Monday, 6 May 2013

Warna-Warni PRU 13

Hari ini terasa lesu, tapi masih bersyukur. Kepala pun berat sebab berjaga malam tadi dek menunggu keputusan yang tak siap-siap. Sambil tu sempat jugak 'berborak' dengan rakan blogger Niza Romli & Yana Prettywrite kat Fb. Hilang sikit rasa bosan menunggu.

Okey, saya tak mau ulas apa-apa pasal keputusan PRU 13. Cuma nak letak gambar-gambar PRU 13 sebagai kenangan masa akan datang. Ia adalah sejarah...

Kemeriahan bahan kempen di sekitar kawasan tempat tinggal saya.
[Lokasi - Bangi, Selangor.]


Suasana di daerah kelahiran saya, juga tempat saya membuang undi.
Kali ni sangat berbeza, saya menyaksikan kebangkitan remaja/belia bangsa Cina. 
Penuh bersemangat menjalankan kempen kepada pengguna jalanraya. Meriah.
Saya juga melihat kerjasama yang baik di antara dua bangsa, Melayu dan Cina dalam berkempen.
[Lokasi - Pontian, Johor.]


 Sekitar jam 10 pagi. Ini saluran 4 (saluran orang muda). 
Saluran paling panjang orang beratur. Paling pendek dan cepat Saluran 1.
Saya sendiri menunggu kira-kira 40 minit, peluh mencurah-curah.
Dah 2 kali saya buang undi, baru pertama kali kena beratur panjang.
PRU kali ni memang berbeza!
Dan saya melihat ramai pengundi Cina, tak seperti PRU terdahulu.
Sepanjang beratur tu, saya berborak dengan perempuan Melayu di depan saya dan perempuan Cina di belakang saya. Nyata semua bersemangat sekali.


Dah semakin hampir...tapi ada satu insiden. Ada sorang pakcik menjerit-jerit marah.
Pakcik tu bawa anaknya yang kurang upaya untuk mengundi. Ada silap faham, suasana jadi kecoh jap.


---------------------------------------------------------------------
Saya tak puas hati dengan petugas PRU kali ni. Tak membantu orang ramai. Saya sempat menegur seorang petugas lelaki. Bila borak dengan pengundi-pengundi lain, rupa-rupanya ramai yang tak puas hati jugak. Bukan saya sorang je yang tegur petugas yang tak bertugas ni.

Calit dakwat...saya bukan kena calit tapi dah macam pakai inai, hampir seluruh hujung jari kena warnakan. Ahli keluarga lain kena calit atas jari tu je. Lepas basuh guna sabun dah hilang. Mungkin takde prosedur nak calit macamana, maklumlah pertama kali dikuatkuasakan. 

14 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah atas ketentuan ini..kita dah berjuang :)

    ReplyDelete
  2. Assalam ujie..masa acik mengundi pagi lagi.ok je..

    ReplyDelete
  3. Syukur...... lepas tahu keputusan, negara kita masih aman damai... itu yg penting

    ReplyDelete
  4. seronok tengok suasana pilihanraya....meriah gile....kretip sangat....=D

    ReplyDelete
  5. Kena tunggu 5 tahun lagi utk ubah...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, Alhamdulillah, selesai sudah...

    ReplyDelete
  7. salam kak
    akhirnya semua selasai kan kak
    seronok dgn kebangkitan remaja skrg .. dan paling seronok mereka bekerjasama tanpa megira bangsa .. kita boleh nampak dgn jelas kan ;)

    semoga kerukunan ini berkekalan sampai bila2 aminnnnnnnnnn ;)

    ReplyDelete
  8. Yup, kebangkitan pengundi Cina mmg dapat dirasai..Memang penuh di kawasan saya mengundi ( Taman Universiti, Skudai). Dan akhirnya, jawapan kepada kebangkitan mereka....parlimen saya...

    ReplyDelete
  9. sy pun hmpir bperang mulut jgk dgn petugas kat tmpt sy. sy request nk calit kat tangan kanan sbb sy kidal. dia tak bg.kat kwsn lain boleh pulak. undang2 pun xseragam, so mmg xheran la kalo resultnye pun turun naik!

    ReplyDelete
  10. muger2 negara akan TATAP aman damai sejahtera sentosa senantiasa..,aMinn

    psst. wak pon dh lama X balik pontian jugakk.,ahHHKs

    ReplyDelete
  11. DADDY Z:
    parlimen doc tu mmg hot topic.

    MUN:
    nampak jelas SPR takde SOP utk dakwat kekal ni kan. agak pelik..

    WAK GELAS:
    ntahnya wak, lupa tempat lama ke..:)

    ReplyDelete
  12. penggunaan dakwat ni memang agak mengaraut la bagi zie..y not calit dakwat lepas kita pangkah sebelum kuar dari polling area tu?ada ke calit sebelum kita pangkah.tak pasal2 jadi undi rosak.geram

    ReplyDelete
  13. ZIE:
    akak setuju tu, mmg leceh dgn jari yg basah kena ink nak buat proses ngundi.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...