Wednesday, 3 August 2011

Poring Hotspring & Canopy Walkway

(sambungan siri ke Sabah- entri sebelum ini Kundasang & Kinabalu Park)

Dalam kedinginan pagi dengan suhu 21 darjah, terpaksa menggagahkan diri bangun untuk solat Subuh seawal 5.30am. Padahal waktu Subuh dah pun tiba kira-kira jam 4.55am. Sementara menunggu waktu sarapan jam 7am, saya duduk-duduk di anjung untuk menikmati pagi di Kundasang. Memang tenang rasanya...


Gunung Kinabalu..pemandangan dari anjung bilik penginapan.

PORING HOTSPRING
Perjalanan dari resort ke Poring Hotspring mengambil masa kira-kira 50 minit, termasuk sesat semasa di Ranau. Disebabkan pada awal perjalanan tiada papan tanda arah ke Poring Hotspring, jadinya kami tersalah jalan. Sebenarnya jalan-jalan di sini mudah, cuma kita perlu tahu nama kawasan yang nak dituju. Kalau agak-agak je, sesatlah jadinya.

Tiket untuk masuk ke sini adalah RM3 bagi dewasa. Tetapi percuma jika kita menunjukkan tiket Kinabalu Park untuk hari yang sama. Waktu operasi pula seawal jam 7am.
 
Aliran deras Sungai Mamut, menyambut kedatangan pengunjung ke sini.


 Kawasan Kolam Mandi Terbuka.


 Info bagaimana air panas ni terjadi.


Tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi di sini, selain mandi air panas.


CANOPY WALKWAY
Tujuan utama saya ke Poring Hotspring ni...nak naik Canopy Walkway! Ini merupakan pengalaman kedua, yang pertama semasa di  The Tree Top Walk Sungai Sedim, Kulim, Kedah.

Sekali lagi kena bayar RM3 untuk dewasa.

Tak seronok bila baca.."Meniti atas risiko sendiri".
Ingatkan lepas bayar tiket boleh terus ke pelantar yang tinggi untuk naik jambatan atas pokok, macam di Sungai Sedim. Rupa-rupanya kena mendaki sejauh 500 meter! Memang tak jauh jika berjalan atas tanah rata, tapi bila kena mendaki...tercabar jugak stamina yang tak berapa ada ni. Mencungap la jugak.

Lega bila dah sampai ke pelantar/point untuk naik ke jambatan. Tapi seram pulak bila tengok rupa jambatan tu. Namun berpatah balik tidak sekali!

Canopy Walkway..memang betul-betul jambatan gantung!

Laluan ini adalah sejauh 157.8 meter dan setinggi 41 meter dari atas tanah. Memang sangat tinggi sampai takut-takut nak memandang ke bawah. Dan rasa sangat jauh sebab takut..tiap kali melangkah bergoyang-goyang jambatan tu!


Laluan ni bersambung dari satu pokok ke satu pokok. Maksima 6 orang.
Tujuan naik atas jambatan gantung ni sebenarnya supaya kita boleh menyaksikan flora dan fauna hutan dari pandangan atas. Tapi bila dah takut-takut, tak sempat nak pandang mana-mana sangat. Asyik pandang papan yang dipijak sambil mulut berzikir. Kelakar bila terkenang semula!

Lega dan rasa seronok bila perjalanan selama kira-kira 20 minit di atas jambatan gantung berakhir. Sekali lagi kena menuruni bukit untuk kembali ke pintu utama. Suatu pengalaman yang berbeza!

(Rancangan untuk ke Air Terjun Kipungit yang terletak 700 meter, terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. Maklum saja, kereta sewa...)


Perjalanan Pulang Ke Kota Kinabalu
Dari Poring Hotspring ke KK mengambil masa kira-kira 3jam, termasuk singgah makan tengahari di Ranau. Istimewanya di Ranau, makan nasi berlauk pun disediakan sup kosong secara percuma! Perjalanan pulang nampaknya lebih mudah dan cepat kerana tidak berada di belakang lori /treler.



Gunung Kinabalu...gambar diambil dari dalam kereta menuju ke KK.

Rasa tak puas menikmati indahnya alam di sini. Kalau ada rezeki..saya pasti datang lagi!


Entri seterusnya dan yang terakhir dalam siri ini- Pulau & KK.

9 comments:

  1. fuyoo..jambatan gantung tu nampak macam mengerikan jer..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. tinggila jambatan tu..kalau naik jambatan tu, xmau tengok kat bawah..takutttt..

    ReplyDelete
  3. azlan, eyida: mmg agak ngeri, sekali sekala je tengok bwh..kecut perut! Naik sekali cukuplah..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ujie..,

    memang pun tinggi dulu masa fist time pergi saya tak sempat nak naik jambatan gantung tu ..time it limited ..pasal ptg tu nak balik semula ke KK.

    ReplyDelete
  5. bestnye jalan2 .. hehe nk ikot ~

    ReplyDelete
  6. azmnor: saya pun sempat ke jambatan tu je lah. nak ke air terjun, dah tak sempat.


    alif: jalan2 ni..dekat atau jauh memang best je.

    ReplyDelete
  7. tempat ni best. cuma masa ke sini dulu tak xdpt explore sgt.. hhujan. tapi this place terbaik! :)

    baca sini untuk entri terkini:
    pyejal.theStory

    ReplyDelete
  8. dulu time kcil naik jambtan gantung ni rasa nak terkencing pun ada..hehee

    *sis,teringin nak berkunjung ke negri sis..hehe boleh??

    ReplyDelete
  9. ws:
    johor..takde keindahan alam sgt. taktau nak cdg kan tmpt menarik. sbb sabah kamu lagi menarik!

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...