My Blogshop :

Wednesday, 16 May 2012

Mulianya Guru...

Doodle Hari Guru oleh Google
Bila tiba Hari Guru...
Saya mula terkenangkan kebaikan cikgu-cikgu saya.
Yang bukan setakat mengajar di kelas,
Tapi mengambil tahu hal kehidupan murid-muridnya.
Anak siapa, bapa kerja apa, bagaimana keluarganya.
Nampak remeh..tapi sebenarnya penting untuk hubungan murid-guru.

Masih saya ingat...
Semasa darjah 6, selalu cikgu J akan bertanya kepada kami..
"Dah minum Milo?.." cikgu bertanyakan sarapan pagi kami.
Dia marah kalau kami masuk kelas tanpa sarapan.
Perut kosong..otak jadi lembab!

Sempena Hari Guru ni...
Selain ucapan, marilah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup cikgu-cikgu kita.
Doa yang baik itulah yang paling berharga dan tidak ternilai!


p/s: Teringin nak jumpa cikgu sekolah rendah, yang paling banyak meninggalkan kesan dalam hati dan diri. Tapi segan masih menebal. Kali terakhir ziarah cikgu J semasa saya di tingkatan 1. Harap-harap tahun ni bolehlah kumpul kawan-kawan sekolah rendah untuk menziarahi cikgu kami tu.

18 comments:

Telor Power said...

si pendidik memang mulia, terima kasih pada guru ku semua.


bagus idea sis tu, ziarahlah mereka dgn kawan2 sekolah dulu, mesti terpahat kenangan disitu nanti.

Pok Amai-Amai said...

Seronoknya Ujie ada cikgu mcm tu. Sy dulu...mmm...ade tak?...Mmmm...

=p

Walau apapun, sy hormati mrk.

lieynanilaz said...

saya pun dulu ada sorang guru yg begitu prihatin pada murid2...terkenang ni..

Mie said...

Saya ada guru dari USA masa di sekolah menengah dulu. Setelah lama tak dengar ceritanya, terjumpa emailnya di satu blog, batupahat.org. Sejak itu kami mula berhubung...

Masya said...

gelaran guru sampai kemati dipegang kan... bayangkan kite dah lama tglkan sekolah pun masih mengenang mereka.. mereka dah bersara pun kite masih panggil cikgu.. betapa besar jasamu...

LydSunshine said...

Dalam ramai2 cikgu yang ajar kita, mesti ada cikgu yg jadi feveret kita dan ada cikgu yg kita menyampah tapi sebenarnya baik. Heheh.

DAIRI SEDETIK LEBIH said...

Berjalan dan melawat blog awak. Nak jemput awak join segmen Farisha -> http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/05/segmen-blogwalking-follower-diari.html

Tihara said...

saya pn teringin nk gathering dgn kawan2 sekolah rendah.... selamat hari guru juga :)

Ujie said...

TP:
cuma nak kumpul kwn lama tu payah sikit..dpt beberapa org pun okey la.

PAA:
sbb tu cikgu yg ni sgt meninggalkan kesan di hati saya...apapun, semua cikgu tetap berjasa pd kita kan.

LIEYNA:
kesan curahan kasih syg mmg sukar dibuang.

MIE:
cikgu dari USA? menarik tu!

MASYA:
gelaran 'cikgu' ni mmg special..sekali dpt, selamanya melekat!

LYD:
ehe..betul la tu. cuma saya tak cerita kat sini je. Tapi sbnrnya semuanya berniat baik pd kita.

TIHARA:
gathering kami asik tak menjadik je. susah bila semua dah bertebaran.

eita said...

langsung tak jupe cikgu2 yang mengajar dulu....

khaifaiz said...

byk jasa guru2 kita... )

Nafisah Ruslan said...

tanpa cikgu, tak jadilah kita sepandai ni :)
kerana mereka kita pandai membaca dan mengira..

Munnafendy said...

sy paling rindu cikgu sekolah rendah..hari tu bru pg melawat, nnti insyaAllah mggu dpn pg lg hantar kad kahwin :)

kak ujie..boleh email alamat? sy nak pos kad kt akak..skiranya tak mbebankan, kedatangan akak sgt2 dialu2kan :) email kat poca_hontas87@yahoo.com

Azlan Strider said...

Selamat hari Guru..hehehe..Sy dulu ade sorang cikgu yang sngat baik dengan sy..syok bila ade cikgu amik berat pasal kita..hehehe

Regards,
-Strider-

Ujie said...

MUNNA:
bestnya..cikgu sekolah rendah dtg masa hari kawin!

AZLAN:
betul.. rasa naik motivasi belajar.

Prettywrite said...

yana pun dah lama tak ziarah cikgu2..segan pun ya..kadang2 terjumpa kat pasar ke terus cepat lari taknak bertembung..takut kena soal siasat..haha..

Aishah Jahirah said...

saya mmg tak ziarah cikgu..kdg2 jumpa pun blh buat xkenal(cikgu tertentu)...segan sebenarnya padahal xptt buat mcm tu.hee yana sama la kita lari2 tgk cikgu..;p

Lia Irdelia said...

huhuuhuh..
cikgu yang palinng garang..
dgn cikgu paling baik dgn kita, mesti kita ingat sampai bebila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...