Saturday 4 May 2019

Perjalanan Menaiki Bas Tenom - KK & Makan Seafood di KK

(Catatan terdahulu : Pagi di Tenom, Kopi Yit Foh & Muzium Antanom)

ISNIN | 08.04.2019

PERJALANAN MENAIKI BAS EKSPRES TENOM - KOTA KINABALU (KK)
Jika sewaktu datang ke Tenom kami menaiki keretapi, untuk kembali semula ke KK kami memilih untuk naik bas ekspres. Ia bertujuan untuk penjimatan masa, merasa pengalaman jenis pengangkutan berbeza dan tentunya dapat melihat pemandangan baru.

kaunter tiket bas ekspress tenom
Beli tiket bas di sini - Tung Ma Nui Luk Express. Ini satu-satunya kaunter tiket bas ekspres yang ada di Tenom. Tiket tak boleh beli terlalu awal. Contohnya macam tiket kami untuk trip pukul 12 tengahari, hanya boleh dibeli pada sebelah pagi sehingga sebelum masa bas bergerak. Kami beli tiket kira-kira 20 minit sebelum pukul 12. Semalam kami sudah mendapat jaminan dari kerani kaunter - bahawa tak akan ada masalah kami tak dapat tiket sebab hari Isnin tak ramai orang nak naik.

Masa berjalan kaki dari hotel menuju ke kaunter tiket inilah kami sepakat menukar plan asal - cancel ke Keningau dan terus sahaja ke KK. Alasan...nak merasa makan seafood di KK malam nanti. Walaupun saya bukan penggemar seafood, tapi rugi jugak tak mencuba alang-alang dah sampai KK kan..

harga tiket bas dari tenom ke kota kinabalu
Tiket bas kami. Bas yang kami naik ni dua tingkat. Mulanya kerani jual tiket tu nak bagi kami duduk tingkat atas. Cepat-cepat saya minta tingkat bawah je. Setelah berbelas tahun tak pernah naik bas, rasa tak yakin pulak nak naik bas duduk tingkat atas untuk satu perjalanan jauh. Lagi pulak bakal melalui jalan berbukit. Huhu..

Tenom - KK
Harga tiket : RM20

bas ekspress dari tenom ke kota kinabalu
Dari Tenom, bas akan berhenti di Keningau (turun/ambil penumpang). Dan ada beberapa kali bas berhenti di tepi jalan untuk ambil penumpang. Tak pasti mereka dah beli tiket awal tapi tak naik di stesen, atau macam mana. Bas ni jugak nampaknya boleh bawa barang besar. Penumpang ni naik di tepi jalan dan bawa sekali drawer plastik bertingkat ni.

jalan kimanis sabah
Perjalanan kami melalui Jalan Kimanis yang terletak di kawasan perbukitan Banjaran Crocker menyajikan pemandangan indah! Kehijauan di kanan kiri jalan dan nampak ada rumah-rumah di lereng bukit. Saya yang merasa pening kepala sejak masuk bas (sebab bau diesel kuat), terus jadi sihat bila lalu jalan ni..haha! Siap berkabus tebal lagi kat satu kawasan ni, masa ni pukul 1.40 petang tau. Kalau naik kereta sendiri bolehlah berhenti macam mereka tu...syoknya!

hentian rehat jalan kimanis sabah
Sekitar pukul 2 petang, bas berhenti di sini (ni kira RnR la kot). Tanpa sepatah kata, driver bas turun. Mujur la saya dah baca pengalaman orang lain - bas akan berhenti sekejap untuk kita ke tandas dan beli makanan. Cepat-cepat ajak suami turun. Sempat ke tandas dan beli makanan, terus naik bas. Untuk makanan Muslim, kami beli dari penjual bertudung yang membuka meja jualan di luar bangunan ini. Tak lama lepas kami naik bas, terus hon dibunyikan (panggil penumpang kembali ke dalam bas). Huh...memang ngam-ngam je dia bagi masa!

pemandangan jalan kimanis sabah
Sempat lagi ambil gambar ni sebelum bas meneruskan perjalanan ke KK. Pemandangan yang cantik bagi saya. 

makan makan dalam bas ekspress ke kota kinabalu
Ok, masa untuk makan-makan! Nanti sebelum sampai di stesen bas KK, pembantu driver akan bawa plastik sampah dan berjalan dari belakang ke depan untuk kutip sampah kita. Ehee...macam dalam kapal terbang pulak!

