Wednesday 18 June 2014

Makcik

Seperti selalunya di petang Sabtu, aku mengunjungi Pasar Malam BSP. Dari kejauhan ku lihat orang lebih ramai berbanding minggu sebelumnya. Semakin aku menghampiri tapak pasar malam, semakin meriah ku rasakan. Kelihatan beberapa kelompok pelajar KUIS sedang mengadakan kempen mengenai hudud, ada juga yang sedang membuat kutipan derma untuk Syria. Senang dan tenang mataku memerhatikan gelagat mereka yang berbusana Muslimah. Sememangnya jika di pasar malam BSP ini, amat mudah untuk kita melihat kelibat muslimah berbaju labuh longgar dan bertudung labuh. Ya, aku senang dengan persekitaran begini biarpun aku sendiri tidaklah bertudung labuh begitu.
 
Sedang aku leka memerhatikan gelagat manusia di sekelilingku, tiba-tiba ada satu suara menyapaku "Makcik, makcik...". Seorang remaja perempuan bertudung labuh menghampiriku. Dia memandang padaku dan meneruskan kata-katanya "Makcik kalau ada masa jemput datang ke..bla..bla..bla.." sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas kecil. Aku menyambut huluran kertas tersebut tanpa sempat berkata apa-apa dan tanpa segaris senyuman. Bagaimana aku mampu tersenyum bila di panggil 'makcik' oleh seorang remaja universiti? Kalau panggilan itu dituturkan oleh anak kecil sekolah rendah atau remaja menengah, aku sangat boleh terima. Atau oleh anak saudaraku yang sudah bekerja, pun aku pasti terima.
 
....sesi muhasabah diri...
Wahai diri...terimalah hakikat yang kamu sudah tua! Memang bukan 50-an, tapi sudah pun 36 tahun. Ya, aku sudah pun berusia begitu tanggal 17 Jun lalu. Okey, aku terima hakikat yang aku bertaraf 'makcik' pada seorang remaja universiti!
 
...komen seorang kakak ku bila ku ceritakan hal ini...
Memang buta hati budak tu. Lain la kalau (aku) menggayakan baju kurung dengan tudung yang diikat di bawah dagu! :D
 
...moral cerita...
Berhati-hati bila menggelar seseorang. Untuk jalan selamat, panggil saja 'Cik' atau 'Puan' untuk orang-orang yang tidak kita ketahui umurnya.
 
-------------------------------------------------------------------
 
Aku memang seorang makcik kepada anak saudaraku - Rina. Jemput ke blog sabrinalady, blog remaja berusia 14 tahun. Satu-satunya anak saudara (daripada 25 orang) yang menulis blog.
 


28 comments:

  1. ~kalau yang dipanggil makcik/pakcik tu jenis sensitif, memang sentap jugak kan. anggap je la tu sebagai panggilan hormat secara spontan memandangkan mereka mungkin jarang berurusan secara formal dengan orang lain untuk panggil puan/encik.

    ~mungkin jugak anak saudara yang lagi 25 orang tu ada blog kot, cuma tak tau (dirahsiakan) je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 sentap gak, tapi mcm kata SM la...diorang bdk2 lagi..tak biasa berurusan yg formal.

      Delete
  2. Kakak rasa pelajar itu ada makcik seusia seperti Ujie itu yg dia dah terbiasa. Kalau kakak ni dah terbiasa membahasakan diri kakak hatta org tua pun panggil kakak ni kakak jadi kalau kena panggil makcik tak rasa apa Ujie (hakikatnya memang pun dah tua hihi...)

    Betul juga sebaiknya panggil cik atau puan utk jln selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun satu lagi teori kak zakie..makcik dia baya saya. Teori utk menenangkan hati yg sentap..hehehee

      Delete
  3. hihihi ... iyelah kdg² sensetif terpanggil mak cikkan .. mmg ptt panggil cik atau puan lbh manis ... mujur kak ujie ok jer orgnya masih blh senyum

    haah kek tu ala cheesekut cuma kena pandai pilih kek yang tak muak mcm oren, kopi atau marble salunya tak muak .. kalau pandan muak sikit.. jadi campurkan adunan chesee tu dengan sunquick bagi masam sikit... barulah sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dah tak senyum pun masa tu yana..terkejut. Tak penah lagi bdk baya tu panggil akak makcik. Blurr jap. :D

