Thursday, 5 July 2012

Anggerik/Orkid Harimau


Yang macam buah ni..pada bahagian atas tulah letaknya bunga orkid harimau.
Masa ni bunga dah pun habis gugur.

Nama pokok: Anggerik/Orkid Harimau, Anggerik/Orkid Hutan
Spesis: Grammatophyllum
Habitat asal: Hutan tanah-rendah di Indochina, Thailand, Malaysia, Indonesia, New Guinea dan Kepulauan Filipina. 

(sumber info: wannuraorkid)


Gambar orkid harimau ni sebenarnya dah beberapa bulan dalam simpanan. Pokok ni ditanam oleh mak mertua saya sejak sekian lama. Ia merupakan pemberian seorang saudara yang mengambilnya sendiri dari dalam hutan. Saiz Orkid Harimau yang besar ni memang menarik perhatian saya. Unik dan eksotik! Ia pernah berbunga, tapi saya tak sempat melihat bunganya yang dikatakan sangat cantik tu. Ia juga disebut sebagai 'Raja Segala Orkid', mungkin sebab saiznya.


p/s: Teringin nak tanam, tapi kalau dalam pasu memang tak dapatla besar macam ni. Hilang keunikannya.

16 comments:

  1. dedolu mak saya penggemar okid tapi sejak sakit ni,dah tak cara mana dah..lawa la gambo, snap guna camera apa? siyes terang molek :)

    ReplyDelete
  2. TIHARA:
    harus tiha yg sambung tu..^_^

    camera h/p samsung s2. Pilih mode panorama. Dan edit light background guna Photoscape. Nak transfer ke netbook pun mudah, guna bluetooth je.

    NORZIE:
    saya pun...tu mcm jakun sikit.

    ReplyDelete
  3. besarnya...mmg lbh elok dok atas tanah ni...bunga dia mesti lawa n unikkan....

    ReplyDelete
  4. besarnyer kak....

    comel giler tu..
    mesti bunga dia pun comel kan...

    ReplyDelete
  5. tak pernah tengok bunga orkid ni...tentu cantikkan...kat rumah ada jugak tanam...tapi setakat ni tak pernah mengeluarkan bunga.....

    ReplyDelete
  6. ada eh orkid mcm ni....
    nanti upload kan pic bunga tu bila berkembang

    ReplyDelete
  7. Serius, mmg 1st time tengok orkid ni..menarik ^_^

    ReplyDelete
  8. tang mana ygboleh dapat nama harimau tu...?

    ReplyDelete
  9. MULUT PAYAU:
    Orkid ni agak susah berbunga..mybe sbb habitat asal kat hutan. lembab & sejuk.

    TP:
    stkt ni blm berputik..ntah bila nk ada bunga lg.

    GEDEK:
    tang corak kat bunganya..yg mcm corak rimau.

    ReplyDelete
  10. tak pernah tgk langsung.. selalu tgk orkid biaser² jer....

    ReplyDelete
  11. bila dikatakan cantik...teringin plak nak tgk bunganya...

    ReplyDelete
  12. kan bagus kalau ada gmbr bunga tu tengah kembang :)

    ReplyDelete
  13. kalaulah dpt tgk bunganya yg tgh berkembang mesti cantik kan.

    ReplyDelete
  14. Cantik bunga orkid harimau ni. Ada ayah tanam cuma skrg x berbunga. Bole saya share gmbr pokok & bunga orkid ni

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****