Alhamdulillah...setelah melalui perjalanan selama 3 jam 30 minit, kami tiba di stesen bas KK. Sepatutnya boleh sampai lebih awal, tapi sebenarnya semasa di Keningau bas ada berhenti di sebuah bengkel (bunyi macam baiki tayar). Takpelah, janji selamat sampai. Seterusnya...kami buat carian servis Grab untuk ke hotel. Tak sabar nak berehat!

-------------------------------------------------

MAKAN SEAFOOD DI KK
Kami menginap di Classic Kinabalu Hotel, sebuah hotel bajet (bilik kami berharga RM99) yang bersih dan selesa untuk berehat. Boleh berjalan kaki ke Pasar Filipina dan sekitarnya. 

Lepas berehat, sekitar pukul 5 lebih kami mula berjalan kaki ke arah Pasar Filipina. Suasana sekitar sangat meriah - ada pasar malam. Kami terus je berjalan untuk mencari tempat makan seafood. Sampai la jumpa satu kawasan yang meriah ni, terletak di tepi laut dan tak jauh dari Pasar Besar Kota Kinabalu. Saya tak pasti nama tempat ini secara tepat.

seafood kota kinabalu
Banyak sangat kedai nak dipilih. Nak bandingkan harga pun susah sebab udang je ada macam-macam jenis/saiz. Akhirnya kami pilih ke kedai ni. Sebab boleh duduk makan betul-betul tepi laut. Konon seronoklah kan makan tepi laut di waktu senja.

lobster kota kinabalu
Lobster ni harganya RM180/kg. Yang ni sekitar RM300. Harga di sini termasuk siap masak. Bergambar percuma, kita bergambar jelah yek..haha!

makan seafood di tepi laut kota kinabalu
Inilah rupa kedai makan di sini. Khemah tetap, lantai berjubin, sebelah kiri tu laut. Ramai juga pelancong asing yang makan di sini.

seafood kota kinabalu
Hidangan kami...ermm, macam banyak sangat pulak bila dah siap masak. Saya tak minat makan udang, jadinya saya makan ikan dan sotong tu je. Yang sedap kat tekak kami cuma sotong goreng tepung dan sayur kailan ikan masin, ikan dan udang rasa pelik masakannya. Ikan tu masak tiga rasa, tapi macam curah sos je. Dan ikan tak goreng garing. Agak susah payah juga nak habiskan benda yang tak kena tekak ni kan. Ni bukan tak bersyukur dengan rezeki, tapi sekadar cerita pengalaman kami makan di sini.

Lebih membuat rasa sebal, air buah gelas biasa di caj RM7 dan sayur kailan tu RM10. Kesilapan kami di sini adalah tak bertanya harga sebelum order. Anggap ni macam kedai makan biasa, harga tak melambung. Kecuali seafood memang kita tau harga masa pilih. Total makan-makan kami - RM102.

Lagi kurang selera saya, bila sekumpulan pelancong asing di meja sebelah (meja bercantum dengan meja kami) minum air arak tin. Siap cheers bagai. Meja depan pun sama. Masa mereka datang tak nampak pulak bawak air tin ke apa, tapi lepas tu tengok dah ada air arak tin atas meja masing-masing. Hmmm....🤔

Ok, pengalaman pertama kali makan seafood di KK tapi tak menyenangkan. Bagus jugak, tidaklah teringat-ingat dan nak pergi sini lagi. Haha!

