Wednesday, 21 December 2011

Poligami Bukan Sunnah?

Sebelum terus membaca, yang perempuan sila tarik nafas panjang dan tenangkan hati jangan beremosi. Yang lelaki jangan tersenyum-senyum sendiri, juga berlapang dada untuk terus membaca...

Ini hanyalah sebuah pencerahan ilmu mengenai poligami. Selama ni kita disogokkan dengan kata-kata 'poligami itu sunnah nabi'. Tetapi apabila saya membaca novel tauhid berjudul Sebarkan Cinta-Mu karya oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, barulah saya tahu bahawa POLIGAMI BUKAN SUNNAH!

Hukum asal poligami
Hukumnya HARUS, ia tidak digalakkan dan tidak pula diharamkan. Jadinya kalau ada yang ingin berpoligami sebab nak ambil sunnah nabi, nyata anda cuma sekadar mengetahui tetapi tidak mendalami tentang poligami. Dan jangan ada pula yang nak mengharamkannya secara keseluruhan.

Bagaimana ia dikatakan bukan sunnah?
Secara umumnya, setiap sesuatu yang dilakukan oleh Rasulullah adalah sunnah. Tetapi tidak bererti sesuatu yang baginda lakukan itu adalah suruhan dan galakan tanpa mengira soal sesuatu keadaan. Berdasarkan dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama, poligami memang dibenarkan tapi bukanlah suatu sunnah yang digalakkan.

Harus diingat jua, Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami pula selama 10 tahun saja pada akhir usia baginda. Poligami itu pula hanya selepas wafatnya Khadijah r.a. Jelas, sunnah bermonogami lebih mendominasi sunnah berpoligami bukan?

Untuk tidak mengelirukan orang biasa seperti kita, wajarlah tidak disebut 'Poligami itu sunnah', tetapi disebut 'Poligami itu harus'.


Untuk penjelasan yang lebih baik dan meyakinkan, boleh KLIK DI SINI dan boleh dapatkan novel terbitan PTS Litera tersebut di MPH (sebab saya beli kat sana). Saya tak pandai nak menerangkan secara panjang lebar mengenai hal ini, harap korang boleh faham penerangan ringkas saya ni ya.


p/s: Saya hormati mereka yang setuju berpoligami, tapi saya kesal pada mereka yang menyalahgunakan poligami dan melakukan poligami secara tidak terhormat!


22 comments:

  1. Ramai yang berpoligami sebab jatuh cinta dengan perempuan yang muda dan lebih cantik dari isterinya..hurmmm

    ReplyDelete
  2. prettywrite:
    nak kena sekolahkan tu..mmg sah tapi tak patuhi sebab utk poligami.

    ReplyDelete
  3. poligami tapi tak reti bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  4. dalam quran pun dah ada sebut cukuplah satu kalau bimbang tidak berlaku adil kan..

    "Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)[1] ”

    ada kes poligami yang berlaku zalim..kesian kat anak2 yang tak terbela..

    ReplyDelete
  5. diana:
    itulah yg byk jadi..menyebabkan prmpn benci poligami.

    tihara:
    LIKE!!

    BETUL..thanks tuliskan kat sini.
    ada 2 ayat dari surah an nur yg perlu difahami sedalamnya sblm berpoligami. satu lg mengenai berlaku adil.
    keduanya menunjukkan poligami itu berat bg lelaki & tak digalakkan.

    ReplyDelete
  6. Poligami boleh..tapi biarlah adil..
    tapi lily tak sanggup..

    ReplyDelete
  7. lily:
    hmm..saya pun blm sanggup sbb kasih syg bkn mcm brg, mudah share. rela berundur diri..

    ReplyDelete
  8. rmai y berpoligami ckp ikut sunnah rasulullah...tp tula..bab poligami dia nk ikot, bab2 lain xnk plak..huhu

    ReplyDelete
  9. hehee..owh macam tu ek..hehe..tapi kalau tak silap saya Rasullullah s.a.w dulu mengambil balu atau janda sebagai isteri..zaman sekarang semua nak anak dara..abis tu ape tinggal tuk saya???hahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. j.ira:
    lps ni boleh la bgtau mereka..poligami bkn sunnah yg digalakkan.

    azlan:
    hahaa..betul jugak tu. nk kena bersaing la pulak!

    a'ah..Rasulullah poligami dgn janda kecuali Aisyah r.a. yg gadis. Itu pun sbb perintah Allah & ada hikmah besar.

    ReplyDelete
  11. hhuhu..
    tulah..
    selalunya dengar org cakap..
    poligami is sunnag nabi..
    x pernah pun nak mendalami..

    ceteknya ilmu di dada... +_+

    tq dear sis!

    ReplyDelete
  12. "poligami itu tidak digalakkan" patut itu yg disebut..hehe

    ReplyDelete
  13. lia:
    akak pun baru je tau bila baca novel tu. terus cari kat internet..

    wanie:
    kalo sebut gitu..tentu tak bersemangat org nak berpoligami!

    kalo sebut sunnah nabi..tak fikir pnjng cpt nak buat.

    ReplyDelete
  14. skg ni dh lain konsep org nak berpoligami...huhu

    ReplyDelete
  15. Salam Ujie..,

    Jika benar hendak berpoligami kerana hendak melaksanakan sunah maka laksanakanlah ia sebagaimana yg dilaksanakan Rasul SAW dan mengikut hukum yg telah ditetapkan Allah...Allahua`lam.

    * Rasulullah berpoligami setelah Isteri pertamanya meninggal dunia dan Baginda tidak pernah berpoligami selagi Syaidatina Khadijah masih hidup....
    fikiir-fikir dan renungkanlah.

    ReplyDelete
  16. cha:
    tu sbb poligami ikut-ikutan, tanpa ilmu.

    azmnor:
    betul, kalau betul2 ikut Rasulullah..mesti poligami dipandang tinggi.

    tapi mula2 akhlak pun kena lah ikut Rasulullah..

    ReplyDelete
  17. Poligami tak salah tapi mungkin pelaksanaannya yang tak betul.

    ReplyDelete
  18. scarlet:
    betul..poligami satu pilihan bg yg berkeperluan.
    org yg salah cara..

    ReplyDelete
  19. nak poligami kalau tak mampu tak blh juga..kan3??

    ReplyDelete
  20. nak amik 4 tapi rasanya 1 pun tak larat..hehe

    #tak baik tamak kan sis??

    ReplyDelete
  21. ws:
    ceh..ada hati ke?? °__°

    poligami bkn saja2 nak, ada syarat yg ketat sblm pilih poligami ni.

    ReplyDelete
  22. erm.mintk jauh la...huhuhu

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...