pahat, Johor) dan kat kedai jualan di kilangnya yang terletak di Machap, Simpang Renggam (Johor). Ni menurut kata penjual semalam, mungkin ada kat tempat lain jugak. Kalau korang terjumpa, tak rugi beli dan mencubanya sendiri.

26 comments:

  1. Dekatlah dgn tempat kakak boleh cari kalau ingat. Kakak di sini pun tak jumpa lagi tau.

    Special product utk MAHA aje tak Ujie.

    ReplyDelete
  2. KAK ZAKIE:
    tak jugak..sbb kali pertama saya beli beberapa thn lalu. Lps2 tu ada beli lagi..lupa kat pasaraya mana. Cuma katanya pgluaran tak byk, tak dpt pasarkan secara meluas.

    ReplyDelete
  3. product bumiputera macam ni patut dikembangkan kan..sbb org sekarang banyak yg tak sempat dah nak buat makanan2 yg renyah macam satay ni.. saya pun cuba buat dgn rempah segera je aritu..heheh..

    ReplyDelete
  4. wahhh Ujie...


    manalah nak carik sini :(

    Kuching beb..

    ReplyDelete
  5. Wah murah tu jika banding dgn sate biasa. Kat Tesco Shah Alam? Dekat dgn rumah tu, boleh cari nanti...

    ReplyDelete
  6. nanti cuti boleh cari ni, buat time time rindu mknn malaysia.

    ReplyDelete
  7. RAI:
    saya bkn tak smpat..tapi nak cepat je..:)

    TEA:
    alahai tea..kalo bole pos, saya pos ke kuching.

    MIE:
    murah kan..tu yg beli. rasa pun sdp.

    4feet8:
    Samala..esok kot pegi kalo rajin.

    YAYAN:
    Mmg sesuai utk student mcm yayan..

    MAN:
    sedap! Penuh rasa rempah.

    ReplyDelete
  8. baru semalam makan sate kak..;) tapi bukan sate ni la, ssate kek melako ni yooo..hehe..:P

    ReplyDelete
  9. Sayaselalu buat sendiri je...maklum la..maisara kalau 20 cucuk ni tak cukup..heheh

    ReplyDelete
  10. Daging ke kak? terliur dah..nak try pi ushar kat tesco kulim tengok!

    ReplyDelete
  11. satey segera la kiranya ni....blh la beli kalau terjumpa..hee rasa mcm nak g jenguk MAHA...

    ReplyDelete
  12. Hari tu istri saya buat sendiri sate, maklumlah anak2 ramai...walaupun tak selembut sate biasa, tapi habis licin tinggal lidi aje...

    ReplyDelete
  13. assalam ujie..acik pun teringin beli kalau jumpa tu..

    ReplyDelete
  14. salam uji.
    Terus masuk dlm microwave ke? Atau nak goreng terus?

    ReplyDelete
  15. ROS:
    janji sodaap..

    DIANA:
    untungnya maisara, ibu dia rajin. :)

    NIZA:
    ayam. dia tak buat yg daging.

    AISHAH:
    kalau nak pegi, terus ke Agrobazaar. Bangunan last.

    JR:
    mesti sedap tu kan!
    kalau ada anak2 ni mmg elok buat sendiri apa2. Jimat kos dan anak2 pun puas mkn byk.

    ACIK:
    kalau ada rezeki, Insya Allah. :)

    TIRANA:
    boleh pilih..nak goreng terus atau bakar mcm sate biasa tu. Saya pulak terus je masukkan dlm mikrowave oven.

    ReplyDelete
  16. as salam

    memang nampak sedap..rugi saya tak dapat gi MAHA hari ni..

    ReplyDelete
  17. napok sedap ...

    sate..memang sedap kan...
    tak ingat ada maha..
    adik ajak turun KL semalam...
    ngada tak nak ikut kalau tak leh jugak gi kat sini..
    nyesal betol lah

    ReplyDelete
  18. wak pon baru nak tanye sate ayam ke daging jugakkk. .ahHHaks

    ReplyDelete
  19. TIHA & EITA:
    wah..kalau korang turun sini smlm, mmg boleh janji utk jumpa jap kan?
    takpelah korang tak dpt dtg MAHA, bkn rezeki la tu.

    WAK:
    nampak gelap ya? sbb rempahnya mmg byk salut kat ayam tu.

    ReplyDelete
  20. Tak pernah lagi try satay ni..nampak sedap..

    ReplyDelete
  21. untuk pasaran negeri johor je kot kak ujie.untuk maha maybe diorang dijemput untuk promote produk2 tempatan.saya agak je la hehe sbb tak penah jumpa pun sate segera ni

    ReplyDelete
  22. Sila contact pegawai pemasaran En Nursallehuddin 07-7542000 untuk mendapatkan produk Sate tersebut.

    ReplyDelete
  23. Sila contact pegawai pemasaran En Nursallehuddin 07-7542000 untuk mendapatkan produk Sate tersebut.

    ReplyDelete
  24. Sate Ayam Goreng PELADANG sekarang boleh didapati di Pasaraya Mydin (18 outlet), Giant (107 outlet), Tunas Manja (6 outlet) dan TF Value (15 outlet). Utk keterangan lanjut boleh berhubung dengan pegawai pemasaran kami En Syah Rozi (07-7542000).

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****