      Delete
  4. hehehe..kalo saya pun tertelan air liur biler org panggil makcik

    ReplyDelete
  5. we 36 kito yo ujie,
    celebrate birthday nang endi makcik?keh3

    btw aku ki pun enek bocah wedok ncelok makcik
    masa ngantar anak sedulor nang matriks johor mbiyen
    maybe de eh eleng aku ki mak anak sedulor ku
    whatever lah kan..
    tapi angger panggil kakak kok aku mudah lupa diri...
    hk3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celebrate mangan nang ikan bakar je wak tiha.. :D
      Angger ncelok kakak...terasa dunia ni indah je..hahaha

      Delete
    2. kuwi lah nyong ngomong kenek kelalen daratan
      eh macam pelik pulak translate ikut jawa..hihi :)

      Delete
  6. Akak selalu sentap juga.... Tapi selalu2 pujuk hati...terimalah kenyataan. Memang dah tua...tengok rupa pun orang dah tau...uwaaa......

    ReplyDelete
  7. salam
    pakcik pon sentap bila ada org panggil pakcik..
    tapi pakcik tak kisah hehehe

    ReplyDelete
  8. betul tu...kadang2 bila tak pasti panggil je dengan panggilan yang umum..adik ke...tapi tgk pada orangnya jugak la...

    ReplyDelete
  9. Yang paling kelakar kadang2 saya dipanggil pakcik oleh mereka yang tak dikenali dan isteri pula dipanggil kakak di waktu yang sama. Nampak sangat perbezaan wajah kami walaupun jarak usia cuma 5 tahun...

    ReplyDelete
  10. saya sebagai remaja universiti :

    saya akan panggil kakak bila saya mereka dalam lingkungan berumur 30 ke atas, bila nampak dalam lingkungan 50 dan ke atas saya baru panggil makcik.. nenek nenek pun saya panggil makcik.. hehe

    ReplyDelete
  11. sy pernah kena sy dipanggil kakak oleh seorng lelaki yg saya kira umurnya lingkungan 40an... dia nak menjual produk pada sy tapi dipanggilnya saya kakak... hahaha memg sy xberhenti lah...

    ReplyDelete
  12. hahahhaa..
    camtu kenalah panggil saya PAKCIK !
    bulan Dec ni, panjang umur, Insya Allah saya pun 36 tahun

    ReplyDelete
  13. yup....panggilan cik atau puan lebih baik dan tidak sensitif.

    ReplyDelete
  14. memang sentap kan kalau kene panggil mak cik. tapi bdk u masih boleh dimaafkan la.
    tapi klu mak cik2 yg meniaga tu, pggl kita yg lebih muda dr dia tu kakak.. mmg rasa geram je.
    husband ira lg sedap, bdk muda dr dia, dia panggil kak.. tp tu ar, bila berlainan jantina, lain skit tanggapannye kot. mgkn pd lelaki, kak tu merujuk kpd pempuan. kdg2 diaorg pggl kak long. so xde rasa nk marah sgt. hehe..

    ReplyDelete
  15. kadang2 dulu saya pun panggil orang makcik gak..kena lebih berhati2 laaa..tapi saya kalau panggil makcik tu biasanya sbb saya nk tunjuk rasa hormat kepada mereka..bukan nak bezakan antara yg tua dan muda..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  16. Kuwilah Uji...ndewek kiyei mmg sukak nyelok key wong kakak... walaupun ndelok rai ney koyo makcik hehe...lainlah seng nyelok key kuwo konco ney anak ey yor .....36 kuwi seh nom mbanget....

    ReplyDelete
  17. rasa macam terlalu tua sangat kan kalau orang panggil makcik..huhuhuhu

    ReplyDelete
  18. 25org ank sedara..lg ramai.hihihi...ayut pon slalu ongl cik je klu dh xtau nk bahasakn dri apa kat org...

    ReplyDelete
  19. Mungkin bg diorang panggilan makcik tu panggilan selamat..
    Dah terbiasa kot dengan mak2 sedara baya2 gitu bergelar makcik..

    tapi biasalah kita ni akdang tersentap kan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****