Wednesday 23 December 2015

GUANGZHOU, China : Masjid Huaisheng

Masjid Huaisheng, dikenali juga sebagai Masjid Guangta. Menurut sejarah, masjid yang terletak di Jalan Guangta ini telah dibina oleh Sa'ad Ibn Abi Waqqas pada awal-awal tahun Dinasti Tang (618-970). Info lanjut, sila klik DI SINI

Untuk ke sini, exit di stesen Metro - Ximenkou. Perlu berjalan kaki melewati deretan kedai / rumah. 

1. Inilah pandangan hadapan Masjid Huaisheng dari jalan.

2. Pintu masuk. Dari luar terdengar suara seorang lelaki mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran. Sejurus melangkah masuk, seorang pakcik memberi salam kepada kami. Dan bertanya, "Malaysia?". Terasa seronok pulak, bila disapa begini di bumi yang asing bagi kami. 

3. Kami melewati beberapa pintu gerbang / ruangan. Keadaan sangat tenang dan sepi.

4. Akhirnya, tersergam indah di hadapan mata kami. Kawasan ini sebenarnya luas, dengan bangunan di kanan dan kiri. Bersih sangat. 

5. Nampak rumah api cat putih tu? Makanya, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Rumah Api. Ada sejarahnya...

6. Alhamdulillah...berpeluang menunaikan solat di sini. Menggigil jugak sewaktu berwudhuk, air paipnya sejuk sangat kerana Guangzhou sudah memasuki musim sejuk. Ruang solat wanita dipisahkan dengan tirai kain. Dindingnya batu, manakala lantai tempat solat adalah kayu.

7. Dalam ni pun kemas dan bersih. Yang macam kerusi tu saya tak pasti fungsinya. Mungkin kegunaan bagi yang ada keuzuran untuk berdiri atau duduk dilantai.

Alhamdulillah, dapat juga kami melawat salah satu tinggalan sejarah dan juga pusat umat Islam di bumi Guangzhou ni. Hajat nak ke sebuah lagi masjid tak kesampaian pulak.


17 comments:

  1. SA pun dah pergi Guangzhou 2 tahun lepas...

    ReplyDelete
  2. Teringin nak ke sana..InshaaAllah..one day..:)

    ReplyDelete
  3. Bila tengok gmbr ni mcm teringin nak pergi ujie..
    Memang bersih sungguh mereka ni..
    Terasa damai berada dlm masjid tu kan ujie..

    ReplyDelete
  4. Seronoknyer...bunda ni ntah bile dapat merasa...

    ReplyDelete
  5. Masjid yang satu lagi tu Ujie sangat besar tapi senibinanya agak simple. Ada dua tingkat untuk ruang solat dan boleh muat lebih seribu jemaah... Masjid Saab Abi Waqqas berhampiran Yeuxiu Park...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai tu 1000 lebih, yg ni tak sebesar gitu.
      Sbnrnya dah 2 kali pegi area Yuexiu park tu, masih tak jumpa. Dah tanya org kat kedai mkn muslim, tapi susah nak faham sbb bahasa ayam itik kan. Maybe saya ikut pintu lain kat Yuexiu park, tu yg tak jumpa. Takde rejeki.. :(

      Delete
  6. Architecture dia still ada ciri-ciri China juga Ujie
    Tapi dalamnya tetap lebih kurang mana-mana masjid.
    Nampak rak-rak letak quran/kitab tu comel pulak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mula2 sampai, tercari2 mana masjid. Sbb tak nampak ciri2 masjid mcm kita kan (ada kubah). :)

      Delete
  7. cantik... bestnya dpt melawat ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah..moga ada peluang Ahlam pulak nanti ya..

      Delete
  8. simple je masjid dia..pintu depan tu ingat kan kedai...

    ReplyDelete
  9. Seronok dapat jalan2 melihat tempat orang

    ReplyDelete
  10. Seronokkan bila di bumi asing pun kita masih dapat bersolat dlm masjid. Terasa selamat bila masih dikelilingi org Islam

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****