Thursday 13 August 2015

Travelog Minda Tajdid

Lama rasanya tak menjengah dunia blog, harini saya rajinkan jari jemari menulis tentang buku yang baru habis saya baca (setelah lebih sebulan memulakan helaian pertama!). Menulis malas, membaca pun malas?


Tajuk : Travelog Minda Tajdid - Catatan Perjalanan Dari Tanah Barat
Penulis : Mohd Asri Zainal Abidin
Penerbit : PTS Islamika Sdn Bhd (2012)
Harga : RM16 / SM
Muka surat : 207

Sekali lagi, buku Dr. MAZA ini tidak menghampakan saya. Banyak topik menarik yang dikupas dengan baik dan mudah dihadam minda. Beberapa persoalan isu semasa yang menjadi kekeliruan di minda saya, berjaya 'dijawab' dalam buku ini. Yang samar, menjadi jelas. Yang keliru, menjadi pasti. 

Sungguhpun buku ini diterbitkan pada tahun 2012, namun topik dan huraian yang diberi masih 'segar' terutamanya berkaitan pergolakan politik yang melanda negara kita sekarang.

Antara topik yang menarik dalam buku ini :
  • Islam : Prinsip ataupun Alat?
  • Salam Buat Perdana Menteri Baru
  • Bahaya Demokrasi Tanpa Prinsip Wahyu
  • Jiwa 'Kehambaan' Melayu Menghalang Pembaharuan
  • Ulama ataupun Profesional Jadi Pemimpin?


Petikan Buku 
(petikan dari topik - Salam Buat Perdana Menteri Baru)

Kezaliman seseorang pemimpin yang berkuasa mungkin tidak dapat dibantah oleh orang lain, ataupun mungkin dapat disembunyikan, ataupun dijustifikasikan oleh para pengampunya. Ketidakadilan kepada rakyat dan penderitaan mereka mungkin tidak dapat dituntut di dunia ini, ataupun mungkin tidak ada siapa yang berani membela. Bahkan, mungkin catatan sejarah juga akan terlupa. Namun, Tuhan dengan segala kebesaran-Nya menyebut dalam kitab-Nya :

"Dan jangan kamu menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim. Sesungguhnya, Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku), mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong."
(tafsiran surah Ibrahim, ayat 42-43)

**************************************************

~ Hari demi hari, makin banyak kekeliruan. Kebenaran begitu samar, sedang kebatilan bermaharajalela! Panjatkan doa pada Allah, agar negara kita dalam rahmat dan perlindungan-Nya sentiasa.~


17 comments:

  1. Selalau terpikir kenapa mufti lain tak seberani Dr Maza menegakkan kebenaran? Macam takut periuk nasi di rumah tak menyala pula pada hal mereka lebih tahu ada hadis sahih yang menyatakan 2 daripada 3 hakim masuk neraka akibat gagal menegakkan kebenaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul JR..ntah apa yg menghalang mereka agaknya?? menyedihkan!

      Delete
  2. lama menyepi...bz ke..selamat hari raya ujie..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  3. Tidak ramai cendiakawan dan mereka yg arif dlm Islam berani tampil ke depan bersuara utk menyatakan kebenaran. Kita pun nampak yg cuba lantang bersuara akhirnya akan duduk di sebalik jeriji besi. Ulama' pula sering diperlekeh. Bagus buku ini sebenarnya nak 'yg berkuasa' sedar bahawa di dunia sewenang-wenang boleh buat tunggulah di padang mahsyar kelak.

    Yg takutnya negara kita dilanda musibah jika semuanya tak berani menegakkan kebenaran termasuklah kita ni.. bersuara membantah dlm hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak, itulah maksudnya..jika tidak di dunia, tunggulah di akhirat sana!

      kita cuma mampu membantah dgn cakap2 begini..apa lagi daya kita selaku org biasa.

      Delete
  4. Salam lebaran ujie..lama tak singgah kesini..

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak...dah nak penghujung syawal baru nak ucap ..heheheh..


    ita pun lama tak membaca...jauh sangat nak gi kedai buku..kalau duk dngun anytime leh gi lepak kedai buku dengan pustaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak jawab ni pun dah abis syawal...hohoo

      okeyla tu, ita ada alasan. Alasan akak..malas! :D

      Delete
  6. salam lebaran kak ujie..
    lama x melawat ke sini..
    rajin jugak akak membaca.. ira x abis2 baca buku yg dibeli.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe ira..ira byk komitmen lain. Ada alasan kukuh kan..haha

      Delete
  7. kak ujie tak malas... kerana kak ujie belum sampai tahap org bacakan buku itu di telinga kak ujie... lepas tu kak ujie tido...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkk..itu kanak2..bedtime story. emak bacakan buku, anak zzzz... :D

      Delete
  8. Yey nak beli. MInat jgk dgn penulisan dan pemikiran Dr MAZA. Walaupun ramai org tuduh dia Wahabi.

    ReplyDelete
  9. banyak buku yang dibeli masih belum habis dibaca...jadi tidak dapat nak menambah koleksi baru lagi, buku yang saya rasa menarik nih

    ReplyDelete
  10. Masalahnya okje ni mmg maleh membaca huhu...paper weekend pun kekadang termissed baca.... Acaner tu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****