Tuesday 22 December 2015

GUANGZHOU, China : Cerita Makan-Makan

Mudah ke mencari makanan halal di Guangzhou? Mudah...kalau kita dah buat persiapan awal dengan mencatat di mana lokasi makanan halal, melalui carian di internet (hasil catatan perjalanan rakan blogger lain). Sila jangan buat carian Google di sana ya, memang tak dapat sebab disekat. Semuanya cari dan siap print sebelum bertolak, lebih mudah. Kalau datang main redah cari kedai makan halal, memang agak susah.

1. Kedai makanan halal yang pertama kami singgah, exit di stesen Metro - Yuexiu Park. Disebabkan masalah komunikasi, kita main tunjuk jelah gambar makanan kat menu tu...hand-pulled (mee tarik). Terasa mahal, semangkuk mee paling murah ¥10 (hampir RM7). Tapi saiz makanannya memang banyak bagi saya. Untuk makanan bungkus, kena caj tambahan ¥1. Terus teringat kat Malaysia...tak pernah kena caj untuk makanan bungkus. Oh ya, kat sini takde order air macam kat Malaysia. Dia jual air minuman/mineral dan air-air dalam tin/botol je. 


2. Kedai ni pulak terletak tak jauh dari exit stesen Metro - Ximenkou, di kawasan hotel penginapan kami. Yang kanan tu makanan saya...semata-mata ada mee tarik+telur goreng+kuah yang kira sedap jugaklah. Kat sini tak sediakan garfu, saya ni pulak tak reti guna chopstick. Nak mintak, terasa leceh pulak nak mulakan perbualan 'ayam-itik'. Makan jelah dengan sedikit susah payah...makan mee tarik guna sudu! 


3. Nur Boston Uighur Restaurant...yang ni paling senang cari, kedudukan berhadapan dengan Masjid Huaisheng di Jalan Guangta. Exit stesen Metro - Ximenkou. Juga tak jauh dari hotel penginapan kami. Makanannya lebih banyak pilihan. Harga? Mutton Dimsum 6 biji tu ¥28, Mutton Soup ¥25. Yang lain-lain tu tak ingat sebab tak simpan rekod, tapi memang mahal semuanya. Rasa? Sedaplah jugak, boleh makan. Tapi lagi sedap makanan kat Malaysia! Hehee..


4. Masa jalan kaki nak pergi Tesco, ternampak kedai jual durian ni. Besar saiz duriannya. Tapi tak beli pun, sekadar curi-curi ambil gambar. 

Ada beberapa lagi kedai makan muslim yang kami jumpa, tapi tak singgah makanlah. Kalau nak makanan yang sedikit pedas dan dekat dengan tekak Malaysia, boleh cari kedai makan Pakistan. 

Sebagai langkah berjimat dan memudahkan kami untuk berjalan-jalan, kami makan kat kedai-kedai ni sehari sekali je (biasanya waktu petang). Selepas selesai menjelajah, baru cari makan dan balik hotel untuk solat. Untuk sarapan cuma makan bekalan di bawa - Maggi Cup dan Nasi Briyani Kambing Instant jenama Brahim. Bawa jugak biskut, kurma, coklat, pek minuman 3in1. Ajaibnya kat sini, perut saya tak selalu lapar macam kat Malaysia. Jadinya, memang cukuplah sekadar makan berat dua kali (maggi kira makan berat ke? bolehlah!).

Menurut blogger lain, kalau nak ada macam-macam makanan Muslim kenalah datang pada hari Jumaat kat kawasan masjid. Sayangnya, kami bertolak balik Khamis malam Jumaat. Tak sempat nak merasa kemeriahan makanan yang dikatakan tu. 

21 comments:

  1. Berdua aje memang boleh Ujie sebab tak ada kerenah yg ini lapar yg ini tak. Lagi pula bila non halal lagi banyak yg halal buat perut pun tahu tak lapar. Bekal yg halal itulah yg terbaik. Ramai yg buat macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kot kak, perut tau yg halal leceh sikit nak cari..tu dia bekerjasama. :D

      Delete
  2. Wife saya ke Guandong 2 bulan lepas..kata dia, di sana mee tarik mmg sedap...tak macam yg kat Malaysia ni...dan mmg durian kat sana besar2...hahaha..

    Bawa Brahim mmg senang..
    Ataupun bawa nasi beriani ready made, tinggal panaskan aja...produk ni kawan usahawan wife saya ada buat, dgn jenama Rapid Cuisine..cuba search di FB nya. Elok di bawa berjalan ke negara yg susah dpt makanan halal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti saya cari fb usahawan tu. boleh pelbagaikan pilihan.
      yg Brahim ni pun cuma rendam pek dlm air panas.

      Delete
  3. Tak ada order sate kambing yang sedap tu ke Ujie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee..order! Tapi tak amik gambar, terus ngap je..:D

      Delete
  4. besar giler durian cina tuu., musang queen agak namanyer ., ;p

    ReplyDelete
  5. nape tak rasa durian tu..baru dapat bandingkan mana lebih sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau beli, tak tau nak ngap kat mana. Kat hotel tak boleh bwk masuk.

      Delete
  6. Maggi pun boleah, kalau travel ni memang kena standby!

    ReplyDelete
  7. nape tak rasa durian Ujie.nak tahu rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. keadaan tak mengizinkanlah kak..pdhal teringin jugak.

      Delete
  8. Kat sana banyak makanan halal..cuma lalu ngan tak aje nak makan kan..apapun cabaran jugak tu sebab SA kat sana x jumpa makanan yang tekak ni nak makan...hehehe...mengada- ngada kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn ngada2..cuma tekak Melayu SA kuat sgt kot! :D
      Tapi mmg betul, saya pun x jumpa yg betul2 suka. Semuanya sekadar ok, boleh mkn. Lgpun sbb mahal kot, mempengaruhi jugak. hahaa

      Delete
  9. Mungkin sebab niat tu nak jalan2 jadi kurang lah rasa lapar tu sebab lebih kepada tujuan sebenar .hehe

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah sedapnya mee tarik
    Aku tak pernah try lagi
    Tengok durian teringin durian
    Masa ada depan mata
    Aku buat tak tau je huhu

    ReplyDelete
  11. terliur lak tegok makannan tu.. besarnya durian...

    ReplyDelete
  12. Hihi.....tekak Mslaysia katanya. Mestilah makanan Malaysia jugak sedap. Teringat mee tarik kat Bangi tu. Gitulah jugak rasanya kot, dah katanya Cina yg masak.

    ReplyDelete
  13. Hihi.....tekak Mslaysia katanya. Mestilah makanan Malaysia jugak sedap. Teringat mee tarik kat Bangi tu. Gitulah jugak rasanya kot, dah katanya Cina yg masak.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****