Thursday, 4 June 2015

Hari Ke-2 : Ronda Pagi di sekitar Betong

22 Mei 2015 / Jumaat

Latar belakang Betong
Betong yang saya pergi ni di Sarawak ya. Bukan Betong, Thailand atau Betong, Indonesia. 

Betong mendapat nama atas persetujuan bersama kaum Iban dan kaum Melayu ketika itu kerana di kawasan tersebut ditumbuhi oleh sejenis buluh yang dikenali dengan nama buluh Betong

Bahagian Betong dibentuk pada 26 Mac 2002 dan merupakan bahagian pentadbiran yang ke-11 dan terbaru daripada 11 bahagian pentadbiran di Sarawak. Sebelumnya Betong merupakan sebahagian daripada Bahagian Sri Aman.

Betong terletak di kawasan Saribas. Ia mempunyai keluasan 4,1808.8 kilometer persegi. Bahagian Betong terdiri daripada dua daerah pentadbiran iaitu Betong dan Saratok. Jumlah penduduk bahagian ini seramai 99,800 orang. Penduduknya terdiri daripada pelbagai budaya dengan majoriti Iban bercampur mesra dengan Melayu dan Cina. (sumber rujukan DI SINI.)

-----------------------------------------------------------------

1. Sarapan pagi kami, MEE KOLOK! Ipar saya yang beli dan kami makan di rumah. Rupa macam mee maggi, ada kuah sup dan ada daging yang sedap dan lembut. Suami saya kata, inilah Mee Kolok paling sedap yang dia makan (setelah makan Mee Kolok di beberapa buah kedai di Kuching, sebelum berangkat pulang ke Semenanjung).  

2. Lepas sarapan, kami keluar melihat kehidupan masyarakat di sini. Tempat wajib tentunya pasar! Lain tempat, lain budayanya. Lain pasar, lain barang jualannya. Dan kat sini segala macam jenis makanan tempatan dan pelbagai jenis daun di jual (daun timun pun di jual tau). Kami beli buah Keranji dengan harga RM10/kg. Berbeza dengan Keranji di Terengganu, yang kat sini lebih besar, sedikit manis tapi lebih kering.  

3. Nampak tak kepala ayam jantan tu? Ini gambar yang sama kat atas, cuma saya besarkan untuk bagi korang tengok camne diorang jual ayam. Ayam hidup akan dibungkus dalam kertas surat khabar dan diikat luarnya. Susun atas meja dan sedia untuk di jual! Unik caranya. Ayam tu pulak boleh je duduk diam...

4. Kat sepanjang laluan ni pun ramai yang menjual. Semuanya hasil kampung. Dan kali ni saya berpeluang lihat sendiri ulat Sagu atau Mulong! Gemuk-gemuk semuanya. Dijual dalam bungkusan plastik. Geli jugak tengok ulat gemuk dan banyak dok bergerak-gerak dalam bungkusan tu. Tapi janganlah buat muka geli, tu kan makanan diorang. Lain kaum, lain makanannya. Yang pasti, kita orang Islam tak boleh makan tau..haram hukumnya (rujuk DI SINI).

5. Betong yang aman dan bebas sesak.

6. Lepas tu kami di bawa ronda-ronda sekitar Betong (di Spaoh kalau tak silap). Nampaklah rumah panjang moden ni. Biasa tengok yang kayu tu je kan.

7. Juga sebuah rumah lama yang cantik seni binanya. 

Ini je untuk sesi pagi, dah nak tengahari kena balik cepat. Hari ni solat Jumaat, waktu solat kat sini awal iaitu sekitar 12.30tengahari.

...bersambung...

17 comments:

  1. wahhh sekali sekala pegi tempat org best kan kak..

    ReplyDelete
  2. Betullah kalau dah kata ulat memang org Islam tak boleh makan..
    Mee kolok original di sana kakak tak pernah lagi rasa Ujie..

    ReplyDelete
  3. wowwwwwwwwww bikin kecur tgk mee kolok..

    ReplyDelete
  4. hehehe, perkara biasa kalau naik bas kat sana tengok ada orang balik pasar bawak ayam hidup...

    setuju, lebih seronok kalau pergi sesuatu tempat tu, kita singgah pasar untuk tau dengan lebih dekat selera orang situ.

    ReplyDelete
  5. Ingat Bentong, Pahang hihi...
    Yelah Ujie.....mcm maggi, rupanya mee kolok. Dah sampai tempat orang, haruslah ronda. Okje pun geli jugak dengan ulat sagu tu

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Tak cuba laksa Sarawak...pun sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berkesempatan kali ni..nak beli paste je, lupa pulak.

      Delete
  8. Adik ipar saya orang Bunging, Betong... kalau tak silap saya ejaannya. masa dia orang kawin dulu kami 4 hari berkampung di sana.... sempat ronda pekan spaoh.... senyi sepi. Susah nak jumpa ikan laut selama 4 hari kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah..adik yg dok sana pun ckp, mmg takde ikan laut. Kalau nak, dia g beli kat Sri Aman (1jam dari Betong).

      Delete
  9. macam maggi sup je,..
    rumah lama tu macam rupa muzium je...

    ReplyDelete
  10. macam maggi sup je,..
    rumah lama tu macam rupa muzium je...

    ReplyDelete
  11. apa rasanya mee kolok tu ye :-))

    penjualan ayam tu inik...macam zaman dulu dibalut dengan upih pinang :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa mee kolok...macam mkn mee sup kot!

      oo..dulu balut dgn upih ya..tak tau lak akak.

      Delete
  12. ayam tu dah biasa kena ikat dengan surat khabar macam tu. tu dia rilek je duduk. haha

    ReplyDelete
  13. best pasal ayam tu n suka rumah lama tu cantik sgt...

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...