Tuesday, 27 August 2013

Taman Negara Johor Pulau Kukup (Bhg. 1)

Masa kat kampung untuk cuti raya haritu, saya bersama ahli keluarga lain sempat berkunjung ke PULAU KUKUP, Pontian, Johor. Ini kunjungan pertama saya, walaupun lokasinya tidaklah jauh dari rumah mak saya.

Info asas : Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada Mac 1997, dan pada Januari 2003 telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar (Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa). Pulau ini seluas kira-kira 647 hektar kawasan hutan bakau dan 800 hektar kawasan dataran lumpur.  (sumber info : sini)

Cara ke sana? Dari bandar Pontian, korang ikut Jalan Kukup. Terus je kira-kira 20km, sampai korang tiba di penghujung jalan. Kat situlah pekan Kukup. Ada deretan kedai jual barang pelancongan dan kedai makan yang majoritinya dimiliki kaum Cina. Bangunan besar kat penghujung daratan itulah Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Korang boleh drive sendiri atau naik pengangkutan awam (bas / teksi) dari bandar Pontian.


1. Sampai depan ni, tak payah masuk tau. Sebab untuk ke Pulau Kukup takde kaunter tiket pun. Kaunter tiket ke Indonesia je yang ada. Nanti ada orang dok laung "pulau kukup...kelong.." kat depan ni. Korang ikut orang ni.

2. Inilah bot penumpang yang bakal kami naik. Tunggu di jeti yang kedudukannya agak tersorok. Jeti yang besar adalah untuk penumpang feri ke Indonesia. Harga tiket RM5/seorang. Anak sedara saya yang darjah dua tapi bertubuh kecil, orang tu kata tak payah bayar.

3. Kejap je atas bot, dah sampai ke Pulau Kukup. Kena bayar RM5/dewasa & RM3/pelajar (harga untuk orang Malaysia). Perasan tak? Ada kesalahan ejaan & penggunaan bahasa pada jadual tiket ni. Kalau perasan haritu, mau saya tegur sebab memalukan.

4. Bermulalah aktiviti memerhati alam. Ada banyak signboard info untuk kita belajar tentang habitat paya bakau ni. 

5. Akar pokok bakau....saya suka tengok. Bagi orang lain mungkin tak menarik.

6. Aktiviti lain...lalu atas jambatan gantung. Jangan takut sebab tak jauh dan tak tinggi pun. Maksima 3 orang untuk satu-satu masa. Semua ahli keluarga mencuba, kecuali dua orang kakak saya dan seorang anak sedara yang  langsung tak berani cuba.

7. Monyet banyak kat sini. Jangan bawa beg plastik atau pegang makanan...pesan staf di kaunter tiket tadi. Kalau bawa jugak, memang jadi sasaran penghuni pulau nilah jawabnya.

8. Tarikan di sini...akar jangkang pokok bakau yang tinggi.

9. Arboretum - tempat pelbagai tumbuhan ditanam untuk tujuan saintifik & pembelajaran. Laluan yang lebih kecil disediakan kalau nak berada lebih dekat dengan permukaan paya. Masa ni bolehlah kalau nak sentuh/tengok lebih dekat hidupan yang ada.

....bersambung...

13 comments:

  1. Tak pernah lagi ke Pulau Kukup. Tak sangka pula ia pulau seindah itu...natural beauty..

    ReplyDelete
  2. cantik tempat tu..
    belum pernah sampai sana lagi..

    # leeya xamik kaunseling kak..leeya amik psikologi kanak2 dan keluarga.. ;)

    ReplyDelete
  3. Assalam ujie..acik ni penakut sikit.kalau bot mscam tu.sah2 acik tak berani naik

    ReplyDelete
  4. Pekan Kukup tu 2-3 kali saya pernah sampai...Tak tahu pulak ada Pulau Kukup! Nak pergi lah nanti! :)

    ReplyDelete
  5. DADDY Z:
    yg sbnrnya, bila dewasa ni baru saya tau situ ada pulau. Pdhal dekat je dgn rumah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya melihat keindahan yg menghijau serta segar jer kan Ujie :D

    ReplyDelete
  7. Sesekali balik kampung terus singgah sini ye Ujie. Kakak selalu balik tapi tak singgah pun. Kalau pergi makan pun kakak kat restoran Hj Yusof tu. Dia dulu tu pakcik kantin sekolah kakak tau...

    ReplyDelete
  8. boleh pegi indonesia melalui pulau kukup ke? Berapa hari agaknya perjalanan.

    *ejaan yg salah tu 'tunjukan' ke? Heheh.

    ReplyDelete
  9. LYD:
    Boleh lyd, melalui terminal feri kukup (daratan), bkn Pulau Kukup. Boleh ke Tg Balai, Indonesia...pjlnn dlm sejam je.

    Tu salah satu...ada lagi yg salah termasuk eja Malaysia. Melampau tak?

    ReplyDelete
  10. best jugak ey kat sini..tapi tah bila nak sampai sini

    ReplyDelete
  11. Best nyer tak pernah sampai kat sini...
    Akar pokok tu memang comel....

    ReplyDelete
  12. aiyakkk...ini laa punca sebab baca part 2 dulu...kat part 1 dah bgtau pulau nie kat mana..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. btol la kat pontian hihi sbb pnh nmpk signboard kukup ms gi wedding kwn dl :)

    tmpt2 gtu mmg byk monyet huuu diorg lapar tu curi mknn kite..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...