Tuesday, 3 July 2012

Cerita Logo HALAL

Sebelum ke topik sebenar, saya nak bagitau kepada korang yang masih belum tahu...bahawa rakan blogger kita Lieynanilaz telah 'pergi' buat selamanya semalam (Isnin, 2 Julai 2012). Mohon semua memanjatkan doa buatnya. Untuk berita lanjut DI SINI. 

*****************************************************************
Logo HALAL
ialah logo yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang diiktiraf di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan/majlis agama islam negeri-negeri seperti JAIS dan MAIPP.

Kenali Logo HALAL Yang Diiktiraf

  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا   dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
Logo HALAL Dari Luar Negara
Antara logo oleh badan Islam yang diiktiraf JAKIM adalah seperti berikut:
 
Untuk mengetahui logo lain, sila KLIK DI SINI. 


Ikuti Fb Halal Malaysia DI SINI.
Untuk mengetahui pelbagai info halal, layari INI.
Entri akan datang..ketahui 5 langkah memeriksa produk yang ingin dibeli. Bagaimana jika tiada logo Halal?

p/s: Jangan lupa...halal bukan saja berkenaan bahan yang digunakan, tapi melibatkan keseluruhan proses pembuatan dan premis yang terlibat.

19 comments:

  1. terima kasih kongsikan info ni...

    ReplyDelete
  2. confuse dengan banyak logo halal kat malaysia ni..macam2...

    ReplyDelete
  3. Insya-Allah. Dgn perkongsian info mcm ni, semoga kita semua lebih teliti dlm memilih tmpt mkn yg betul2 halal.

    ReplyDelete
  4. RAI:
    lps ni dah tak payah confuse..tengok logo kat atas tu 'HALAL MALAYSIA'.

    tapi yg logo luar negara leceh sikit la sbb mcm2.

    ReplyDelete
  5. FARA:
    kalau bab tmpt mkn kat malaysia ni, mmg cuma logo HALAL MALAYSIA je yg diiktiraf.
    *fara dh tak guna nick Pok Amai-amai ya.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas info. teringat kisah kawan aku yang diceritakan hari tu, ajak makan nasi lemak di kedai yang dikelilingi `benda tak halal'.

    ReplyDelete
  7. assalam ujie..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini..~

    ReplyDelete
  9. banyak sangat logo yg ada kat barangan.kdg2 naik konpius,yakinkan diri halal.banyak juga brg guna logo halal international pnya...

    ReplyDelete
  10. AISHAH:
    tulah..lama saya membelek kalau nk beli brg import. kalau leceh sgt sbb tak pasti..saya cancel beli.

    ReplyDelete
  11. info menarik tentang logo..
    skrang ni pun dah bahaya..
    yang haram pun letak logo halal...
    so kena berhati2x la.. dan pihak jakim kena selalu pantau...

    ReplyDelete
  12. ada tengok kat blog kak tiha..
    alfatihah....

    sekarang ni kan..
    nak suh laku semua letak tanda halal...

    ReplyDelete
  13. terima kasih atas perkongsian..yang penting halal baru beli,.

    slmt mlm kak^^

    ReplyDelete
  14. Alfatihah untuk aruah...

    Terima kaisih ujie...

    ReplyDelete
  15. salah satu sbb saya prefer mkn fast food..sbb gerai mnk melayu stgh tu tgk pkai sos xde halal pn..

    ReplyDelete
  16. CK:
    fast food mmg jd pilihan akak jugak bila pilihan yg lain meragukan.

    ReplyDelete
  17. baru jumpa..hehe..legaaa..disahkan rupanya halal luar pun..huhu.tq kak..apa2 share lah lg..kadang kita ni tak terambik tahu bila ada info macam ni barula tersedar..

    ReplyDelete
  18. PRETTYWRITE:
    Produk kita byk yg import, mmg takde la logo HALAL JAKIM tu. Sbb tu kita kena tau mana2 logo dr luar negara yg dpt pengiktirafan sah HALAL..baru mudah nk beli. :-)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...