----------------------------------------------------

Sampai di sini jelah catatan mengenai trip ke Sabah (trip keretapi ke Tenom lebih tepat). Yang penting, misi naik keretapi lama ke Tenom dah tercapai. Alhamdulillah!

Penerbangan balik adalah pada pukul 7 petang esok. Esok siangnya kami cuma berjalan sekitar bandar KK dan menghabiskan masa di rumah adik ipar di Kinarut.

Kos keseluruhan trip kami untuk 2 orang selama 4 hari 3 malam :
Tiket kapal terbang AA (basic) - RM680.24
Tiket ERL - RM19.60
Parking kereta Salak Tinggi - RM27
Hotel - RM219
Tiket keretapi/teksi/bas Sabah - RM138.40
Makan-makan - RM263.75
Ole-ole - RM67.20
Tiket Taman Pertanian Sabah - RM20
TOTAL : RM1,435.19

Saya sertakan di sini untuk rujukan sendiri. Setakat tulis di kertas / komputer, susah nak cari balik.



*SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN*
Mohon maaf jika ada penulisan dan komen saya yang tak berkenan di hati ya.





.

16 comments:

  1. Kalau kena dengan selera dan tekak..nikmat makan tu subhanaAllah.
    Salam menyambut Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..rezekinya setakat itu. :)
      Salam Ramadhan!

      Delete
  2. Alahai...satu pengalaman yang kurang menarik di pasar Filipina ye..takpe la..pengalaman kan..area sini memang kena pandai pilih tempat makan...selamat menyambut ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni area berhampiran pasar besar KK. Betul...ini pun pengalaman jugak, lagi pun main redah je tak search internet. Haha..
      Salam Ramadhan!

      Delete
  3. Takpe...pengalaman kan...ada yang manis...ada yang tawar...
    Dah lama tak naik bas. Teringin pula nak naik bas 2 tingkat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak sebenarnya nak duduk tingkat atas, nak rasa. Tapi fikirkan laluan berbukit, tak berani pulak. :D

      Delete
  4. Oh ye...selamat berpuasa... :)

    ReplyDelete
  5. dari keningau ke kota kinabalu tu lalu kawasan banjaran crocker kan. pernah lalu sekali waktu tengahari, masih berkabus lagi walaupun matahari dah tinggi. cuma tak pasti sejuk atau tak macam kaki gunung kinabalu sebab tak bukak tingkap. hehee...

    sabah kaya dengan hasil laut, buktinya pergi je kat pasar basah. mudah nak tengok ikan bersaiz mega berbanding semenanjung. dan makanan seafood yang chinese style pun sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..yelah, lupa nak sebut lalu banjaran crocker. Memang ada lalu pintu masuk Taman Banjaran Crocker pun. Nanti edit/tambah info. Mujur SM sebut!

      masa kat area berkabus tu mmg teringin nak rasa udaranya macam mana, tapi tulah tak boleh bukak tingkap jugak...naik bas. haha..

      Delete
  6. seronok jugak kan sesekali naik bas untuk perjalanan yang punya pemandangan yang cantik sepanjang jalan

    ReplyDelete
  7. Baca cerita Ujie ni teringat kenangan masa pegi KK beberapa tahun lepas.... Tak taulah bila nak sampai sana lagi...
    Seafood bakar banyak kat sana kan. Dulu makan seafood dekat dekat pasar Filipino tu aje....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam sedap pulak seafood bakar...tak teringat nak try aritu. Ntah bila nak sampai lagi kan...

      Delete
  8. Assalamualaikum. Saya nak tanya harga tiket bas yang sebenarnya TENOM-KK berapa RM? Sbb dlm resit tulis 40, yang ditulis dlm blog 20. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, rm20. Tiket tu untuk 2 seat, jadi rm40.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****