Saksikan video berdurasi 1.37 minit berikut, oleh BBC News.
Dah tonton? Apa yang korang rasa dan fikir?
(sumber gambar : BBC News)
Dari Myanmar (Burma) mereka berlayar, berbulan-bulan. Berhimpit-himpit. Berkongsi duit untuk menaiki kapal uzur, demi melarikan diri dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri. Mereka ingin mencari kehidupan yang lebih baik. Dan akhirnya mereka ditipu oleh agen yang menjanjikan bahagia, mereka menjadi mangsa pemerdagangan manusia! Mereka dibiarkan di tengah lautan atau ditinggalkan di mana-mana daratan..di Thailand/Malaysia/Indonesia.
(sumber gambar : MAPIM)
Sementara itu, di negara kita seramai lebih 1,018 orang pelarian Rohingya (termasuk warga Bangladesh) yang telah mendarat di Langkawi, Kedah. Dan ini bukan yang terakhir. Dianggarkan lebih 8,000 orang pelarian masih berada di tengah gelora lautan mencari peluang untuk ke Malaysia. Mengejutkan? Menakutkan?
Ada yang berkata, kita biarkan saja mereka mati di lautan. Atau masukkan dalam kapal, tolak ke tengah laut dan letupkan! Sungguh...di mana hati nurani sesama manusia? Apatah lagi bagi kita sesama Muslim adalah bersaudara (majoriti pelarian adalah Muslim). Cuba letakkan diri kita di tempat mereka, hidup dalam pelarian bukanlah satu pilihan. Bukan!
Jadi, apakah penyelesaian yang terbaik? Bantu mereka! Membantu mereka adalah tanggungjawab kita sesama manusia, juga dituntut dalam agama. Dalam masa yang sama, kerajaan Malaysia (bersama anggota ASEAN lain) perlu bertindak lebih agresif terhadap Myanmar dalam isu ini. Selagi isu Rohingya tak diselesaikan, selagi itulah wujudnya pelarian Rohingya. Selagi itu juga kita akan merasa 'terganggu' dengan kehadiran mereka. Dan sebagai negara berpenduduk majoriti Islam, kita patut menunjukkan rasa tidak senang kita terhadap tindakan Myanmar. Boikot, hantar memorandum, atau apa sahaja bagi menyatakan pendirian kita.
Isu Rohingya, bukan lagi 'masalah peribadi' Myanmar. Ia adalah isu saudara se-Islam kita. Ia juga isu kemanusiaan sejagat!
Nota hati :
Tak boleh ke letak pelarian Rohingya di sebuah pulau? Macam pelarian Vietnam dulu. Dan, sungguh pelik bila Aung San Suu Kyi (pemegang Hadiah Nobel Keamanan 1991) terus mendiamkan diri ke atas isu Rohingya. Isu yang berlarutan sekian lama dalam negaranya sendiri!
Mmg le kesian Ujie.....tp apalah erti kesian kalau tak dpt membantu. Tengok mereka, rasa syukur pada diri sendiri.
ReplyDeleteOkje bab bab berita luar negara ni mmg agak lembab sikit hihi...maklum le rajin nau membaca...
kesian sgt...
ReplyDelete:-((
ReplyDeleteMalaysia Thailand dan Indonesia seolah berdiam diri. Biarpun bukan atas dasar sesama agama Islam, kurangnya biar ada rasa kemanusian sesama insan. Tak gitu?
ReplyDeleteRealitinya apabila isu kebinasaan Islam dunia akan tutup mata Ujie. Tapi bila sedikit isu yg menjejaskan isu non-muslim dek kerana tindakan Islam ia akan menjadi isu globalisasi. Islam keseluruhan akan dicop sama. Tidak nampakkah PBB hal ini kalau kita yg 'tiny' ini pun boleh nampak. Itu yg sepatutnya pemimpin Islam yg ada kuasa kena bertindak/bersuara utk 'mencuit' kalau tak cara baik sedikit kasar pun apalah salahnya. Umat Islam kian tertindas di sana-sini. Jgn kita bercakaran hal politik tapi isu saudara yg perlu bantuan terpinggir. Maaf agak emosi dan panjang..
ReplyDeleteSebab dorg ni islam la byk negara2 lain susah nk tolong...kita yg seagama nila yg sepatutnya kedepan...kan...
ReplyDeleteSedih juga baca berita pelarian Rohingya yg memasuki perairan Malaysia ditunda kapal TLDM ke tengah laut semula. Nasib baik Aceh sebuah wilayah Indonesia yg melaksanakan hudud sanggup menerima mereka. Ketika Palestin yang jauh beratus kilometer dizalimi banyak bantuan dihulurkan oleh rakyat Malaysia, mengapa pelarian Rohingya yang merupakan jiran kita dilayan berbeza?
ReplyDeleteIsu rohingya ni memang terpinggir..
ReplyDeleteKesian nasib mereka..
Dan nasib saudara2 kita di palestin..syria..
Kita doakan selalu moga nasib mereka terbela..
Insha Allah. .
aung san suu kyi mmg berdiam diri..dia tak kisah sebab rohingya adalah islam.
ReplyDeleteKesian...cuma mampu melihat dan kesian...dan doakan agar dipermudahkan buat mereka..
ReplyDeletedulu rasa kesian dekat si suu kyi, bila terbit isu rohingya ni rasa marah pulak kat dia...
ReplyDeleteAssalamualaikum Ujie,
ReplyDeletelama saya membisu.... bukan tak boleh dibantu, tapi berapa byk beban lagi yg perlu dipikul oleh negara kita untuk semua itu...rohingya yang sedia ada pun dah tah berapa puluh ribu kat sini....dan ramai diantara mereka bila dah senang dan selesa disini dah jadi macam "Belanda dapat Tanah" pula....ramai yg bagitu ditempat saya tanbahan yg memegang kad UNHCR sgt kurang ajar dgn penduduk tempatan...
Bunda setuju....sepatutnya Sii Suu Kyi tu yang diheret ditengah laut....
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletetak sanggup nak tengok..
ReplyDeletebersyukur sgt kerajaan turki n aceh dpt bantu mereka.. n sedih bila negara kita.. hurmm
ReplyDeleteSinggah petang...
ReplyDeletesedih..kesian..
semoga segala usaha sesama kita..
sedikit sebanyak boleh membantu mereka..
balas kunjungan..ujie..
ReplyDeletemelihat berita di TV tentang apa yg berlaku di wang kelian sudah buat senak perut..
geram, sedih lihat kekejaman manusia terhadap manusia lain...sesama agama..
zalimnya mereka kerana mengambil kesempatan ke atas mereka yg lemah dan terdaya
nak tengok video tapi tulah net slow sangat...tapi adalah tengok dalam berita..memang sadis ..sedih sangat2...
ReplyDeleteDah tu buat Aung San Suu kyi nak bising atau tunjukkan sokongan, sebab dia pun nak jaga hati penyokong dia juga. Mmg tak tergambar betapa deritanya saudara2 kita ni Ujie. Kita ni sentiasa rasa nak membantu, tapi tak tahu nak tolong mcmn. Sbb tak tahu saluran dia.
ReplyDelete