Wednesday, 1 February 2012

Hari Wilayah : Sejarah Disebaliknya

sumber: laman 1malaysia

Tema Hari Wilayah 2012
"Rakyat Bersatu Wilayah Persekutuan Maju"

Sejarah Hari Wilayah
Hari Wilayah mula disambut pada 1 Februari 1974, setelah Kuala Lumpur yang pada mulanya milik kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada kerajaan Persekutuan. Kuala Lumpur kemudiannya dikenali sebagai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan sambutan Hari Wilayah yang ke-38 bagi Kuala Lumpur.

Seterusnya pada 16 April 1984, Labuan turut diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan. Putrajaya pula menjadi Wilayah Persekutuan yang ketiga pada 19 Oktober 1995. Setelah wujudnya Kementerian Wilayah Persekutuan pada 27 Mac 2004, sambutan Hari Wilayah untuk ketiga-tiga wilayah ini telah digabungkan. Tahun ini merupakan sambutan kali ke-8 yang menggabungkan ketiga-tiga wilayah.


*************************************

Susah jugak nak mencari fakta sejarah mengenai Hari Wilayah ni. Melalui empat laman web barulah saya dapat buat entri ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila klik link pada sumber fakta di atas ya. Apa yang seronoknya Hari Wilayah? Seronok sebab suami saya cuti. Harini hari cuti umum bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya. SELAMAT BERCUTI kepada teman blogger yang bekerja di Wilayah Persekutuan!