Aktiviti hari Ahad lalu, ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan lagi...
Tanjung Tuan ni berstatus hutan simpan, hutan yang dipelihara. Sebab tu saya suka ke sini, sebab nak menikmati hutan tapi dalam keadaan yang lebih selamat. Nak mendaki gunung, rasa macam tak mampu pulak. Dah terlalu lama tinggalkan aktiviti mendaki gunung. Dan paling penting, lokasi ini tak jauh dari rumah.
1. Inilah perkara yang membahagiakan saya, berjalan di tengah hutan. Memerhati keunikan setiap pokok - daun, dahan, batang dan akar semuanya menarik bagi saya. SubhanAllah!
Kali ni kami ke Bukit Batu Putih, untuk kali kedua. Trek di sini agak mudah dilalui dan jelas, tak bimbang nak berjalan walaupun cuma berdua dengan suami. Sesekali berselisih dengan pengunjung lain, saling bertukar senyuman atau ucapan salam.
2. Alhamdulillah! Tak sampai 30 minit perjalanan dari pintu masuk Hutan Rekreasi, kami tiba di puncak bukit. Kali ini, saya berani berdiri sebab kawasan batu ni agak lapang dan mendatar. Tak seperti masa pergi pertama kali, terpaksa ke kawasan batu yang curam sebab ramai pengunjung lain di kawasan ni.
3. Bunga yang banyak di kawasan ni. Cantik!
4. Perkara yang menyakitkan mata saya - melihat botol air di buang merata dan contengan di batu. Kawasan puncak ni tak luas pun, dan semuanya memang batu-batu je. Banyak jugak batu-batu yang diconteng. Zaman dah moden, nak abadikan kenangan bukan dengan tulis atas batu, tapi ambil gambar jelah. Lain la zaman batu, takde alat lain terpaksa tulis kat batu. Zaman sekarang ni, tulis nama kat batu - batu nisan je kot!
Ke Monkey Bay
Masa turun dari puncak bukit ni, baru ternampak ada laluan lain (sebelah kanan, sebelum naik puncak bukit). Bukan laluan masa kami datang tadi. Berbual dengan kumpulan pengunjung lain, katanya tu laluan melalui pantai (yang dipanggil Monkey Bay). Disebabkan ada geng, kami pun cuba guna laluan tersebut.
Rupa-rupanya laluannya lebih mencabar berbanding trek biasa masa kami datang tadi. Laluan curam, banyak bergantung kepada bantuan tali yang telah disediakan. Beberapa kali jugak nak tergelincir. Memang tak sempat lah nak memerhati alam dan mengambil gambar. ๐
5. Segala kepenatan hilang sebaik je nampak pemandangan ni di hadapan mata! Pantai yang cantik. Kami berhenti seketika untuk menikmati keindahan di sini dan mengambil gambar. ๐
6. Nampak batu berwarna putih tu? Itulah puncak Bukit Batu Putih tadi. Jika tadi saya berada di atas sana dan nampak pantai ni dari atas. Sekarang saya berada di pantai tersebut. Seronok rasanya!
7. Salah satu lokasi yang seronok untuk melepak dan cantik untuk ambil gambar. Terima kasih pada siapa yang dah buat buaian ni, memang memberi nilai tambah untuk pantai ni.
Selesai di sini, perjalanan perlu diteruskan. Kami masih bersama kumpulan pengunjung tadi, rasa lebih selamat meredah laluan buat pertama kali jika ramai-ramai. Untuk meneruskan perjalanan, ikut laluan yang ada sebelum pokok besar di atas. Seperti laluan ke pantai yang curam untuk menurun tadi, laluan seterusnya juga tak mudah. Memang betul-betul mengerah fizikal dan mental saya. Mencungap! ๐
Alhamdulillah akhirnya selamat sampai di jalan utama (bertar). Terus menuju pondok rehat berhampiran, terduduk kepenatan di situ. Sempat berbual dengan seorang kakak yang bersama kami sejak dari puncak Bukit Batu Putih tadi, katanya dia biasa guna laluan tadi sebab lebih mencabar. Dan ada laluan lain juga kalau nak lebih mencabar (sambil menunjuk ke suatu arah).
8. Sebagai tanda, kalau lain kali nak ikut laluan tadi bolehlah cari pondok rehat dan tiang elektrik yang ni. Dari pintu masuk, ia terletak di sebelah kanan. Selepas tiang ni akan nampak laluan yang agak curam ke bawah.
...nampaknya memang banyak laluan yang ada di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni.
Insya Allah bolehlah cuba lain kali pulak...
.
Cantiknya pantai.
ReplyDeletemandi best tu
kan...
Deleteinsya Allah lain kali nak dtg utk berkelah, mandi2 pulak. :)
subhanallah...dah semakin cantik...makin teruja pulak rasa di hati ini...
ReplyDeletejom Angah! ^_~
DeleteSubhanallah.. Cantiknya pemandangan..
ReplyDeleteMcm tertarik nk jungle trekking. Ntah ada stamina ke tidak ira ni kalau nk mendaki. Hihi..
Syg tempat yg cantik ni dicemari dgn sampah dan contengan. Mentality masih tak berubah, walau zaman dah semakin maju.
Insya Allah Ira byk stamina, dah biasa kejar tren kan?? hehehe
Deletemungkin ada pengunjung yg datang sebab nak kepuasan/glamer semata, bukan sebab cinta hutan. Jadi dia rasa tak kisah nak buang sampah merata dan conteng ikut suka.
Orang Pee Dee rupanya...nanti ada masa singgah le ke rumah adik saya, Cikgu Abu dan cikgu Jaedah (Guru STPD ) di Bagan Pinang.
ReplyDeleteMKL..saya bukan duduk PD pun.
Deletehehe..cuma tak la jauh dari rumah nak ke PD ni.
saya tak pernah lagi mendaki tanjung tuan ni kak, teruja pulak bila tengok entry akak ni :D
ReplyDeletejom try Ann! :)
Deletebelum pernah ada pengalaman daki bukit. Maybe 1 hari nanti :)
ReplyDeleteInsya Allah svs :)
Deletejalan-jalan di sini.
ReplyDeleteTQ :)
Deletewahhh cantik tempat
ReplyDeletetapi tu lah..bila ramai pergi mesti ada sampah2 macam botol air tu kan
yang tak jaga kebersihan tu memang tak hargai kebersihan
Setiap org berbeza tahap kebahagiaannya ye Ujie... Hakak tak berapa suka masuk hutan bagai mcm ni....Lebih suka kpd aktiviti yg tak berapa nak penat hahaha...tetiba nampak laut ha gitu hihi...
ReplyDeleteNi mmg dasar kaki bangku punya orang ni Ujie hihi
seronok buat aktiviti macam ni, walaupunpenat dihujungnya dapat lihat keindahan ciptaan Allah...memang terbaiklah kan
ReplyDeleteSalam owner blog Ujie Othman. Mohon update blog list Ujie Othman dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Ujie Othman yang pandai ambik gambar pemandangan. :D
ReplyDelete