Bukan berkelah di tepi pantai pun, tapi tumpang berkelah kat premis awam di sebuah kampung di Kulai, Johor. Masa ni 2 Syawal, kami angkut ketupat 1 Syawal, kari ayam yang baru dimasak dan serunding kelapa dari rumah mak di Pontian ke Kulai. Jarak perjalanan agak jauh, jadinya bila tiba di Kulai dah tiba waktu makan tengahari. Bentang tikar dan suratkhabar mana yang ada, kami seramai 24 orang (tak semua ada dalam gambar, termasuk saya tukang ambil gambar) makanlah ramai-ramai. Masa tu rasa sedap betul makan, masing-masing makan bertambah walaupun cuma ketupat yang di makan dengan kari ayam dan serunding kelapa. Lepas makan, kutip semua sampah dan bersihkan apa yang patut. Alhamdulillah, dah kenyang kita sambung perjalanan untuk beraya ke rumah saudara-mara di Kulai!
Nota hati :
Pertama kali sebenarnya makan ala berkelah gini masa raya, biasa beli/makan kat kedai. Macam ni lebih jimat, santai dan kualiti makanan terjamin. Insya Allah tahun depan buat gini lagi.