Monday 15 September 2014

Jual Barang Terpakai di CARI.COM dan MUDAH.MY

Semoga sahabat blog sihat bahagia semuanya. Lama saya tak menulis, maka cerita-cerita dalam entri ini dan seterusnya adalah cerita lalu. Saya tetap cuba nak tulis di blog untuk tujuan rekod sendiri dan perkongsian info buat yang memerlukan.
Untuk entri ni, nak cerita pasal saya berjaya jual barang terpakai melalui CARI.COM dan MUDAH.MY. Ada dua barang iaitu 'kepala patung' dan 'Portable Air-Conditioner'.
Iklan saya di portal cari.com. Saya jual RM19.

Iklan saya di mudah.my. Untuk item ni saya iklankan di dua tempat, satu lagi di cari.com.

Alhamdulillah keduanya berjaya dijual dalam masa tak sampai satu bulan selepas diiklankan. Untuk kedua-dua barang, ada beberapa bakal pembeli yang berminat. Saya bagi kepada orang pertama dan siapa yang setuju dengan harga tertera (untuk air-cond, harga turun sedikit selepas rundingan). Kedua-duanya saya jual secara COD (Cash On Delivery), jumpa-tengok-bayar!

Jadinya, kalau korang ada barang yang masih elok tapi tak digunakan lagi bolehlah mula menjual sekarang. Iklan percuma di kedua-dua portal ni. Ambil gambar yang jelas, tulis keterangan item dengan betul dan lengkap, letak harga bersesuaian dan letak nombor telefon untuk dihubungi. Siap semua, iklankan!

----> klik SINI untuk iklan di portal forum CARI.COM. Kena daftar ahli baru boleh iklan ya.
----> klik SINI untuk iklan di portal MUDAH.MY.

Nak jual barang baru (bisnes) pun boleh. Saya mula-mula bisnes t-shirt labuh melalui portal-portal beginilah. Masa tu saya takde pun Fb page. Alhamdulillah, ada pembelinya. Melalui cari.com jugak, saya pernah jual novel terpakai. Entrinya kat SINI.




17 comments:

  1. nak cuba jugak la ujie..tapi nak minta anak tolong buatkan..acik tak berapa faham nak buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tak cuba..FOC. Daripada terbiar rosak, elok jual pd yg memerlukan.

      Delete
  2. Macam-macam cara nak buat pengiklanan sekarang ni.
    Buat jual/beli pun cara mudah dah.. semuanya online aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...teknologi memudahkan kita. :)

      Delete
  3. saya tak pernah cuba cara ni..macam berminat pulak..

    ReplyDelete
  4. Akak pun pernah jual parabut yg daktak pakai di mudah.com. cepat betul dpt respon..sehari dah terjual. Akak pun letak harga yg orang tak mampu nak tawar lagi dah...hihi

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi try..
    thanks ujie 4 sharing :)

    ReplyDelete
  6. ermm..tengah terfikir, brg apa nak jual ni... heheh.

    ReplyDelete
  7. takde barang nak jual tapi selalu buka jugak buka mudah.my...

    ReplyDelete
  8. salam sejahtera ...mintak bimbingan dan tunjuk ajar camana nak iklan kan motorsikal saya nak jual ni...

    ReplyDelete
  9. mohon jasa baik kawan kawan untuk membantu saya nak iklan kan motorsikal saya nak jual sebaba nak guna modal berniaga

    ReplyDelete
  10. saya nak jual motorsikal jenis kawasaki vulcun 500 cc tahun 1997 dengan harga RM 13,500
    dan bole menghubungi saya 017-6123593

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. saya baru try ni.. hrap2 berjalan lah ya... :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****